Sunday, May 10, 2009

Mrs Superbike

Di awal tahun 90an, Boss adalah antara kelompok pertama superbikers yang rajin ke pelusuk tanahair menunggang motosikal berkuasa besar sambil menikmati pemandangan indah ciptaan Illahi.

Saya pula pembonceng yang paling setia...

Di kala itu, tidak banyak bilangan superbike di Malaysia. Penat jugaklah melambai tangan kepada peminat2 motor yang cantik dan hebat bergaya ni.. Masa tu rasa cam superstar la pulak...

Perjalanan dari rumah ke tempat kerja yang selalu sesak membuat kami memilih untuk naik motor. Biarpun berbaju kurung dan berkemeja dan bertali leher, pakaian keselamatan kami lengkap. Jaket kulit, helmet full face, but, baju hujan, kasut hujan, saddle bag... Yang paling bangga bila dapat potong kereta2 yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Yang paling sedih...? Bila hujan....!!

Di tempat saya bekerja (sebuah kilang di PJ), saya dikenali dengan nama Mrs Superbike. Tertonggek minah ni setiap pagi atas superbike! Potongan badan yang seksi (bukan saya tapi motor kami) dan bunyi yang mengaum membuat mat-mat kilang berkumpul beramai2 mengagumi keindahan motor. Cantik berkilat kerana sentiasa dibelai....

Perjalanan jauh yang sentiasa menggamit memori saya sebagai pembonceng ialah sewaktu berkonvoi ke Ulu Bendol, Negeri Sembilan. Kami mengambil jalan kampung... Jalan yang berliku2 dan berkoner baring amat mengujakan. Lagi laju, lagi best. Lagi kuat pelukan saya...ewah!!! Di kiri kanan jalan saya dapat lihat sawah menghijau dan hutan-hutan yang cukup menyejukkan mata memandang. Kami berkelah di kawasan air terjun bersama puluhan mat motor yang rata2 datang dari golongan kelas atasan. (Kami ni menumpang je...)

Satu lagi perjalanan yang saya tidak boleh lupa ialah konvoi ke Kuantan untuk menyertai sambutan ulangtahun ...? Kami dijemput oleh pihak istana Pahang. Macam raja beb!!! Dijamu oleh pihak istana, siap TV3 buat liputan lagi... Makan udang panggang besar2... Yang paling best, kami berhoney-moon...ehem! Kalau tak silap saya, ada hampir 100 biji motor yang menyertai kami. Ada seorang pegawai polis yang memegang pedal motornya menggunakan kaki sementara tangannya mengambil rakaman video, ada marsyal yang bertugas di sepanjang perjalanan dan macam2 ragam lainnya. Saya juga belajar mengenal cara kehidupan dan sosial Melayu elit yang ada kalanya menggerunkan....

Banyak lagi pengembaraan yang Boss saya ikuti, namun saya tidak dapat bersamanya di setiap pengembaraan kerana saya sibuk dengan anak2. Rasanya beliau telah ke seluruh pelusuk negara: sarapan pagi makan pau di Tanjung Malim, kemudian ke Genting Highlands, balik ke KL melalui Kuala Kubu Bharu...gitulah lebih kurang kegemarannya. Lagi banyak liku, lagi banyak slope, lagi best....

Entah mengapa, sekarang ni, timbul keinganan yang meluap untuk kembali membonceng superbike dan menjelajah ke pelusuk tanahair. Tapi, laratkah pinggang yang sudah tua ini??? Hehehe...

5 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Pak Man rasa selagi tak bercucu, kira muda lagi lah.....
Teruskan saja minat tu.

Suria Klang said...

Terimakasih Pak Man... Rasanya hati sentiasa muda...thanks sebab menyokong!

Anonymous said...

Salam MS(Mrs. Superbike),
Pembetulan kepada PM di atas, dah ada cucu pun, kalau masih nak tunggang motor besar, okey je!!!
Cumanya, kalau pakai rambut palsu je susah sikit. Takut nanti semasa nak buka helmet, rambut2 sekali terbuka....hehehe....

Krafdunia Design said...

Teringin jugak nak beraksi semula tapi...nak motor yg macam belalang tu.. tua pulak gayanya,.. nak motor yg tonggek tu patah pinggang pulak jadinya, nak motor yg banyak peti kat sebelah dan belakang tu, patah hati jee.. mana nak cekau fulush.

billa naha said...

ehem...ma..sy nak jd Mrs. Superbike gak le x? huahuahua.... tp superbike sy la...