Sunday, February 22, 2009

Setahun telah berlalu...

Pada ketika ini di tahun 2008...

Surat perletakan jawatan telahpun dihantar. Saya ada hingga 31 Mac untuk berada di universiti ini. Saya masih belum mencari sebarang kerja baru...

Beberapa pilihan berada di depan mata. Setiap hari hati saya berkata, "Join tempat ni." Esoknya saya akan kata, "Join tempat tu lah." Namun, tiada satu pun yang tetap.

Saya berhasrat besar untuk menyiapkan PhD saya. Makanya, saya mendaftarkan diri sebagai pelajar di sebuah universiti antarabangsa. Saya juga telah diterima menjadi tenaga pengajar. Dalam masa sama, saya diintai oleh beberapa universiti lain... namun entah mengapa 'desire' saya untuk menjadi pendidik makin merosot..

Satu pagi, saya dihubungi seorang teman lama. Hampir sepuluh tahun tidak bersua, pertemuan kami di KGNS, di tarikh ini, mengubah kehidupan saya. Beliau menyarankan saya untuk menghantar cv kepadanya. Beliau telah menjadi 'orang besar' di sebuah konglomerat dan baginya agak rugi jika saya sia-siakan apa yang saya ada dengan hanya duduk di universiti.

Puas saya pertimbangkan segala yang berkemungkinan. Antara cita-cita dan minat. Antara realiti dan anganan. Akhirnya....

Sudah lebih 10 bulan saya di sini. Hari-hari yang saya lalui amat mencabar. Setiap hari saya berdepan dengan benda baru. Sejak dua minggu lalu saya berhempas pulas menyiapkan BOD papers untuk mesyuarat minggu depan. Saya juga berdebar menanti samada lamaran saya kepada sebuah group besar di India dan Timur Tengah diterima. Saya berdebar menanti keputusan samada business model yang saya usahakan mendapat kejayaan besar dan seterusnya menjulang nama syarikat ini.

Sepuluh bulan sudah saya melakukan anjakan besar dalam hidup saya. Dari seorang akauntan yang hanya suka dan tahu bermain dengan nombor, saya kini menjadi 'driver' kepada sebuah perniagaan antarabangsa...

We are what we want to be. Itu pegangan saya. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.... Mudah-mudahan Tuhan mudahkan usaha saya. Amin.

Monday, February 16, 2009

Beautiful Monday...

Saya dapat undangan makan tengahari bersama celebrity blogger Pak Payne yang pemalu,Raden Galoh, yang sentiasa ceria, Pak Zabs, seorang retired Navy yang muda dari usia, dan tentu sekali Boss saya, yang matanya masih cantik... di Amarind Thai Restaurant, MidValley, semalam.

Perasaan becampur-baur...gembira, terharu dan bersyukur yang amat sangat kerana diberi kesempatan mengenali ramai orang melalui tulisan. Dan seolah2 kebetulan yang berpanjangan, mereka yang ditemui adalah mereka yang kaya dengan budi bahasa.

Pelbagai yang kami bualkan, dari kisah peribadi hingga ke kisah ekonomi dan politik dunia. Raden Galoh, seorang fighter, berjuang melawan cancer 2 kali, sekali pada 2004 dan sekali lagi tahun lepas. Senyum tak lekang dari bibirnya. Gurauan dan gelak tawanya boleh membuat orang yang selalu merungut meratapi nasib, malu sendiri.

Pak Zabs, berpuluh tahun berada di lautan mempertahankan kedaulatan negara dari dicerobohi. Berpangkat besar namun cukup humble dan simple orangnya. Banyak yang boleh dikorek dari beliau yang sentiasa tersenyum ini.

Pak Payne, you know how much my admiration towards you...Tabik spring sampai terbalik-terbalik pun saya tak boleh dapat jadi Pak Payne...Masih seperti dirinya, muda belaka... Senyum manis dan gurau beliau masih bertahan biarpun baru saja turun dari penerbangan yang panjang.

Boss saya nampak bersemangat semalam. Topik bualan mengena...apa lagi, member pun tunjuk taring la... Selalu tu banyak tersenyum je...

Saya? Lega. Hilang lenyap sakit kepala yang mengganggu saya sejak minggu lepas. Dapat keluar dari kepompong...dan terbang bebas sambil menyanyi riang... Ada kesempatan, InsyaAllah kita dipertemukan kembali dalam suasana yang lebih baik....Semoga kesemua mereka diberkati Allah selalu. Amin.

