Friday, December 17, 2010

Si Kecik mesti suka...

Teringat zaman kecil saya....balik sekolah bawa report card...masa tu saya darjah 3. Tak sabar nak tunggu Bapak balik kerja. Sampai rumah saya terus mandi dan bersiap. Lepas tu asyik tanya Mak pukul berapa Bapak nak balik. Bila Mak tanya kenapa, jawab saya, "Adalah...".

Bila saya dengar motor Bapak, saya berebut tunggu Bapak atas tangga dengan report card di tangan. Belum sempat Bapak naik ke rumah, saya dah hulurkan report card dan minta Bapak buka.

Sebaik saja Bapak tengok report card saya, dia terus pakai semula helmet dan ajak saya naik motor. Mak senyum saja melihat kami beredar. Rasanya dia tahu kut....Saya peluk Bapak kuat-kuat di atas motor Vespa BW 248....Bapak bawa saya ke Kelang. Dia belikan saya jam tangan pertama saya, berjenama Pagol, berharga RM60. Ianya adalah hadiah kerana saya berjaya mendapat tempat pertama bagi seluruh darjah tiga, dengan markah keseluruhan 100%! Saya simpan jam itu hinggalah ianya hilang bila beg tangan saya diragut pencuri pada tahun 2002...kerana saya simpan jam kesayangan saya itu di dalam beg tangan....

Jika anda berminat untuk menghadiahkan jam tangan buat si kecik yang anda sayangi, masuklah ke link di bawah.....Dia pasti gembira dan akan sentiasa mengingatinya seperti saya mengingati detik yang bersejarah dalam hidup saya....


3 comments:

lina said...

saya pun dpt hadiah jam tp jenama casio...sedih sgt kawan kata hadiah tu dpt kerana beli minyak masak. tp sebenar mmg mak yg beli kan....kalau ingat2 kan kembali rasa kelakar betul :)

dilla said...

salam puan..sya pun pernah dapat hadiah jam tangan dari ayah..masa tu umur saya 12 tahun..bukan main sayangnya saya dgn jam tangan tuh..kena curi orang..Dilla

Suria Klang said...

Lina, ketawa besar saya bila baca pasal kawan u tu...kecik-kecik lagi dah pandai nak downgrade orang... dah besar ni? Mudah2an dia dah berubah.

Dilla, biarpun kini kita dah mampu nak beli berutas2 jam untuk diri sendiri, ianya tetap tidak sama dengan apa yg kita dapat dulu kan? Lagi2 jika si pemberi dah lama oergi....

Terimakasih kerana sudi berkongsi kisah....