Wednesday, April 25, 2012
...because I love you....
Semalam kami jemput Ustaz Ghazali Ibrahim menyampaikan tazkirah suku tahunan di pejabat. Alhamdulillah, seperti biasa, sambutan dari kakitangan amat menggalakkan.
Antara isi kandungan tazkirah adalah tentang kasih sayang....
Ustaz tayangkan video iklan raya Petronas arahan Allahyarham Yasmin Ahmad beberapa tahun lalu....kisah seorang anak yang merajuk dengan ayahnya kerana disuruh ke kedai ketika dia sedang bermain. Si anak kemudian menghantar list harga yang dikenakan ke atas ayahnya kerana ke kedai tadi. Si anak juga merajuk hingga tidak mahu menjamah makan malam.
Si ayah kemudiannya meninggalkan sekeping kertas di atas katil anaknya....lalu dibaca dinpagi hari. Rupanya senarai panjang perbelanjaan yang dikeluarkan sejak si anak lahir....bila dijumlahkan kesemuanya, tertulis perkataan Free of Charge. Ianya kerana kasih sayang.
Subhanallah.... Terus ingatan saya melayang kepada Mak dan Bapak. Berapa banyak airmata mereka tumpah sepanjang hidup mereka kerana kerenah 10 anak mereka? Apa agaknya yang mereka ada untuk diri mereka? Pernahkah mereka merasai nikmat kehidupan tanpa gangguan kami? Bergaduh, bertekak,dengki, khianat, masam muka.... Pernahkah kami halusi perasaan mereka?
Hanya doa dari kami buat mereka di sana. Semoga bahagia di dunia yang kekal abadi....bersama hamba-hambaNya yang soleh....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
susah nk tengok iklan mcm ni lagi. mmg terkesan d hati..
Post a Comment