...Kenangan demi kenangan
Menjelma kini
Kau hadir dalam bayangan
Mencipta seribu mimpi
Kau hulurkan satu kuntum yang
mekar mewangi
Sayang hanya seketika
Bunga layu hilanglah seri...
Ia indah untuk dikenang. Saya pernah menulis mengenainya satu ketika dulu. Alhamdulillah kami diberi kesempatan untuk bertemu kembali sebelum kami mengakhiri kehidupan di dunia yang fana ini. Pasti ada sebab kepada pertemuan semula ini. Hanya Dia yang maha mengetahui.
Berpuluh tahun berlalu, banyak yang tidak kami ketahui tentang satu sama lain. Biarlah ia menjadi misteri. Tiada siapa mahu menyingkap kisah silam. Apa pun yang berlaku adalah suratan Yang Maha Esa.
Bagi saya, dia seorang manusia yang baik. Amat baik. Setahun cuma saya kenali dia, kemudian terpisah selama 33 tahun. Hari ini, selepas 34 tahun, saya mahu kekalkan di minda saya bahawa dia seorang yang baik.
Kepada Tuan Allen, terimakasih atas segala-galanya. Kebaikan Tuan akan saya kenang selagi hayat dikandung badan. Saya doakan kebahagiaan yang berkekalan di dunia dan akhirat buat Tuan dan keluarga. Semoga kita dapat berjiran di syurga nan indah nanti, agar kitta dapat berkenalan dengan lebih dekat lagi.
No comments:
Post a Comment