Monday, December 29, 2008
Akan berakhir 2008......
Sehari lagi kita akan melangkah ke tahun 2009. Dua hari tahun baru hijrah telah berlalu. Syukur alhamdulillah, tahun 2008 telah saya lalui dengan jayanya. Banyak halangan yang dilalui, banyak ranjau yang telah dihadapi. Kejayaan, kesedihan, kegembiraan dan macam2 ujian telah dilalui...Tuhan membantu sepanjang perjalanan dan kasih sayang dariNya membuat saya terus tabah mengharungi kahidupan.
Menyorot kembali pencapaian sepanjang tahun...banyak yang telah dicapai, dan ada juga yang hilang dari genggaman, namun kasih sayang anak2, suami dan ahli keluarga yang lain sentiasa bersama saya.
Sepanjang cuti Krismas dan Maal Hijrah, kami sekeluarga (termasuk abang, kakak dan adik saya bersama keluarga masing2) menghabiskan masa di banglo kepunyaan teman di A Famosa Resort, Melaka. Pertama kali dalam hidup dapat berendam dalam kolam renang dengan hanya berkain batik dan baju tidur! Anak2 gembira dapat bersama sepupu yang lain, abang Nasir yang masih tidak boleh menggerakkan anggota badan bahagian kanannya turut gembira kerana dapat membuat anaknya Arina ketawa. Yazid yang sibuk menanda kertas jawapan SPM datang juga biarpun dateline menghantar kertas dah hampir, Kak Non puas melayan Ayi dan Ala menjadi dugong dalam kolam. (Ayi-tahniah kerana berjaya dengan cemerlang dalam PMR. 7A 1B. Dahsyat tuhhh....)
Kami sempat ke bandar Melaka, merasa pengalaman menaiki Eye on Malaysia, juga ke Zoo Melaka, menikmati keindahan night safari. Berjalan2 di Jonker Street, sempat belikan Nabilla kebaya nyonya yang menjadi idamannya sejak sekian lama. Mahal giler, tapi... birthday present. Bolehlah...
Saya sukakan bandar Tampin, yang membawa nostalgia kepada kami. Macam pekan Kapar 20 tahun lalu!!! Infrastruktur, termasuk basnya... teramat jauh ke belakang tertinggal.
Abey dan Jimie sukakan kedai RM2. Murah2 belaka... mana tak murah, belum keluar dari kotak dah berderai! Kami suka makan di Warung Wak Jono. Sedap lontong Jawanya...
Kami bersedih kerana Bibik Seri mengambil keputusan (agaknya) untuk tidak pulang lagi ke Malaysia. Kami kehilangannya. Abo terpaksa ke Taska. Agak sukar, tapi Insyaallah, ini dugaan di akhir tahun yang pastinya akan kami tempuh dengan jayanya nanti. Lala telah kembali ke kampus, Jimie akan bertarung dengan SPM hujung 2009 nanti dan Abey akan berjuang dalam PMR. Boss akan sibuk dengan perniagaannya, mudah2an bertambah maju, dan mungkin banyak trainings classes akan diperolehi. Saya? Setiap masa doa saya adalah...berikan kemudahan kepada saya dalam apa jua yang saya lakukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam maal hijrah
Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2009. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.
Salam Tahun Baru kak Su. Bila dah masuk tahun baru ni mmg banyak cabaran baru yg perlu dihadapi. Hehe...abo masuk taska? samala dgn anak saya. Tak cuba masukkan dia ke taska...tak tau le nak ke tidak...heheh
Selamat Menyambut Tahun Baru....semoga akan bertambah kemakmuran.
Post a Comment