Saturday, October 4, 2008

Aidil Fitri 2008

Selamat Hariraya Aidilfitri dari kami sekeluarga...

Aidilfitri pertama kami tanpa Mak Tok yang amat dirindui... Kami menyambut kedatangan Aidilfitri bersama kami sahaja: Papa, Mama, Akak, Mimie, Abey, Abo dan Bibik. Kali pertama juga saya sediakan makanan sendiri... semua ada, nasi impit, rendang, ayam masak merah, kuah lodeh dan sambal kacang. Kami ke Masjid Negeri bersembahyang Raya dengan ribuan jemaah yang datang dari pelbagai negara... Saudara kami adalah orang2 asing yang tidak kami kenali....

Selesai solat, kami pulang ke rumah menjamu selera, kemudiannya kami ke rumah arwah Mak di Kg Kuantan... Aduh...pilunya hati mengenang kemeriahan tahun lalu... Kini hanya memori. Namun, kehidupan pasti diteruskan... Kami ke Meru kemudiannya, menyertai Epah dan Abang Nasir.. hanya empat kereta??? Ramainya yang tiada... Senyum Abang Nasir juga pahit...menahan sakit dan ketidakselesaan kerana tongkat yang terpaksa diusungnya...

Mujur anak2 gumbira... Sebelum Maghrib, kami pulang ke rumah dan menerima kunjungan Aslam, Aysha dan Azmir yang pulang bercuti dari Dubai. Sempat saya sediakan soto ayam.

Raya kedua lebih meriah. Tema kami - keluarga besar saya - gold. Kami beramai2 menziarahi makcik dan pakcik di sekeliling bandar Kelang dan Shah Alam. Sebanyak sepuluh kereta berkonvoi... Cukup menyeronokkan.

Malamnya, rumah kami menerima kunjungan meriah. Keluarga suami saya datang - kesemua mereka, melainkan Dilla dan Angah. Riuhnya... Habis licin nasi ayam yang kami hidangkan. Selain itu, saya goreng jemput2 ikan bilis... sebanyak2nya... juga licin! Dessert kami malam itu - ais krim potong. Berjejes2 masing2 makan ais krim... macam budak kecik!! hehehe.... Terimakasih buat Abang Sahar sekeluarga, Ngah Uji sekeluarga dan Rozi sekeluarga.... Besar hati kami menerima yang lebih tua datang berkunjung!

Raya ketiga, kami ke Pantai Timur. Kami memilih Cherating untuk menghabiskan masa bersama... Tiada gangguan, hanya kami enam beranak. Sempat singgah ke Kuala Kemaman, makan satar dan otak2. Sedap, memang sedap....

Hari ini, kami akan berkunjung ke rumah Kak Non dan Kak Wi... makan dan makan lagi... Esok, Abang Sahar akan berangkat ke Timor Leste, menyertai misi PBB selama setahun... Ye.. kehidupan harus diteruskan... Selamat berjuang dan semoga beroleh kejayaan...

4 comments:

azlanlin said...

Itulah TEMA Kehidupan yang penuh warna-warni. Gembira, suka, duka, pahit, manis, masam, masin. Macam-macam ada. Kerencahan sebegitu menjadikan kita lebih bijak mengharunginya. Selamat Hari raya, Aidilfitri.

arsaili said...

salam kak...seronoknya beraya ..isk3...abg sahar tu suaminya akak ker...kalau cam tu kena la nyanyi lagu "adinda di medan seni..kekanda di medan perang..sama2 berjuang..." ahahah tetiba jer ingat lagi nih..apa laaa. Tgh mabuk kerja banyak nih...selamat hari raya maaf zahir batin

Suria Klang said...

Salam buat Azlan dan Arsaili. Selamat hariraya. Dok kat kampung seronok memangnya berhariraya...Bila dah berada nun jauh di sana, raya sendiri lah ye?

Untuk makluman, Abang Sahar tu abang ipar saya. Beliau seorang pegawai kanan polis yang memilih untuk menyertai misi PBB kerana beliau akan bersara dalam beberapa tahun lagi. Seorang yang amat sukakan cabaran, beliau sebelum ini bertugas di Bukit Aman. Semoga Tuhan melindungi beliau sentiasa.

Dal said...

Meriahnya raya k su. Tu yang best kalau ada ramai adik beradik.