Sunday, March 29, 2009

Dare to be different..

Apa yang membezakan kita dengan pesaing kita? Kelebihan dan kekurangan yang kita miliki.

Saya banyak belajar tentang hidup dari pengalaman orang lain. Dan, saya ajar anak2 saya untuk belajar dari orang lain juga. Hargai apa yang kita miliki, dan hargai juga apa yang orang lain miliki.

Anak saya, Jimie, membesar sebagai seorang yang cukup pemalu. Merah padam muka beliau jika diusik atau dipanggil. Tapi, itu sewaktu beliau di sekolah rendah. Semasa Jimie berada dalam darjah 6, saya dikejutkan dengan satu berita - Jimie masuk pertandingan karaoke! Saya tak dapat bayangkan seorang yang begitu pemalu menyanyi di atas pentas....

Selepas Jimie berjaya memecahkan icebergnya, kini dia menjadi remaja yang outgoing. Dia berani ke depan dan mula berusaha mendapatkan limelight terutama dalam sukan.

Sabtu yang baru lepas, ada sambutan Maulidur-Rasul di sekolahnya. Pelajar dikehendaki berbaju melayu dan baju kurung. Jimie memilih untuk menjadi Pak Syeikh! Bila saya tanya perasaannya selepas pulang dari sekolah, dia kata, "Saja je. Tak rasa pelik pun." Tapi bak kata Abey, adiknya; "Ma, Cikgu kata camni... Nabil, Abang kamu dah jadi Arab pulak dah. Dia ni suka betul set kan trend. Nanti ramailah budak lain ngikut...."

Trend-setters dare to be different. Not only in their dresses and outfits, but in the way they think. Most of their thinking is not in our box....!

Good luck, Jimie. I love you for what you are!


Monday, March 23, 2009

Bila berjauhan...

Minggu lepas, anak kecil saya, Abo, terpaksa dirawat di hospital kerana bronkitis. Abo asyik demam sejak sebulan lalu. Batuk dan selsema yang berpanjangan. Biarpun sudah dua kali kami membawanya ke DEMC, namun doktor-doktor yang merawatnya berkata ini hanya demam biasa disebabkan cuaca.

Malam Rabu dan Khamis lepas, Abo mengalami cirit-birit dan muntah-muntah sepanjang malam. Hari Khamis, sekali lagi kami bawa ke DEMC dan kali ini Abo dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Instantly, Abo dimasukkan ke wad dan diberi drip kerana dehydration.

Saya habiskan hari-hari saya bersamanya di wad. Manjanya budak sorang ni. Dalam pada sakit, rajin pula nak menulis dan membaca. Saya layankan saja kehendaknya. Yang best, hanya kami berdua...sesekali bila ada pelawat, Abo akan melompat gembira. Dia tahu mak-mak sedara dan sepupu2nya sayangkan dia. Dari sorang yang tembam dan semangat badannya, dia berubah menjadi langsing dan pucat lesi.

Nurses di situ cukup suka menyakat dia. Banyak lah pulak jawapan yang sentiasa saja diberi olehnya. Doktor apatah lagi. Suka berlawak dengan dia dan yang bestnya, dia dengar pulak apa yang Doktor pesan...walhal kita dah pesan berpuluh kali!

Setelah dirawat dengan anti-biotik, nebulizer, physio dan segala ubat, Abo dibenarkan keluar pada hari Ahad. Pagi Isnin, saya tinggalkan Abo bersama Boss di KLIA untuk sekali lagi terbang ke India. Terngiang2 suaranya yang kecik nyaring melambai saya. Setiap kali saya dengar suaranya di hujung talian, hati saya meronta untuk mendapatkannya. Empat hari menghabiskan masa hanya bersamanya membuat saya merana kini...

Untuk mengubat kerinduan padanya, saya habiskan masa yang terluang dengan memanjakan diri di SPA Ayurveda...Badan diurut selepas dilulur dengan minyak panas yang berubat. Hasilnya? Saya tidur mati malam tadi...selalunya saya sukar lelapkan mata bila sendirian....Apa pulak yang perlu saya lakukan hari ini untuk tidak melayan perasaan? Shopping? Maybe....Ehem...

