Thursday, February 12, 2009

Sevens... Juara!

Sejak Selasa lepas, pemain2 ragbi daerah Petaling berkampung di Politeknik Shah ALam. Mereka bertanding untuk mencari juara bagi mewakili daerah Petaling ke MSSS.

Nabil berada dalam pasukan bawah 15, dan Selasa lalu, pasukan Sevens (SMK Seksyen 7) berjaya menjadi juara. Kesemua mereka terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri dua minggu lagi. Gembira dan bangga sungguh Nabil dengan kejayaan pasukannya. Selain dari latihan intensif yang tidak kenal penat dan jemu, mereka juga disertai dengan tuah...Saya gembira melihat anak saya gembira...

Pasukan Jimie pula, bawah 18, tidak mampu digugat oleh 13 pasukan lain. Kuat sungguh mental dan fizikal mereka. Mereka muncul juara mengalahkan lawan yang badan lebih besar-besar dari mereka - pasukan SM Teknik Shah Alam. Saya pun turut sama bertepuk sorak gembira dengan kejayaan anak2 ini. Sebahagian dari pasukan Jimie terpilih untuk mewakili daerah Petaling, disertai oleh pemain2 dari sekolah2 lain. Ini tahun terakhir untuk Jimie bermain di peringkat sekolah. Sekalung tahniah buat guru2 yang berjaya membimbing anak2 ini - Cikgu Munir, Cikgu Safi dan yang lain.

Namun, Jimie injured agak teruk semalam. Kepalanya terhantuk dan dia masih terasa2 gegaran hingga pagi ini. Mudah2an sakitnya tidak berlanjutan. Doktor kata ianya ok dan menurut Doktor, seseorang yang full of energy tidak perlukan rest.... Rasanya esok beliau akan turun berlari Merentas Desa dan Ahad beliau dan mereka yang terpilih akan mulakan latihan pusat...

Saya bangga dengan pencapaian anak2 saya. Saya tahu mereka pegang peribahasa "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan." Saya sering tekankan kepada mereka, buat apa sekalipun, buat dan jadi yang terbaik. Memang sukar untuk menjadi juara, namun tidak mustahil. Banyak bezanya antara mereka yang excellent dan achiever.

Sebagai ibu, mungkin saya bukan juara, namun, saya ada 4 N - Nabilla, Najmie, Nabil dan Naufal - yang bakal menjadi juara!

3 comments:

Unknown said...

Syabas kepada N-N dalam keluarga Suria.
Semoga Jimie sendiri akan pulih sepenuhnya untuk bermain di perlawanan seterusnya.

Ibu dan ayah lah orang yang paling berbangga melihat anak2 menjadi Juara!

billa naha said...

congrats to JIM and ABE!! adik saya tu dua2 tu!!!!

Anonymous said...

Salam Suria,
Syabas dan semoga berjaya pada Nabil. Saya juga ada sorang anak yang sangat berminat dengan sukan rugby ini. Pernah bermain untuk pasukan NS, pada sukan SUKMA 2004.
Risau setiap kali kalau dia bermain kerana faham2 sajelah, sukan ini amat lasak sekali. tetapi dia sudah minat kena beri peransang jugalah.
Sekarang sudah tidak risau lagi, dia sudah 3 tahun belajar di NZ, tidak bermain rugby di sana.