Sunday, April 19, 2009

They are different..

Mereka mencabar diri mereka sendiri. Mereka lakukan apa yang orang lain tidak mahu dan tidak mampu lakukan. Mereka menguji kekuatan mental mereka kerana mereka yakin pada kekuatan yang Tuhan beri kepada mereka.


Jumaat lepas, saya menemani Asma Rina ke Pesta Buku. Rasa bertuah disapa Firdaus di booth PTS, yang memaklumkan Prof MKI ada di sekitar. Terus saya dail nombor beliau dan sambil tersenyum, beliau muncul di hadapan kami dalam masa 5 minit! Kami sempat bersembang di celah2 kesibukan beliau menandatangani buku yang dibeli pembaca...

"Doktor, saya bangga sungguh dengan pencapaian you. Mesti you rasa best kan?"

Dia hanya tersenyum lalu berkata, "Suria, apa yang you dah lalui lagi hebat. You tulislah buku. You boleh menulis..."

"Nantilah saya tulis biografi Doktor ye? Saya tulis dengan As... Minggu depan saya ke India lagi... Nanti saya mulakan sesuatu....Hahaha... Yok yok o je la Suria ni! Berangan tak habis2..."

"Apa pulak berangan. You tulis apa yang you rancang tu. Tak ramai orang tulis biografi. Takkan saya nak tulis kisah saya sendiri pulak kan? Tulislah...."

Selepas tangan kami terasa berat menjinjit buku2 yang dibeli...(Ya Allah Mek Ah... banyoknye mu beli...! Bilo nok baco nye???), kami tinggalkan PWTC untuk ke Ampang Park menaiki LRT. Lama sungguh tak naik LRT di KL...sesat barat mencari stesen... Malu malu...!


Kami terus ke Cozy Corner mencari Raden Galoh... Tersenyum manis seorang lagi manusia hebat yang muncul dalam hidup saya. Dua kali survive dari serangan kanser yang menggila. Mana tak hebat? Selepas saya perkenalkan As kepadanya, kami mula berbual dengan rancak. RG juga bercerita kisah buku pertama yang ditulisnya, "Kanser payudaraku". Aduhh...kuatnya semangat wanita ini. Kami sama2 mengagumi beliau.

Sambil menikmati makanan yang terhidang, saya terima satu panggilan.

"Puan, anak Puan, Nabil Imran, telah terpilih untuk berlakun dalam iklan bla bla bla..."


Yes! Abey telah berjaya memecahkan iceberg yang mengelilingi kehidupannya! Mulai semalam, beliau melangkah setapak ke hadapan, menjadi pelakun iklan! Sesuatu yang tidak pernah difikirkannya. Saya tahu beliau berbakat, namun Abey sentiasa merasakan dia jauh di belakang. Saya amat berbangga kerana akhirnya beliau berjaya menyahut cabaran yang diberi... Nantikan kemunculannya dalam iklan TV, beliau bawa watak "Mat Rempit". Hahahaha....

You guys are different! Gua respek giler2!!!

2 comments:

Unknown said...

Su...

Salam kasih sayang sis. tak tergambar seronoknya saya dapat berjumpa you dan kali ini dengan asma rina.... seronok sgt dgn pertemuan silaturrahiim ini.

Hmm...mmg ber'talent' Abey ni ye... tahniah, aunty D dah nampak sapa orgnya... nak tunggu wajah comel ini keluar TV pulak la...

giliran saya jumpa Proff Kamil esok Su...

iyelah, awak ada bakat menulis... menulis la...

take care. hugs.

ZABS said...

Salam Suria,
Saya pernah berkenalan dengan Prof Kamil dan keluarga semasa sama tinggal di Bangor, Wales, pada tahun 96/97 dulu.
Ada beli buku Travelog Dakwah ke?