Macam2 krisis berlaku pada waktu ini. Krisis ekonomi yang paling banyak diperkatakan di mana2. Kadang-kala seram sejuk dibuatnya bila difikir apa yang bakal kita tempuhi dalam masa terdekat.
Banyak juga pendapat tentang bagaimana harus kita menghadapi situasi sukar ini. Di mana perlu dilaburkan duit yang kita ada. Ramalan tentang berapa lama kita akan terus berada dalam situasi ini dan macam2 lagi.
Saya suka mendengar pendapat yang dikemukakan. Ada banyak benarnya, namun entahlah. Adakah semuanya benar dan benar belaka? Tiada siapa yang tahu.
Contohnya, ada pendapat yang mengatakan inilah masanya untuk membeli rumah. Simpan duit dalam bentuk emas. Kumpul saham2 terpilih. Berbelanja kerana ia mampu menjana perjalanan perniagaan.
Apa yang boleh saya lakukan kerana saya tidak punya wang lebih untuk beli rumah? Saya tidak punya wang lebih untuk beli emas. Dan pastinya saya tidak punya wang lebih untuk beli saham. Pendapatan saya hanya cukup untuk menampung kehidupan sehari-hari sementara menunggu datangnya 25 haribulan bulan yang akan datang.
Saya pasti ramai yang terkena tempias kenaikan amaun Potongan Gaji Berjadual baru2 ini. Kenapa perlu dinaikkan, saya pun tak tahu. Dalam kes saya, ia naik beratus2. Bererti saya dah kena potong sekian banyak dari belanja bulanan saya. Kenaikan gaji hampir tiada kepada kebanyakan pekerja. Bonus usah diimpi. Banyak syarikat yang memotong sejumlah peratus dari gaji pekerja mereka, tak kira kedudukan mereka, untuk mengurangkan belanja. (Gaji majikan turun tak??? Ehem..)
Adakah anak2 saya akan mengurangkan jumlah makanan mereka? Adakah pihak kantin sekolah mengurangkan harga kuih yang dijual? Adakah pusat tuisyen mengurangkan kadar bayaran tuisyen? Adakah bank akan mengurangkan jumlah instalment kereta dan rumah? Adakah bil letrik akan diturunkan tarifnya? Adakah tol tidak perlu lagi dibayar? Adakah kereta saya laku dijual sekiranya saya tidak punya wang lebih kerana banyak lah pulak potongan yang telah dilakukan???
Kesemua kita sedang berdepan dengan krisis. KRISIS KETIDAKPASTIAN. Tiada siapa mampu memastikan apa yang bakal kita semua hadapi. Domino effect pasti akan berlaku tak lama lagi. Fear of Unknown juga salah satu penyumbang terbesar dalam krisis yang sedang kita hadapi ini.
Di mana kita sebulan, dua bulan atau setahun dari sekarang? Hey...siapa kita nak bertanya? Itukan kerja Tuhan...! Kerja kita, berusaha dan berdoa. Dia tahu segala jawapan kepada segala persoalan.... Dah tu, kenapa nak risau? Entah...
No comments:
Post a Comment