Monday, February 16, 2009

Beautiful Monday...

Saya dapat undangan makan tengahari bersama celebrity blogger Pak Payne yang pemalu,Raden Galoh, yang sentiasa ceria, Pak Zabs, seorang retired Navy yang muda dari usia, dan tentu sekali Boss saya, yang matanya masih cantik... di Amarind Thai Restaurant, MidValley, semalam.

Perasaan becampur-baur...gembira, terharu dan bersyukur yang amat sangat kerana diberi kesempatan mengenali ramai orang melalui tulisan. Dan seolah2 kebetulan yang berpanjangan, mereka yang ditemui adalah mereka yang kaya dengan budi bahasa.

Pelbagai yang kami bualkan, dari kisah peribadi hingga ke kisah ekonomi dan politik dunia. Raden Galoh, seorang fighter, berjuang melawan cancer 2 kali, sekali pada 2004 dan sekali lagi tahun lepas. Senyum tak lekang dari bibirnya. Gurauan dan gelak tawanya boleh membuat orang yang selalu merungut meratapi nasib, malu sendiri.

Pak Zabs, berpuluh tahun berada di lautan mempertahankan kedaulatan negara dari dicerobohi. Berpangkat besar namun cukup humble dan simple orangnya. Banyak yang boleh dikorek dari beliau yang sentiasa tersenyum ini.

Pak Payne, you know how much my admiration towards you...Tabik spring sampai terbalik-terbalik pun saya tak boleh dapat jadi Pak Payne...Masih seperti dirinya, muda belaka... Senyum manis dan gurau beliau masih bertahan biarpun baru saja turun dari penerbangan yang panjang.

Boss saya nampak bersemangat semalam. Topik bualan mengena...apa lagi, member pun tunjuk taring la... Selalu tu banyak tersenyum je...

Saya? Lega. Hilang lenyap sakit kepala yang mengganggu saya sejak minggu lepas. Dapat keluar dari kepompong...dan terbang bebas sambil menyanyi riang... Ada kesempatan, InsyaAllah kita dipertemukan kembali dalam suasana yang lebih baik....Semoga kesemua mereka diberkati Allah selalu. Amin.

8 comments:

Anonymous said...

Su...
Alhamdulillah, kita finally dapat ketemu...

Suka ingat saat semlm. Dapt jumpa you yg diam-diam ilmunya penuh di dada tu...

Kita pun tabik spring kat PakPayne tu... nak berguru dgn dia ni. Kekadang tak tau nak reply apa cakap dia, melopong mulut dengar isi luahan cerita nya... bernas belaka...

Kita mmg selesa dgn Pak Zab. Boleh bual apa topik dgn dia. Mmg dia sgt muda dari usianya kan?

And your si mata cantik tu.... tidaklah pendiam orgnya... seronok sbb sy tau topik apa nak buat dia berbual2 panjang dgn saya...hahaha apalagi if not about batu...

semoga Allah merahmati you juga sis. InsyaAllah kita ketemu lagi.

hugs.

Unknown said...

suria...:-)

terharu saya dapat bertemu suria, naha, raden, dan pak zabs semalam sambil kita makan-makan. berbual begitu dengan teman2 dari malaysia menghidupkan semangat anak bangsa yang merantau! bertuah saya ada rakan2 yang dapat meluangkan masa dengan jemputan ala kadar begitu.

saya gembira semalam walau pun tidak tidor semalaman sebelumnya dalam penerbangan.

salam kasih untuk semua...

Pp

Unknown said...

Salam K.Su,
Bestnya dapat berjumpa dengan mereka - mereka yg berpengalaman. Tentu banyak benda yg dibincangkan. Kita punya gathering pulak bila nak buat? Nuar ari tu janji nak arrangekan. Tapi diam je. Nanti saya confirmkan. Rindu nak jumpa k.su rasa macam dah lama tak sembang.

Suria Klang said...

Sis Dalila,

Kita serupa je...kita sama2 admire satu sama lain. Great to see you. And, as though kita dah kenal puluh2 tahun kan?

Pp,

Hw's the 'event'? I prayed for you last nite...hehehe. Hopefully you'll get the best.

As,

Kita banyak belajar dari orang lain. Awak dah keluar dari tempat yang tak sepertinya itu, now bolehlah mengorak langkah... Bila agaknya nak jumpa ye? End of feb untuk ramai2 jumpa should be good coz Kak Su plan nak ke Chennai, Hyderabad and Mumbai first @ second week of March. Tapi, kita boleh je lepak kat seksyen 7 tu....

Anonymous said...

Salam Suria,
Saya pun nak tabik spring pada PP, tapi sebab dah lama pencen, mungkin tabik saya pun dah berkarat dah..hahaha.
Raden pun nampaknya bertambah sehat dan ceria.
Anda pulak saya sangkakan kembar Ezzah Aziz Fawzy pada mulanya...
Tapi apabali nampak pasangan yang handsome di sebelah, tekaan melesetlah pulak.
Takda nampak mudanya...mungkin saya selalu berada di keliling orang yang muda2, menjangkit. Apa lagi ada anak kecil yand baru di tingkatan satu...hehehe..
Apa pun rasa gembira dapat bertemu semua anda semalam.
InsyaAllah ada peluang berjumpa lagi di lain masa.
Sementara itu jemput2lah melawat ke blog saya yang tidak sepertinya itu.

Krafdunia Design said...

Salam semua,

ha ha, saya seperti biasa peneman je tapi dapat juga berkenalan dengan kawan2 baru.Banyak benda yang boleh dikongsi serta dipelajari dari sesama kita sebenarnya.

Dalam masa yang singkat tu, walaupun baru berjumpa tapi macam dah kenal lama je, itu yang best. Makan pun memang la best.. tima kasih Pak Payne.

Kpd Raden Galoh, High Five untuk you sbb cekal yang teramat sangat. Pasal batu tu, memang lah topik kegemaran so bila2 ke Shah Alam boleh la singgah sembang2 batu lagi. Batu lain yang sesuai selain Jarum mas ialah Zamrud, Beryl, Turmalin biru atau pink.

kpd Pak Zab, TK pasal info laut, lain kali boleh sembang lagi topik isi2 laut pulak.

Pada Suria, TK sebab berkongsi.. pada semua tabik spring jugak dua dua tangan. karat pun karat lah.

Boss

billa naha said...

waa.. best mama jumpa kawan2... :D

en_me said...

bestnyerr jumper rakan rakan siber ghitewww..