Wednesday, November 23, 2011

Fokus yang berbeza

Hati meruntun hiba mengikuti bacaan Al Waqiah oleh Imam Besar Ahmad Mustafa waktu Subuh tadi. Sesekali suara beliau serak dan tersekat-sekat. Beliau sebak dan menangis, pastinya ramai jemaah yang merasainya.

Sampai di rumah, di TV9 bersiaran pula rancangan Tanyalah Ustaz bersamaUstaz Roslan yang membicrakan tentang 'Membina Hidup Berkualiti'. Beliau bicara tentang merindui Allah. Tentang caramana untuk kita membina hidup yang lebih kualiti. Akal cerdik yang Allah beri bersama ilmu akan dapat membezakan benar dan salah, putih dan hitam....

Selepas beberapa ketika, saya menyedari bahawa fokus saya kini mula beralih sedkit demi sedikit. Apa yang saya kejar kini tidak sama dengan apa yang pernah saya kejar dulu. Apa yang saya minati kini amat berbeza dengan apa yang saya minati sebelum ini.

Mungkin saya telah menyakiti hati segelintir mereka yang rapat dengan saya sebelum ini kerana perubahan yang mereka anggap 'abrupt' dan 'drastik'. Seribu kemaafan yang saya pohonkan. Tiada niat di hati saya untuk menyisihkan sesiapa.

Allah amat menyayangi saya. Diujinya saya dengan ujian-ujian hbat, satu demi satu, seolah tnpa heniti, untuk saya kembali kepadaNya. Untuk saya serahkan seluruh jiwa dan raga saya padaNya, tanpa sangsi, tanpa ragu. Alhamdulillah, kekuatan hati saya perolehi bila saya alihkan fokus saya. Bukan lagi yang biasa saya fokuskan.

Patutkah saya alihkan kembali fokus kehidupan saya semata-mata untuk menjadikan saya manusia yang biasa dikenali oleh orang lain? Saya sudah mendapat jawapannya. Fokus saya kini memberi saya ketenangan dan kekuatan yang tiada tolok bandingnya. Saya tidak mahu hidup dengan membiarkan hati saya terumbang-ambing. Makanya, biarlah saya disisih jika itu dapat menggembirakan orang lain. Saya tahu apa yang saya mahu. Biar fokus saya di situ. Saya hanya mengharap keredhaanNya.

2 comments:

lina said...

salam ma'am - "Seorang Muslim yang baik adalah Muslim yang tidak mengganggu Muslimin lainnya dengan lidahnya dan dengan perbuatannya, dan sebaik-baik orang yang hijrah adalah orang yang hijrah dari apa-apa yang Dilarang ALLAH." - Shahih al-Bukhari

Muharram semakin menghampiri kita mari kita Hijrah
kan akal kita dr cinta kpd alam fana ke alam yg kekal.

Salam Ma`al Hijrah 1433H

take care! semoga ALLAH senantiasa pemudahkan segala urusan puan pada ketika dan saat ini. Amin...doa kan lina juga puan.

Suria Klang said...

Salam Lina,

Terimakasih berkongsi hadis yang baik ini. Mudah2an Allah terima hijrah kita dan menjadikan kita manusia yang lebih baik. Saya juga doakan kesejahteraan buat Lina dan keluarga dunia dan akhirat.