Sunday, November 11, 2007

MC bersambung lagi

Saya jumpa doktor lagi semalam. Dr bagi seminggu lagi MC. Kaki saya masih belum sembuh dan saya kena berehat lagi...

Apa nak buat minggu depan ni? Anak2 dah x sekolah kerana SPM dah mula. Jimie dan Abey kena turun latihan hari2 kerana ada tournament minggu depan. Suami kena outstation seminggu. Nabilla tengah sibuk dengan kawan2, maklum dah lama x jumpa. Alamatnya bergaduh dengan Abo je lah...

Semalam saya bermimpi, agak pelik dan menakutkan. Saya terasa ada yang tidak kena dengan apa yang berlaku kebelakangan ini. (Masalah ni tiada kena mengena dengan keadaan saya yang patah kaki...).

Selepas solat tadi, saya tersedar sesuatu....

Allah tidak akan membebankan hambanya dengan beban yang tidak mampu dia tanggung...

Insyaallah saya akan mampu menghadapi ujian ini...

2 comments:

Kak Teh said...

Allah tidak akan membebankan hambanya dengan beban yang tidak mampu dia tanggung...
Suria kelang, sungguh betul ayat di atas. Terima kasih kerana memperingati Kak Teh. Kak teh juga harap suria kelang akan cepat sembuh.

Suria Klang said...

kak teh, kadang2 kita tertanya-tanya kenapa kita sering diuji...sedangkan saidina ali amat sedih jika selepas tiga hari beliau tidak diuji...baginya allah sudah melupainya....subhanallah!