Dulu-dulu kawan selalu kata saya ni 'square'.
Saya hanya tersenyum bila dikata begitu. Square pun square lah... Maksudnya, saya ni tak de flair. Saya buat sesuatu ikut sequence dan structure yang ada. Saya jarang tokok tambah.
Antara ciri-ciri square ialah saya tidak melihat seni. Kemas dan bersih bagi saya cantik. Bunga-bunga dan hiasan lain bagi saya serabut. Warna kegemaran saya 'earth', pastel dan hitam atau putih. Saya tidak gemarkan warna yang 'glary' atau menyerlah. Bahkan saya bukan seseorang yang sukakan sesuatu yang 'gedik'.
Saya tidak minat muzik. Kepala otak saya serabut dengar muzik. Saya tidak jumpa ketenangan dengan muzik. Saya tidak suka baca buku jiwang.
Saya jarang menangis. Kalaupun saya teramat sedih, saya akan pastikan saya tidak menangis. Kadang2 dada saya macam nak pecah sakit, namun untuk saya alirkan airmata, jauh sekali.
Apa yang saya suka? Atau, apakah yang saya biasa buat? (Bukan bererti suka...). Saya baca buku2 dan article yang factual. Orang lain baca Wanita, Jelita, Nona... Saya suka baca Personal Money, The Edge, Times... Saya senyum melihat mereka yang membawa novel cintan-mintun sebab saya baca buku2 Peter Drucker, Sam Wyly, Donald Trump, buku2 strategy...
Kenapa agaknya saya tidak sukakan yang 'bunga-bunga'? Selalunya saya jawab, "Saya seorang yang hanya melihat warna hitam dan putih. Tiada warna kelabu bagi saya. Saya hanya lihat straight line dan bukan cursive. Saya lihat pasu sebagai pasu bukan sebagai tempat letak bunga. Bila ada bunga dalam pasu, pasu itu tidak lagi cantik buat saya...". Betul ke?
Saya tidak pernah tahu melukis. Lukis orang lidi pun senget. Kalau orang kata lukisan itu cantik, saya hanya melihat objek lukisan, bukan apa yang ada di kiri atau di kanan...
Saya pernah buat test samada saya ni pengguna otak kanan atau otak kiri. Kesimpulan yang diberi, saya gunakan 87% otak kiri...! Saya senyum. "Sebab tu saya jadi akauntan..." Bisik hati saya.
Namun, adakah benar saya memang tidak sukakan seni, muzik, lukisan atau apa jua yang indah?
Sejak anak kecil saya ke Tadika dan kelas muzik, saya dapati bahawa penggunaan otak kanan amat penting bagi tumbesaran kanak-kanak. Bahkan saya dapat tahu kanak2 di usia 4 hingga 9 tahun menggunakan 95% otak kanan. Mereka mengenal dan menghafal dalam bentuk nyanyian, warna dan tempo.
Saya sedang belajar menghargai seni, muzik, warna dan keindahan... Saya kena belajar kerana saya ada seorang anak kecil yang perlukan guidance dari saya untuk dia membesar. Dan, saya dapati bahawa saya bukan seorang yang tidak sukakan semua itu... Mungkin keadaan yang membuat saya jadi 'square'....Rasanya kehidupan masa lampau membuat saya 'buang' sama sekali apa yang bagi saya membuang masa, tidak berfaedah dan menyerabutkan otak.
Banyak sebabnya Tuhan beri saya anak kecil di usia yang sebegini dewasa....!
No comments:
Post a Comment