Tuesday, February 3, 2009

Happy Anniversary...to me!!!


Alhamdulillah. Jika dihitung dalam kalendar masehi, hari ini, 4 Februari 2009, saya dan Boss meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 20. Jauh sudah perjalanan yang kami lalui bersama... Tiada yang lebih manis selain dari bersama orang yang kita puja.

Di usia yang masih muda, kami kuatkan hati menempuh kehidupan bersama-sama. Dilambung ombak kehidupan yang pelbagai, kami menangis dan ketawa bersama. Ada kalanya hanya saya yang menangis tanpa pengetahuannya, dan mungkin banyak kali hatinya terguris tanpa pengetahuan saya.

Dialah pelengkap hidup saya. Tanpanya, saya tak mungkin menjadi sekuat ini dan berada di tempat saya kini. Kehidupan kami, sama seperti kehidupan orang lain, ada pasang dan surutnya, namun, kekuatan cinta dan kasih sayang antara kami berdua menjadi tonggak kehidupan berkeluarga.

Sepanjang perjalanan sambil memandu pagi tadi, saya menoleh ke belakang melihat masa lalu yang telah saya tinggalkan. Tiada yang lebih baik untuk saya katakan selain dari terimakasih kepada Allah yang Maha Penyayang, yang telah memberkati kehidupan kami berdua, dari awal hingga kini. Allah telah menjadikan Boss seorang suami yang cukup baik, dan telah berupaya membawa saya ke jalan yang diredhaiNya.

Allah jualah yang telah menjadikan saya seorang isteri yang sentiasa redha dengan ujian yang Dia beri. Saya dikurniakan dengan sekeping hati yang cukup kuat dalam menghadapi pelbagai liku dalam kehidupan. Dan, kesabaran yang saya kumpulkan selama hari ini adalah atas dorongan suami yang amat saya sayangi.

Kemewahan bagi kami adalah seadanya. Kebahagiaan bagi kami adalah gelak tawa anak2 dan keluarga. Kejayaan bagi kami adalah kesejahteraan dalam kehidupan. Alhamdulillah sekali lagi, semua itu sentiasa bersama kami.

Buat Boss yang saya hormati, kasihi dan cintai, terimakasih kerana menerima saya seadanya. Terimakasih kerana menyayangi diri ini dari mula tanpa prasangka dan tidak pernah berkurangan biar seinci pun. Terimakasih kerana berjanji akan terus bersama menghadapi tahun2 mendatang dengan jayanya....

P/S: Boss adalah nama sebenar kepada Mamat si Mata Cantik....hehehe

6 comments:

Dearie Pearls said...

HAPPY ANNIVERSARY PUAN!

SEMOGA TERUS BAHAGIA..

billa naha said...

happy 20th anniversary Mommy!!!

Anonymous said...

Salam sis. Happy anniversary to both you...semoga lebih byk rahmat Allah melimpahi suria sekeluarga...amin.

ooo...boss itu suami you rupanya...boss tempat kerja dgn boss kat umah samalah ni ye?

hugs.

Suria Klang said...

Boss is my husband. He is not my Boss in the office....hehehe. Orang lain la sis...

I memang refer kan my hubby as Boss sejak dulu lagi...

You sihat?

Unknown said...

Slamt Menyambut Ulngtahun Perkahwinan ke-20... semoga trus kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

Unknown said...

Salam Suria

Alhamdulillah kerana dikurniakan dengan keluarga yang penuh harmoni dan kasih sayang. Happy 20th Anniversary. Semoga Berbahagia Selalu..Insya Allah.