Thursday, November 3, 2011

Menjaga anak kecil

Alkisah....bermulalah episod baru dalam hidup kami. Tini, pembantu rumah yang juga ibu kandung Rahman, pulang ke kampungnya pagi Isnin lalu. Kalut satu rumah dibuatnya....

Hari pertama, badan rasa macam nak demam dibuatnya. Manakan tidak, semua nak dibuat. Kena pula kami sedang berusaha menghabiskan puasa Zulhijjah. Rahman pula tidak mahu menurut kata... Aduhhhai.... Malam ituseawal pukul 845 saya sudahpun berdengkur di sebelah Rahman. Kepenatan yang melampau...Setela bertahun tidak bangun malam membancuh susu, Boss pastinya pening-pening bangun 3 kali satu malam. Elok pulak si kenit ni terjaga seawal pukul 430 pagi.... Aduh...penat melayan mulutnya yang tidak berhenti dan pergerakan tubuhnya yang cukup lasak.

Hari kedua, keadaan agak stabil. Kerja rumah sudah dibahagikan sama rata. Thermos dan botol susu lain juga sudah dibeli. Boss tidak perlu turun ke dapur untuk membancuh susu. Mata juga sudah terjegil seawal pukul 4 pagi. Bila dia terjaga, kami sudah boleh menangani keletahnya.

Di usia setahun sebulan, Rahman seorang yang cukup lasak. Degil pun banyak juga. Namun kami semua amat menghargai kehadirannya. Tercuit hati tatkala meninggalkan dia saban pagi di Taska Mama Noni...dia pasti menangis sekuat hati sambil menjerit "Mamaaaa...". Setiap petang sebaik dia nampak wajah kami di pintu Taska, dia akan menangis teresak-esak dan memeluk erat kita yan mendukungnya.

Dalam hidup Rahman, dia hanya ada kami berenam sebagai saudara yang dikenalinya. Mak ayahnya jauh di seberang. Adik beradiknya, Datuk nenek, mak saudara dan bapa saudara tidak pernah mengenalinya.

Terimakasih Ya Allah kerana menghadiahkan dia kepada kami. Insyaallah kami akan pelihara dan didik dia menjadi hambaMu yang solih...

2 comments:

Dal said...

Best tu, boleh mengimbau kenangan lama. Mula2 je rasa agak kekok. pastu sure ok. bukan ke kak su dh hadapinye 4 times. Boleh berguru dah dgn kak su ni.

Suria Klang said...

Dell, walaupun dah 4 kali menghadapinya, it goes with the time. Each time is the first time... Anyway, sehari dua ni dah ok dah...Alhamdulillah.... Selamat hariraya Aidil Adha.