Pada ketika ini di tahun 2008...
Surat perletakan jawatan telahpun dihantar. Saya ada hingga 31 Mac untuk berada di universiti ini. Saya masih belum mencari sebarang kerja baru...
Beberapa pilihan berada di depan mata. Setiap hari hati saya berkata, "Join tempat ni." Esoknya saya akan kata, "Join tempat tu lah." Namun, tiada satu pun yang tetap.
Saya berhasrat besar untuk menyiapkan PhD saya. Makanya, saya mendaftarkan diri sebagai pelajar di sebuah universiti antarabangsa. Saya juga telah diterima menjadi tenaga pengajar. Dalam masa sama, saya diintai oleh beberapa universiti lain... namun entah mengapa 'desire' saya untuk menjadi pendidik makin merosot..
Satu pagi, saya dihubungi seorang teman lama. Hampir sepuluh tahun tidak bersua, pertemuan kami di KGNS, di tarikh ini, mengubah kehidupan saya. Beliau menyarankan saya untuk menghantar cv kepadanya. Beliau telah menjadi 'orang besar' di sebuah konglomerat dan baginya agak rugi jika saya sia-siakan apa yang saya ada dengan hanya duduk di universiti.
Puas saya pertimbangkan segala yang berkemungkinan. Antara cita-cita dan minat. Antara realiti dan anganan. Akhirnya....
Sudah lebih 10 bulan saya di sini. Hari-hari yang saya lalui amat mencabar. Setiap hari saya berdepan dengan benda baru. Sejak dua minggu lalu saya berhempas pulas menyiapkan BOD papers untuk mesyuarat minggu depan. Saya juga berdebar menanti samada lamaran saya kepada sebuah group besar di India dan Timur Tengah diterima. Saya berdebar menanti keputusan samada business model yang saya usahakan mendapat kejayaan besar dan seterusnya menjulang nama syarikat ini.
Sepuluh bulan sudah saya melakukan anjakan besar dalam hidup saya. Dari seorang akauntan yang hanya suka dan tahu bermain dengan nombor, saya kini menjadi 'driver' kepada sebuah perniagaan antarabangsa...
We are what we want to be. Itu pegangan saya. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.... Mudah-mudahan Tuhan mudahkan usaha saya. Amin.
10 comments:
cepat sungguh masa berlalu kan...?
you r da BEST!
Dell,
Pejam celik pejam celik... sat lagi Erfan pun dah boleh lari2....
LoLP,
Kenangan indah di universiti takkan saya lupakan...
Betul Dell cepat nya masa berlalu dulu kita berada bersama-sama dibawah satu organisasi, sekarang ni masing-masing mempunyai haluan tersendiri. Bila nak buat gathering ni?. Rindu nak jumpa semua kekawan lama.
Buat K.su saya doakan akak terus maju dan maju kehadapan.
As,
Kita bergerak laju ke depan... Terimakasih kerana menjadi teman yang cukup setia....Tanpa korang semua, Kak Su takkan sekuat ini...
Kak suria,
thanks for dropping by my blog. masih ada 4 kg to loose. susah betul and liat sangat those fats nak pergi. apa taknya, tak exercise kan. i think if i exercise it will go down much faster. kak suria ada ura2 nak turunkan juga ke?
Su,
Tahniah! Keep in touch...
Salam Suria,
Semoga terus maju jaya dengan syarikat yang diterajui.. InsyaAllah.
Ummi,
Saya memang berhajat nak shed off berkilo2 from my 'bags'... everyday walking and try to tahan perut, but hampeh...tak de result...huhu.
Tuan Ir,
Surprise with your visit. Thanks and I really appreciate your wishes. You are 'orang besar' now, ha? I envy that..
Pak Zabs,
Siapalah saya dibanding dengan Pak Zabs... Dahlah successful, yang saya tak tahan, muda selalu tu....! Jeles, jeles...
i AM "enjoying" every bits of my frustration here ma.. i plugged my ears with lagu2 rock zaman dulu2 and sing my heart out while doing my works.. lepas geram..and while i'm doing that, rabing and the girls were wondering when am i ever going to have a fight with my roommate cuz they say i "always" fight my new roommates.. not gonna happen.. promise.. i'm mature now.
Post a Comment