Monday, May 11, 2009

Minggu Suai Kenal

Minggu Suai Kenal atau Minggu Orientasi adalah antara event wajib di mana2 tempat. Saya pernah melaluinya di sekolah, di universiti dan di tempat kerja.

Minggu Suai Kenal yang paling kekal dalam ingatan saya ialah sewaktu saya memasuki SM Teknik Kuala Lumpur di awal tahun 80an. (alamak...tua sangat la rasanya...). Dah dekat 30 tahun berlalu namun saya masih sering tersenyum bila teringatkannya.

Di hari pertama minggu tersebut, selepas Isya', kami freshies dikehendaki berbaris di hujung padang sambil memegang lilin, sementara seniors berada di hujung padang yang lain. Kemudiannya, mereka akan mendatangi kami sambil memperkenalkan diri.

Tak dapat saya ingat betapa TOYE nya muka2 freshies waktu tu!!! Saya pakai t-shirt sekolah warna hijau, kain kembang warna hitam dan skaf putih... Giler punya toye... hehehe. Saya didatangi beberapa 'kakak' dan 'abang'. Tiba2 sekumpulan seniors lelaki mengelilingi saya dan memulakan usikan.

Soalan pertama, "Orang mana?"

Bila saya jawab, "Kelang", masing2 bersorak. La...kesemua mereka orang Kelang rupanya. Patutlah nakal semacam!!! Bisik hati saya.

"Jawa ke Melayu?" Soalan selanjutnya.

"Jawa", jawab saya.

"Sekak! Oh Sekak! Ni ada sedara ko yang ko nak kenal!" Ada suara menjerit ke arah seseorang.

Saya masih ingat camana rupa Sekak ni. Betul2 rupa Jawa. Dia pun mula interrogate saya. "Ko Jawa?". "Ya Bang". "Apa orang Jawa kata kencing malam?". "Ngompol". "Apa maknanya 'ngences'?". "Air liur meleleh". Dan...dua tiga soalan berkaitan bahasa yang agak kesat dan jarang digunakan oleh orang Jawa dalam perbualan harian.

Saya tidak berapa fasih berbahasa Jawa, namun saya faham biji butir perbualan. Kemudian, datang lagi beberapa orang berkerumun di hadapan saya. Tiba-tiba saya dengar ..."Eh...ini 'Ch***ah' kan? Budak MGS naik bas Cik Mekraj?"

Berderau darah saya..."Wey...ko kenal dia ke G*n**g?"

Tersenyum simpul di hadapan saya seseorang yang saya amat kenali. "Tak guna...". Bisik hati saya.

Bertambah ramai yang berkumpul mengelilingi saya...Saya panik. Tak berani nak angkat muka. Lilin yang saya pegang hampir jatuh...bila tiba-tiba ada suara kedengaran di sebelah kanan saya.

"Eh...dia ni adik angkat aku la. Aku dah book dia dari awal lagi. Kalau korang tak de apa2 lagi, boleh belah...."

Siapa pulak ni???? Namun, arahan yang keluar tadi dipatuhi. Kesemua mereka beredar menuju ke freshies yang lain. Saya masih terasa seseorang berdiri di sebelah saya. Saya beranikan diri untuk angkat muka. Entah siapa lah mamat ni.

"Hai. Saya Allen. Saya Presiden bla bla bla, Pengawas.... Tadi takut ye? Tak pe, lepas ni diaorang tak usik awak lagi."

Oh...Wira penyelamat bumi rupanya!!!

"Terimakasih." Itu saja yang mampu saya ucapkan.

Allen membaca nama saya yang tersemat di dada. Sambil tersenyum dia berkata,"Awak boleh guna nama Sue Allen. Registered!". APa ni? Saya tak faham....

Begitulah... Allen a.k.a Abdul ***** menjadi abang angkat saya selama setahun. Seorang yang baik hati, pemurah, kacak, menjadi pujaan ramai dan lain-lain... Kami terputus hubungan sebaik dia meninggalkan sekolah dan hingga kini saya tidak pernah bertembung dengannya lagi. Indah sungguh memori semalam....

No comments: