Monday, November 3, 2008

You Complete Me

Saya menerima kunjungan dua bekas pelajar Ahad lalu. Rodzaidi dan Rosnisham, yang telah tamat pengajian pada penghujung tahun 2007 dengan besar hatinya menjemput saya dan keluarga ke majlis perkahwinan masing-masing. Yang menariknya, Rodzaidi memilih Irma Izura, rakan sekelasnya, sebagai pasangan.

Aiii....dah besar anak2 saya ini. Nak kawin dah... Mereka baru berusia 25 tahun. Umur Nabi, kata mereka. Saya dan suami berpandangan. Teringat sesuatu...Sewaktu suami saya 25, rumahtangga kami terbina. Indahnya hidup sewaktu melalui saat2 bersejarah itu.... Dalam diam, telah hampir 20 tahun kami bersama. Suka, duka, gembira, sedih... kami laluinya berdua. 9 bulan selepas pernikahan kami, Nabilla lahir menambah warna hidup pada 6 November... (Dua hari lagi beliau genap 19 tahun...).

Saya harap Zaidi, Irma dan Sham bahagia dalam melayari hidup berumahtangga. Perkahwinan itu indah, namun penuh dengan ketidakpastian. Suami dan isteri adalah dua individu berbeza, yang ditakdirkan untuk bertemu, jatuh cinta dan bersama... KEbanyakan rumahtangga gagal kerana tiada persefahaman...namun jika dianalisa, ramai suami isteri bergaduh kerana ANDAIAN. Perkataan SEPATUTNYA seringkali digunakan. Akhirnya hati jadi sakit dan hubungan jadi tegang. Bohong jika saya tidak pernah menyakiti hati si dia, bohong juga jika hati saya tidak pernah disakiti. Kami manusia...Saya keras hati, dia lembut. Saya outspoken, dia reserved. Saya selalu berkerut, dia selalu senyum... (Yang buruk tu memang saya!!! My true confession)

Namun, kami sentiasa bersama. Sepanjang hampir 20 tahun ini, kami cuba untuk sarapan bersama. MAsalah anak2 akan saya selesaikan sebelum saya 'report' padanya. Dia membuat keputusan akhir. Kata2 sesiapapun, samada adik beradik, mertua, ipar duai dan kawan2 selalunya tidak akan mempengaruhi behaviour kami. Anak2 kami membesar dengan penuh kegembiraan. Biar tidak kaya, tidak ternama; kami saling melengkapi antara satu sama lain.

Teringat kata2 Jerry Maguire (Tom Cruise) kepada isterinya... "You...Complete Me". Alhamdulillah....

3 comments:

arsaili said...

salam..good avise tu ...semoga mereka bahagia ke hujung nyawa

Dal said...

Hahaha...dah besar dah bekas2 pelajar kita ye? Tak sangka pula ada yang bercinta sesama mereka ye? "You...complete me". Mmg betul. Terharu bila suami kita cakap mcm tu. Dan saya yakin, Allah jadikan pasangan suami isteri ni untuk menjadi pelengkap di antara satu sama lain. Tolak ansur dan sabar penting dalam melayari bahtera kehidupan. Hehe...mcm le lama sgt dah kahwin...saya baru je lagi...7 years...lom belas2 or puluh...My parent dah lama 53 tahun dah mereka hidup bersama...Maybe I have to learn from them and orang2 berpengalaman mcm k su ni...

Unknown said...

Kak, bila dia orang nak kahwin?. Dah besar dah budak2 tu. Memang betul perkahwinan itu suatu ikatan yg cukup mulia tetapi penuh dgn cabaran dan dugaan nya. Hanya mereka yg tabah dan sabar menghadapi akan bahagia keakhirnya.