P/s: Bayaran SPA di sini murah. Untuk rawatan sejam setengah, hanya dalam RM70. Service, perfect!

Tuesday, March 17, 2009

Determination

Petang semalam saya habiskan masa memandu dari KL-Kelana Jaya-UPM Serdang-Shah Alam dalam masa 4 jam. Penat sungguh rasanya kerana jalan sesak di sana sini menyebabkan masa yang diambil menjadi terlalu lama.

Saya ke UPM untuk menjemput bujang saya, Jimie dan sepupunya, Idham, yang berada di sana sejak Ahad untuk mengikuti kem Smart & Easy SPM. Sepanjang perjalanan pulang, Jimie berkongsi pengalamannya di sana. Kebanyakan fasilitator yang mengendalikan kem ini adalah guru2 yang graduate dari universiti. Mereka muda2, bersemangat dan begitu determined dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Jimie amat menghargai apa yang dipelajari. Baginya, kem ini menjadi satu avenue kepadanya untuk belajar tentang orang lain. Jimie bercerita tentang Nik Nur Madiha, anak nelayan dari Kelantan yang menjadi pelajar terbaik SPM 2008. Juga bercerita tentang watak yang dimainkan oleh Will Smith dalam filem Pursuit to Happiness.

Sambil mengharungi kesesakan lalu lintas, saya kongsikan dengan Jimie bahawa persamaan antara Madiha, "Will Smith" dan Chaiwalla dalam Slumdog Millionaire ialah mereka ini 'determined'. Mereka mengejar sesuatu yang mereka letakkan di depan mereka. Sesuatu itu adalah impian mereka. Mereka juga enjoy frustration yang mereka alami. Saya ambil Madiha sebagai contoh. Dia tahu dia memang tidak punya duit untuk makan, makanya dia berpuasa. Lama kelamaan berpuasa menjadi rutin kehidupannya dan dia enjoy dalam melakukannya. Will SMith berlari mengejar masa di antara kesibukannya di pasaran saham, menjaga anak, mencari tempat tidur dan menjual scanner-nya. Dia enjoy setiap moments yang dihabiskan bersama anaknya. Chaiwalla Jamal Malik enjoy melaksanakan tugasnya sebagai pemandu pelancung dan budak bancuh teh di samping sesekali menggantikan kawannya di call center kerana dia belajar banyak perkara.

Mereka respond dengan keadaan dan realiti. Mereka tidak react. Kebanyakan dari kita akan react bila berdepan dengan kekalutan dan masalah. Kita akan jadikan semua yang berada di sekeliling kita sebagai alasan dan sasaran. Kita lemparkan amarah kita pada keadaan. Lalu akhirnya kita tewas dalam perjuangan kita mengejar apa yang diimpikan.

Saya mahu Jimie sedar dan tahu bahawa kesungguhan atau determination amat penting dalam kehidupan. Angan2 dan impian dibina berdasarkan apa yang diinginkan, namun tidak mustahil ia menjadi kenyataan jika ia disertai dengan kesungguhan. Reward yang diperolehi di hujung perjalanan amat besar. Namun, kesungguhan sahaja tidak sempurna. Doa dan keyakinan kepada kuasa yang menguasai segala-galanya amat vital dalam menentukan kejayaan.

Saya bukan hanya bersyarah kepada Jimie. Saya sebenarnya mengingatkan diri saya sendiri. Mudah2an saya sentiasa diberi kekuatan untuk sentiasa bersungguh-sungguh dalam menghadapi kehidupan ini. Amin.

Wednesday, March 11, 2009

Indian Food



Saya bukan penggemar makanan India. Nasi kandar, capati, tosey dan yang sewaktu dengannya jarang mengujakan saya. Bahkan, saya akui saya hampir tidak pernah mencuba capati mahupun tosey dalam hidup saya.

