Wednesday, October 8, 2008

Circle of Friends

Di sepanjang perjalanan hidup ini, kita dikelilingi dengan kawan2 yang kita hargai, kita sayangi dan tak kurang yang kita benci. Saya agak bertuah kerana saya ada ramai kawan yang menghargai saya seadanya....

Semalam, dalam kesibukan di pejabat, dengan segala macam discussions, meetings dan presentations, saya menerima panggilan dari Nani, sahabat lama yang sentiasa bersama dalam suka dan duka, untuk makan tengahari bersama.

Nani seorang jurutera yang mencipta kejayaan dalam kerjayanya di Telekom Malaysia. Kami bersembang dan bergelak ketawa, disertai kemudiannya oleh sahabat lama Nani, Lat, yang bekerja dengan IBM.

Sedang saya asyik membelek dokumen di pejabat, saya menerima panggilan dari Wan Li pula. Hehe...dia nak belanja minum teh tarik. Dalam hujan lebat, saya ajak Nasir, teman sepejabat untuk menyertai saya dan Wan Li. Kebetulannya Nasir pun ajak saya minum, so, extend aje lah...Besar hati saya bila Wan Li menjemput kami berdua menaiki keretanya yang besar... Merasa Suria naik BMW baru...

Kami bersembang di Hyatt Saujana - ala-ala orang kaya gitu, sambil menikmati teh tarik dan saya menghabiskan sepinggan hentak kuey tiow goreng...Banyak yang kami bualkan, kebetulannya Nasir, saya dan Wan Li datang dari industri telekomunikasi, makanya persekitaran kami adalah orang yang sama.

Wan Li seorang ahli perniagaan berjaya. Dia masih dia yang saya kenal dulu, humble, simple dan sentiasa berpegang pada prinsip hidup yang berpandukan good values. Sebagai anak Kelantan, dia religious. Saya impress dengan kelebihan Wan Li... Dengan annual turnover melebihi belasan juta, dia langsung tidak memberi petunjuk bahawa wang adalah raja dalam hidupnya... Mu hebat We Li...

Malam tadi, saya bersembang di talian dengan D yang sedang berhadapan dengan masalah kehilangan kepercayaan kepada her other half... D seorang wanita yang cekal. Prinsip hidupnya cukup sukar digoyah. Dia juga sentiasa mempunyai persepsi yang sama kepada orang lain. Sekali kepercayaannya dikhianati, D amat terluka...

Hasil dari pembacaan dan perbualan dengan sahabat2 di sebelah siang, saya berikan pandangan saya kepada D. Win some, lose some. Itu realiti. Kita tidak akan sentiasa menang. Life is about choices, and most of the time, our choice is not meant for others. Saya berdoa semoga D dan Y kembali menjadi pasangan romantis seperti yang saya kenali sejak berbelas tahun dahulu.

Hari ini, saya terfikir tentang pilihan yang saya buat. Saya memilih untuk kembali ke dunia korporat yang menggila biarpun kehidupan sebagai pensyarah sentiasa mengujakan saya kerana ini pilihan saya. Warna kehidupan di korporat adalah kesepian. Masa yang sedikit dibalas dengan wang yang banyak. Sebagai pensyarah, saya menjalani kehidupan berbeza. Sentiasa didampingi oleh banyak kerektor, malangnya, ia tidak datang dengan wang...(my humble confession...). Namun, circle of friends yang saya punyai sentiasa mendorong saya untuk mencipta kegembiraan dan kejayaan dalam kehidupan yang indah ini...Thanks to all my dear friends....

5 comments:

Unknown said...

So, Kak, yang mana lebih bagus jadi lecturer or corporate people?

Pak Ngah: said...

:: salam... begitulah kita dengan pilihan kita...

azlanlin said...

Pilihan di tangan sendiri. Apa jua yang dilakukan, langkah ke hadapan mesti kita teruskan.

Suria Klang said...

As, yang disukai ialah lecturing... yang diperlukan, corporate... dalam keadaan sekarang, itu lebih penting. andai saja lecturing memberi pulangan dari segi kewangan yang banyak... Tapi, kehidupan sebenar bukan di universiti. apa yang ada di luar tiada dalam buku...

pak ngah, saya belajar banyak dari pak ngah.

azlan, betol tu... pilihan di tangan kita..

tiey said...

cok,thanx for being my friend and my good listeners...