Friday, November 23, 2007

Alternative Medication

Saya kembali bekerja hari Isnin lalu. Disebabkan keadaan kampus yang cukup sesak, hampir semua kelas saya diadakan di bangunan berhampiran. Awalnya saya agak tertekan dengan keadaan itu kerana kaki saya yang masih bengkak dan belum sembuh menyukarkan pergerakan saya. Namun, pada hari kedua, saya ubah pemikiran saya. Saya ingat pesanan seorang sahabat lama, Dato' Md Hassan Said: "Enjoy kekecewaan itu...". Saya akan jadikan diri saya positive.

Saya mula meninjau kedai-kedai berhampiran sementara menunggu masa untuk kelas berikutnya. (since baru tiga hari, saya baru dapat survey satu deret sahaja...). Antara kedai yang berada di deretan kelas-kelas ialah "Color Vibration teraphy'. Saya tertanya-tanya apakah maksudnya.... Semalam, saya beranikan diri masuk dan mula bertanya segala yang ada dalam kepala saya....especially, AURA dan SERI WAJAH. (Yang saya tau hanyalah aura MAWI)

Menurut doktor berkenaan, punca penyakit boleh didiagnose dengan kaedah meta physic. Makanya, dia mula mendiagnose saya....

"Puan seorang yang menggunakan lebih 70% otak kiri. Puan tiada penyakit, dan kerjaya Puan x memberi beban kepada Puan, cuma ketika ini Puan seolah terbeban dengan sesuatu. Orang seperti Puan amat bencikan halangan dan keadaan ini membuatkan Puan menjadi marah dan hilang sabar. saya tau Puan ni seorang yang sangat aggressive...." dan macam-macam lagi yang dikhabarkan kepada saya.

Wah....Dr ni cam betol je...kata hati saya membenarkan apa yang dikatakannya. Saya akhirnya mengaku kepada Dr ini yang saya marah dengan keadaan saya yang menjadi kenderaan berat ini. Saya rasa saya menyusahkan ramai orang dan saya tidak dapat melakukan apa yang perlu saya lakukan....Itulah yang mengganggu emosi saya....

Saya belajar satu perkara ketika itu....sebagai ibubapa, adalah lebih baik kita tau kelebihan dan kekurangan anak-anak kita kerana ramai ibubapa menentukan apa yang mereka pikir baik untuk anak mereka tanpa mahu mengetahui di mana minat anak-anak mereka. Kerana itu ramai pelajar yang tidak berjaya menguasai pelajaran biarpun mereka budak pandai, kerana mereka dipaksa melakukan apa yang mereka tidak minat...contohnya, seorang yang menggunakan otak kanan (creative dan designer) tetapi dipaksa menjadi akauntan atau jurutera yang x memerlukan seni dan creativity dalam kerjaya mereka, begitu juga sebaliknya...

Saya kemudiannya disarankan untuk mengamalkan penggunaan SERI WAJAH... hahaha....kalau lepas ni semua orang kejar saya...tak taulah apa nak buat....

4 comments:

Pak Ngah: said...

:: menyinggah sekejap... dah mula dgn rawatan CVT lah ye... ada pro & kontranya tu... nanti akan tau le...

Suria Klang said...

pak ngah, salam perkenalan... insyaallah akan saya ketahui pro & cons selepas saya menjalani proses ini...tapi....saya ni tak de 'istiqamah' bab2 ubat2 ni...cepat bosan dan mudah lupa...hehehe

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Kak Suria,

Salam perkenalan.

Prof Md Hassan Said inikah yang kini di Kem.Pengajian Tinggi?

Saya tertarik dengan kata kata beliau 'enjoy kekecewaan itu'.kalau betullah orangnya itu, saya nak tanya dia lebih lanjut maksud disebalik katanya itu.

Suria Klang said...

dr bubbles,
salam.
dato' md hassan said yg saya maksudkan ialah ceo epay, bukan yang di kem pengajian tinggi. he is a very successul businessman dan banyak venture internationally...