Sunday, November 9, 2008

A Nite with the World Champions



Jumaat lalu kami ke Stadium Juara Bukit Kiara bersama2 ribuan pendengar Sinarfm untuk memeriahkan acara perlawanan badminton antara pendengar radio Sinar dengan jaguh2 badminton negara.

Jaguh dunia seperti Datuk Misbun Sidek, Datuk Lee Chong Wei, Jalani dan Rashid Sidek serta Roslin dan Hafiz Hashim bergabung tenaga menjayakan program bersejarah buat mengumpul dana membantu isteri Datuk Misbun yang sakit buah pinggang.

Abey beria2 mengajak kami dari mula. Beliau peminat setia LCW. Bagi Abey, kejayaan LCW menjadi jaguh dunia amat mengujakannya. Saya harap Abey berjaya menjadi juara dunia dalam apa jua bidang yang diceburinya seperti LCW...

Pada malam bersejarah itu saya juga dipertemukan semula dengan 2 kawan lama yang telah lama tidak saya temui - bahkan langsung tak ingat mereka... Mohd Azmi 'Jimmy' Manap dan 'Badok'. Masing2 dah berubah saiz dan rupa... Kedua2 mereka teman sewaktu di Diploma Perakaunan ITM Shah Alam 1983-1986. Saiz saya sendiri pun dah jauh berubah... hehehe. Jimmy kini sendirian selepas perkahwinanya yang dikurniai 7 anak musnah 2 tahun lalu. Saya diperkenalkan kepada teman intimnya. Selamat berbahagia... Badok pula datang bersama isteri dan 4 anak mereka. Anak bongsu Badok anak istimewa. Cekal sungguh mereka menjaga si comel yang berada dalam dunia tersendirinya..

Semalam kami sempat juga menghadiri kenduri sepupu yang akan menunaikan Haji. Seronok sungguh mereka. Akak Paridah ialah seorang cancer survivor yang pernah beberapa kali berada dalam keadaan 'nazak'. Alhamdulillah, semangat juang kental yang dimilikinya membolehkan beliau sihat segar bugar kini dan diberi peluang untuk menunaikan Rukun Islam ke 5 bersama suami tercinta. Semoga mereka sihat di sana dan mendapat haji mabrur.

Hari ini, kami sekeluarga ke Semenyih, menziarah Kassim Selamat. Kak Ain seperti biasa masak sedap2 walaupun 'Boss' saya dah pesan awal2 tak payah siapkan apa2... Semoga Allah memberkati kehidupan KS dan Kak Ain dunia akhirat...Tabah sungguh mereka menghadapi hidup yang sukar dimengerti ini...Bagi saya, KS dan Kak Ain adalah contoh juara dunia. Biar apa pun pandangan orang pada mereka, mereka tetap insan2 hebat yang cukup menghargai setiap saat bersama yang Tuhan beri kepada mereka. Cinta dan kasih sayang antara mereka terlihat di wajah Kak Ain yang sabar menyuap makanan ke mulut suami tercinta... Subhanallah.

Saya juga berdoa agar Kak S sihat kembali selepas 2 hari dirawat di rumah sakit kerana darah tinggi. Tidak dapat dibayangkan keadaan beliau yang mengharap 'miracle' berlaku dalam kehidupannya yang diulit kemewahan... Wang ringgit dan harta benda hanya mainan semata... Kebahagiaan yang dicari tiada di tempat itu. Belaian dan perhatian adalah pengubat luka dan lara; namun ia seringnya dilupakan...

Saya ingin menjadi juara dunia, seperti pemain2 badminton negara. Mereka berada di satu tahap yang cukup tinggi... mereka pastinya punya self-esteem dan self-confidence yang tidak mampu digugat oleh sesiapa jua. Mereka tahu apa yang mereka mahu, dan mereka mampu lakukan sesuatu yang di luar jangkauan mereka.. Alangkah baiknya jika kita semua diberi kekuatan sehebat mereka...

4 comments:

arsaili said...

salam...KS tak sihat ker...lama tak jumpa dia...moga cepat dia sembuh

Dal said...

Seronok betul si Abey dapat bergambar dgn jaguh2 badminton tu ye? Semoga dia pun dapat mencapai tahap itu suatu hari nanti...

Suria Klang said...

Arsaili, KS sihat. Cuma kami saja je visit dia, temankan dia sembang. Senyum je dia...

Dell, Abey tu perasan LCW cam dia... Kurus je...hehehe. Kita ni sebagai parents kena bimbing anak2.. Kalau dia minat sukan, kena lah jugak kita ni minat sukan... Tapi K Su n A Naha memang suka sukan. Dibuatnya dia suka artis...hancus sebab kami mmg x minat dunia seni tempatan!!!

Kassim Selamat said...

Terima kasih suria kerana sudi berkunjung kerumah.

Senyum lak baca komen arsaili (^_^).
Yang baru keluar hospital tu Kak S bukan KS...nama dekat2 sama...hehehe

Semoga anak2 suria mengikuti jejak langkah jaguh2 dunia tu...Amin!