Disebabkan selalu ke India dan selalu juga menerima kunjungan Indians, saya cuba jadi adventurous dengan makanan. Semalam, saya ke Sharavanan Bhavan, sebuah Indian vegetarian restoran di PJ. Minggu sebelumnya, saya juga makan di situ. Dua minggu sebelum ini, saya makan di Raju's Banana Leaf, juga di PJ. Minggu sebelum makan di Raju's, saya makan di Sharavanan Bhavan. Maknanya, untuk sebulan ni, setiap minggu saya makan Indian food.

Adakah saya makin menyukainya? Saya sedang mencuba. Tekak Jawa saya agak sukar menerima taste yang masih asing...

Namun, kepelbagaian masakan India menarik minat saya. Cara mereka masak bukan setakat goreng2 atau bagi panas2 saja. Bukan juga blend itu dan ini macam masakan Barat. Bersungguh2 mereka ketika menyediakan makanan mereka. Dan bagi saya, taste mereka extreme.

Berbeza dengan masakan Cina yang main balik2 atas api panas dan kemudian dimakan. Tanpa kunyit tanpa perasa. Tasteless lah pulak...

Bibik baru saya rajin memasak masakan Indon. Semuanya bergula. Dan semuanya campur cili. Nasi dan nasi dan nasi. Sesekali dia buat bakso...Bolehlah...

Saya tetap sukakan sayur masak air, ikan masin goreng atau ikan goreng atau ayam goreng, dan sambal belacan atau sambal tumis ikan bilis...Nasi panas. Atau sesekali makan mee hoon sup ataupun nasi ayam atau nasi tomato...Kuey tiow goreng, nasi lemak dan nasi impit dengan kuah kacang...

Ehh...melalut pasal makanan lah pulak tengahari ni... Maklumlah, perut dah menyanyi...

Saturday, March 7, 2009

Emak

Malam tadi Jimie mengkhabarkan yang kawan sekelasnya, Azrul, kehilangan ayah kerana strok. Seminggu koma, petang semalam ayah Azrul yang baru berusia 51 tahun, pergi buat selamanya. Azrul anak sulung dari 3 beradik. Mudah2an arwah ayah Azizul dirahmati Allah.

Strok merupakan satu perkataan yang menakutkan saya. Emak dan Abang Aris pergi kerana strok. Abang Nasir pula lumpuh sebelah badannya hingga kini kerana strok. Khabar yang Jimie bawa sedikit sebanyak mengganggu emosi saya di pagi Ahad yang indah ini.

Ingatan saya kepada Emak tiba-tiba menerjah fikiran saya. Emak wanita hebat. Beliau bukan saja cantik, kulitnya putih gebu dan badannya montok. Saya selalu cemburu dengan paras rupa Emak yang jauh lagi cantik dari saya...hehehe. Saya anak Emak yang dapat kulit sawo matang Bapak dan badan yang macam tong Alam Flora...Ya Ampunnn...

Emak sentiasa mendahulukan kami sepuluh beradik dari dirinya sendiri. Jarang sekali Emak berganti baju baru, berbeg tangan mahal mahupun bersolek. Namun, kecantikan Emak terserlah melalui hatinya. Tidak pernah Emak berdendam pada sesiapa pun dalam kehidupannya biarpun kehidupan Emak sentiasa diiringi dengan hasad dengki manusia lain. Bagaikan satu kesalahan besar seorang wanita secantik Emak bersuamikan Bapak yang tiada harta... Cemburu manusia pada Emak tidak pernah terhenti. Namun, Emak cukup tabah. Semangat kuatnya menjadi sandaran kehidupan kami. Saya akui saya banyak mewarisi kecekalan hati Emak. Dan, saya amat berbangga dengannya.

Emak membesarkan kami tanpa wang. Bapak hanya seorang pemandu bas yang bergaji bulanan. Tapi yang peliknya, kami tidak pernah kelaparan. Emak cukup kreatif. Tidak pernah bersungut dan tidak pernah memburukkan Bapak di hadapan kami. Emak terima Bapak seadanya, dan amat menghormati Bapak. Tiap malam kami nampak Emak temankan Bapak makan biarpun waktu tengah malam. Emak pandai mengurut orang yang salah urat. Kalau kami demam atau pening, urutan Emak terus membolehkan kami berlari semula. Tapak tangan Emak gebu dan padat. Masih terasa2 lagi belaian dan urutannya..

