Patricia, teman rapat says menjemput saya dan Boss ke majlis jamuan makan malam yang mereka anjurkan. Kami telah berkawan rapat hampir 20 tahun. Mereka baru kembali ke tanahair selepas berbelas tahun menjadi expartriate di sebuah negara maju.
Dato' A seorang lelaki yang 'very caring'. Kemesraan yang ditunjukkan oleh Pat dan Dato' boleh membuat sesiapa yang melihat cukup cemburu. Ditambah dengan kehadiran tiga orang anak2 mereka yang kacak dan jelita. Maklum saja darah kacukan yang mereka miliki - Irish, India dan Pakistan - dengan ketinggian, kuli putih melepak, raut wajah yang 'sharp', mereka menarik perhatian.
Hanya saya tahu gelora kehidupan mereka - di kalangan mereka-mereka yang rich and famous pada malam itu. Pandai sungguh mereka menutup kepincangan hidup mereka di hadapan teman-teman. Hati saya bagai ditusuk sembilu mendengar suara Dato memanggil Pat 'Darling', seraya memeluk bahu Pat dengan penuh kasih sayang. Hebat lakunan mereka. Amat hebat.
Boss resah di sepanjang majlis berlangsung. Sekejap-sekejap dia menoleh ke arah saya, memberi isyarat mahu segera keluar dari zon tidak selesanya. Masakan tidak, botol arak di meja-meja di sekeliling kami meloyakan tekak. Wajah-wajah palsu di kiri kanan kami melemaskan. Bukan saya suka berada di situ. Tidak sama sekali. Saya hanya mahu menemani Pat. Biarpun seketika, cukup untuk memberitahu dia kami berdua berada di sampingnya..
Jauh sungguh mereka anak beranak dari peribadi muslim. Pat berbangga menjadi umat Muhammad dan meninggalkan keluarga demi Islam 26 tahun lalu, namun dunia telah melekakan mereka. Sambil menikmati kelazatan makanan, saya keluarkan juga sedikit sedikit kehebatan puasa, solat dan iman. Sejuk telinga saya tatkala sesekali saya dengar ungkapan 'Alhamdulillah' dan 'Subhanallah' keluar dari mulutnya... Hati saya berdoa semoga Allah memberinya hidayah.
Saya terperangkap dalam kemelut kehidupan mereka. Sesekali bersama saya, saya dapat merasakan yang Pat akan berfikir sebagai seorang yang beriman. Tetapi cara hidup yang ditontonkan semalam adalah sebaliknya. Bagaimana harus saya bantu sahabat baik saya ini? Tuhan... Berikan saya ilham dan petunjuk agar dapat saya tarik kembali dia ke jalan yang benar. Sudah pasti saya tidak mahu dipersalahkan oleh Pat di hari pembalasan nanti kerana tidak menjalankan tanggungjawab saya sebagai sahabat. Menurut Pat, sayalah satu-satunya orang luar yang tahu kisah benar di sebalik drama kebahagiaan dan keromantisan mereka. Kami bersembang hampir setiap minggu. Mendengar luahan rasa dan keluhannya, menangis bersama di hujung talian....namun saya masih tidak berupaya menghulurkan tangan padanya dan memimpinnya...
Ya Allah. Aku amat menyayangi sahabatku ini, anak-anaknya dan suaminya. Tunjukkanlah kepada mereka jalan yang lurus Ya Allah. Jauhkan mereka dari kemurkaanMu Ya Allah...
2 comments:
salam ma'am - mari kita panjangkan doa Memohon pertolonganNya serta BantuanNYA yg ESA supaya memberi hidayah pada sahabat yg puan sgt kasihi ini ke jalanNYA kembali. Semoga ALLAH pekenankan doa hambaNYA yg hina dina ini....Al fatihah di hadiah kepada keluarga tersebut...semoga hati2 nya di lembutkan utk mengingati sang penciptaNYA yg ESA.
Note: Pesanan drp Guru lina bacakan surah Al ikhlas sebyk 1000x hadiahkan pahala tersebut kepada keluarga tersebut ( niatkan semoga dibuka pintu hatinya mengingati ALLAH)....Insya Allah lina akan turut sama mendoakan keluarga tersebut semoga kita sama2 beroleh kejayaan di sana nnt.
Thanks Lina. Insyaallah akan saya ikut nasihat baik guru Lina ini....
Post a Comment