Semalam saya berkesempatan berbual dengan Sheikh, tunang kepada Fathima, di pejabat saya. Sheikh seorang pemuda tampan, mempunyai British accent yang pekat kerana belajar di sana untuk beberapa tahun, putih kulitnya dan seorang akauntan. Bergaya sebagai seorang anak aristokrat.
Malam tadi pula, saya bersembang santai dengan Fathima, di dalam bilik di rumahnya. Fathima seorang pelajar perubatan yang sedang melakukan housemanship. Lagi 6 bulan beliau akan mula bekerja sebagai doktor.
Saya beritahu Fathima yang Sheikh datang ke pejabat saya dan saya amat ingin melihat reaksi beliau. Fathima tersenyum malu, sambil berkata beliau TIDAK PERNAH bercakap dengan Sheikh walaupun sekali sedangkan mereka telah ditunangkan sejak Fathima berusia 7 bulan dan Sheikh berusia 3 tahun!!!!
Saya terpegun. Saya tanya Fathima, "Don't u meet other boys in school or in uni?" Jawabnya, "Of course I do. But I've also known that Sheikh will be my husband."
Ingin benar saya korek dari beliau .... 'Takkan tak pernah walau sekali hatinya terpikat kepada seseorang?" Namun saya tidak mampu mengutarakannya.
Fathima kemudian menjelaskan bagaimana inter-family marriage terjadi:
Ayah dan ibu Fathima adalah 1st cousin. Ayah Mr. H dan ayah Mrs H adik beradik.
Sekiranya ayah Mr H ada anak perempuan dan ayah Mrs H ada anak lelaki, mereka juga akan dijodohkan.
Fathima punya dua orang kakak, N dan M. N berkahwin dengan Y, sepupunya. Mr H, bapa N dan bapa Y adik beradik.
Adik lelaki Y berkahwin dengan kakak E dan E berkahwin dengan M, kakak Fathima.
Ayah E dan Mrs H dua pupu.
Kusut otak saya memikirkan tali persaudaraan mereka. Umpama idiapom atau putu mayam dalam bahasa Melayu...tiada mula dan akhir.
Fathima dan Sheikh pula ditunangkan ketika ayah saudara Fathima, B, berkahwin dengan BB, emak saudara Sheikh. Jadi, sebagai tukaran, mereka ambil seorang perempuan dari keluarga B untuk seorang lelaki dari keluarga BB.... (B dan BB adalah 3rd cousin..)
Saya tersenyum. Saya dan sepupu2 saya amat rapat. Kami seperti adik beradik. Anak2 saya juga amat rapat dengan sepupu2 mereka. Bagaimana boleh Jimie atau Abey dijodohkan dengan Eja atau Dek Nor atau Lala dijodohkan dengan O'ad atau Abo dijodohkan dengan Iman? Hahahaha....tak masuk akal....!
Rasanya kita amat bertuah kerana diberi kebebasan untuk memilih pasangan hidup kita sendiri. Dalam extended family saya, ada India, ada Cina, ada Kadazan, ada Iban, ada Siam, ada Mat Saleh, ada Turki, ada Mamak, ada Benggali, ada Portugese...dan macam2 rupa ada: dan kami... Jawa. Hahaha... Semangat 1Malaysia la katakan....! Harmoni betul kita kan?
2 comments:
sungguh hebat.dr umur 3 bulan sudah pun ditunangkan..semoga jodoh fathima kekal hingga hujung nyawa
Suria....kalau kita percaya pd jodoh...jgn dirisaukan apa jua. Mmg kalau kita bersepupu di satu negara yg sama duduk dekat2 mmg payah nak dijodohkan...tp mungkin Fatimah dan Syeikh duduk berjauhan, jumpa pun jarang sekali, tentunya tak rasa rapat bagai adik beradik. Saya ada gak dgr2 pengalaman mcm ni...esok2 nanti saya habaq kat blog saya noo...but yg sy tau bukan inter-family or arranged marriage...cuma jodoh kebetulan...TUNGGU ye
Post a Comment