Thursday, February 12, 2009

Sevens... Juara!

Sejak Selasa lepas, pemain2 ragbi daerah Petaling berkampung di Politeknik Shah ALam. Mereka bertanding untuk mencari juara bagi mewakili daerah Petaling ke MSSS.

Nabil berada dalam pasukan bawah 15, dan Selasa lalu, pasukan Sevens (SMK Seksyen 7) berjaya menjadi juara. Kesemua mereka terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri dua minggu lagi. Gembira dan bangga sungguh Nabil dengan kejayaan pasukannya. Selain dari latihan intensif yang tidak kenal penat dan jemu, mereka juga disertai dengan tuah...Saya gembira melihat anak saya gembira...

Pasukan Jimie pula, bawah 18, tidak mampu digugat oleh 13 pasukan lain. Kuat sungguh mental dan fizikal mereka. Mereka muncul juara mengalahkan lawan yang badan lebih besar-besar dari mereka - pasukan SM Teknik Shah Alam. Saya pun turut sama bertepuk sorak gembira dengan kejayaan anak2 ini. Sebahagian dari pasukan Jimie terpilih untuk mewakili daerah Petaling, disertai oleh pemain2 dari sekolah2 lain. Ini tahun terakhir untuk Jimie bermain di peringkat sekolah. Sekalung tahniah buat guru2 yang berjaya membimbing anak2 ini - Cikgu Munir, Cikgu Safi dan yang lain.

Namun, Jimie injured agak teruk semalam. Kepalanya terhantuk dan dia masih terasa2 gegaran hingga pagi ini. Mudah2an sakitnya tidak berlanjutan. Doktor kata ianya ok dan menurut Doktor, seseorang yang full of energy tidak perlukan rest.... Rasanya esok beliau akan turun berlari Merentas Desa dan Ahad beliau dan mereka yang terpilih akan mulakan latihan pusat...

Saya bangga dengan pencapaian anak2 saya. Saya tahu mereka pegang peribahasa "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan." Saya sering tekankan kepada mereka, buat apa sekalipun, buat dan jadi yang terbaik. Memang sukar untuk menjadi juara, namun tidak mustahil. Banyak bezanya antara mereka yang excellent dan achiever.

Sebagai ibu, mungkin saya bukan juara, namun, saya ada 4 N - Nabilla, Najmie, Nabil dan Naufal - yang bakal menjadi juara!

Monday, February 9, 2009

Otak kiri, Otak kanan

Dulu-dulu kawan selalu kata saya ni 'square'.

Saya hanya tersenyum bila dikata begitu. Square pun square lah... Maksudnya, saya ni tak de flair. Saya buat sesuatu ikut sequence dan structure yang ada. Saya jarang tokok tambah.

Antara ciri-ciri square ialah saya tidak melihat seni. Kemas dan bersih bagi saya cantik. Bunga-bunga dan hiasan lain bagi saya serabut. Warna kegemaran saya 'earth', pastel dan hitam atau putih. Saya tidak gemarkan warna yang 'glary' atau menyerlah. Bahkan saya bukan seseorang yang sukakan sesuatu yang 'gedik'.

Saya tidak minat muzik. Kepala otak saya serabut dengar muzik. Saya tidak jumpa ketenangan dengan muzik. Saya tidak suka baca buku jiwang.

Saya jarang menangis. Kalaupun saya teramat sedih, saya akan pastikan saya tidak menangis. Kadang2 dada saya macam nak pecah sakit, namun untuk saya alirkan airmata, jauh sekali.

Apa yang saya suka? Atau, apakah yang saya biasa buat? (Bukan bererti suka...). Saya baca buku2 dan article yang factual. Orang lain baca Wanita, Jelita, Nona... Saya suka baca Personal Money, The Edge, Times... Saya senyum melihat mereka yang membawa novel cintan-mintun sebab saya baca buku2 Peter Drucker, Sam Wyly, Donald Trump, buku2 strategy...

Kenapa agaknya saya tidak sukakan yang 'bunga-bunga'? Selalunya saya jawab, "Saya seorang yang hanya melihat warna hitam dan putih. Tiada warna kelabu bagi saya. Saya hanya lihat straight line dan bukan cursive. Saya lihat pasu sebagai pasu bukan sebagai tempat letak bunga. Bila ada bunga dalam pasu, pasu itu tidak lagi cantik buat saya...". Betul ke?

Saya tidak pernah tahu melukis. Lukis orang lidi pun senget. Kalau orang kata lukisan itu cantik, saya hanya melihat objek lukisan, bukan apa yang ada di kiri atau di kanan...

Saya pernah buat test samada saya ni pengguna otak kanan atau otak kiri. Kesimpulan yang diberi, saya gunakan 87% otak kiri...! Saya senyum. "Sebab tu saya jadi akauntan..." Bisik hati saya.

Namun, adakah benar saya memang tidak sukakan seni, muzik, lukisan atau apa jua yang indah?

Sejak anak kecil saya ke Tadika dan kelas muzik, saya dapati bahawa penggunaan otak kanan amat penting bagi tumbesaran kanak-kanak. Bahkan saya dapat tahu kanak2 di usia 4 hingga 9 tahun menggunakan 95% otak kanan. Mereka mengenal dan menghafal dalam bentuk nyanyian, warna dan tempo.

Saya sedang belajar menghargai seni, muzik, warna dan keindahan... Saya kena belajar kerana saya ada seorang anak kecil yang perlukan guidance dari saya untuk dia membesar. Dan, saya dapati bahawa saya bukan seorang yang tidak sukakan semua itu... Mungkin keadaan yang membuat saya jadi 'square'....Rasanya kehidupan masa lampau membuat saya 'buang' sama sekali apa yang bagi saya membuang masa, tidak berfaedah dan menyerabutkan otak.

Banyak sebabnya Tuhan beri saya anak kecil di usia yang sebegini dewasa....!

Tuesday, February 3, 2009

Happy Anniversary...to me!!!


Alhamdulillah. Jika dihitung dalam kalendar masehi, hari ini, 4 Februari 2009, saya dan Boss meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 20. Jauh sudah perjalanan yang kami lalui bersama... Tiada yang lebih manis selain dari bersama orang yang kita puja.

Di usia yang masih muda, kami kuatkan hati menempuh kehidupan bersama-sama. Dilambung ombak kehidupan yang pelbagai, kami menangis dan ketawa bersama. Ada kalanya hanya saya yang menangis tanpa pengetahuannya, dan mungkin banyak kali hatinya terguris tanpa pengetahuan saya.

Dialah pelengkap hidup saya. Tanpanya, saya tak mungkin menjadi sekuat ini dan berada di tempat saya kini. Kehidupan kami, sama seperti kehidupan orang lain, ada pasang dan surutnya, namun, kekuatan cinta dan kasih sayang antara kami berdua menjadi tonggak kehidupan berkeluarga.

Sepanjang perjalanan sambil memandu pagi tadi, saya menoleh ke belakang melihat masa lalu yang telah saya tinggalkan. Tiada yang lebih baik untuk saya katakan selain dari terimakasih kepada Allah yang Maha Penyayang, yang telah memberkati kehidupan kami berdua, dari awal hingga kini. Allah telah menjadikan Boss seorang suami yang cukup baik, dan telah berupaya membawa saya ke jalan yang diredhaiNya.

Allah jualah yang telah menjadikan saya seorang isteri yang sentiasa redha dengan ujian yang Dia beri. Saya dikurniakan dengan sekeping hati yang cukup kuat dalam menghadapi pelbagai liku dalam kehidupan. Dan, kesabaran yang saya kumpulkan selama hari ini adalah atas dorongan suami yang amat saya sayangi.

Kemewahan bagi kami adalah seadanya. Kebahagiaan bagi kami adalah gelak tawa anak2 dan keluarga. Kejayaan bagi kami adalah kesejahteraan dalam kehidupan. Alhamdulillah sekali lagi, semua itu sentiasa bersama kami.

Buat Boss yang saya hormati, kasihi dan cintai, terimakasih kerana menerima saya seadanya. Terimakasih kerana menyayangi diri ini dari mula tanpa prasangka dan tidak pernah berkurangan biar seinci pun. Terimakasih kerana berjanji akan terus bersama menghadapi tahun2 mendatang dengan jayanya....

P/S: Boss adalah nama sebenar kepada Mamat si Mata Cantik....hehehe