Masakan Emak mengalahkan Chef. Dari lempeng hingga nasi beriyani, semuanya emak buat sendiri. Emak bela ayam, Emak tanam sayur, cili, serai, buah2an dan segalanya di belakang rumah. Rasanya, Emak cuma perlu beli garam, gula, tepung, minyak, beras dan bawang saja. Ikan masin dan telur masin pun Emak buat sendiri. Saya ingat lagi bila malam2 Emak uli tepung untuk buat roti canai keesokan harinya. Ye. Roti canai pun Emak buat sendiri.

Emak tidak akan buang makanan. Selagi boleh, beliau akan habiskan segala yang tersisa. (Saya warisi sikap Emak ini...pasal tu badan jadi macam tong...) Emak ajar kami payahnya mencari sesuap nasi. Emak tunjukkan pada kami susahnya hidup tanpa wang. Emak ajar kami cara mencari wang dan cara membahagiakan kehidupan orang lain.

Wajah Emak yang selamba, ketawa Emak yang berdekah-dekah, senyum Emak yang manis, amat saya rindukan. Pelukan Emak penuh. Ciuman Emak amat ikhlas. Sesekali melihat Emak menangis teresak-esak, kami semua akan sama-sama menangis. Emak jarang memangis. Tangisannya hanya ketika hatinya benar-benar terluka. Selalunya kerana anak-anak...

Emak...anak Emak ini juga amat sukar untuk memangis. Hatinya sekeras batu. Namun, sesekali hatinya terluka, dia akan menangis sendirian. Jauh dari semua orang yang amat disayanginya...macam Emak juga. Baru kini saya tahu bagaimana pedihnya hati Emak jika beliau merasakan dirinya tidak dihargai.

Ampunkan saya Ya Allah kerana terlalu kerap menyakitkan hati Emak... Semoga Emak bahagia di sana...Doa saya sentiasa bersama Emak.

Wednesday, March 4, 2009

Krisis

Macam2 krisis berlaku pada waktu ini. Krisis ekonomi yang paling banyak diperkatakan di mana2. Kadang-kala seram sejuk dibuatnya bila difikir apa yang bakal kita tempuhi dalam masa terdekat.

Banyak juga pendapat tentang bagaimana harus kita menghadapi situasi sukar ini. Di mana perlu dilaburkan duit yang kita ada. Ramalan tentang berapa lama kita akan terus berada dalam situasi ini dan macam2 lagi.

Saya suka mendengar pendapat yang dikemukakan. Ada banyak benarnya, namun entahlah. Adakah semuanya benar dan benar belaka? Tiada siapa yang tahu.

Contohnya, ada pendapat yang mengatakan inilah masanya untuk membeli rumah. Simpan duit dalam bentuk emas. Kumpul saham2 terpilih. Berbelanja kerana ia mampu menjana perjalanan perniagaan.

Apa yang boleh saya lakukan kerana saya tidak punya wang lebih untuk beli rumah? Saya tidak punya wang lebih untuk beli emas. Dan pastinya saya tidak punya wang lebih untuk beli saham. Pendapatan saya hanya cukup untuk menampung kehidupan sehari-hari sementara menunggu datangnya 25 haribulan bulan yang akan datang.

Saya pasti ramai yang terkena tempias kenaikan amaun Potongan Gaji Berjadual baru2 ini. Kenapa perlu dinaikkan, saya pun tak tahu. Dalam kes saya, ia naik beratus2. Bererti saya dah kena potong sekian banyak dari belanja bulanan saya. Kenaikan gaji hampir tiada kepada kebanyakan pekerja. Bonus usah diimpi. Banyak syarikat yang memotong sejumlah peratus dari gaji pekerja mereka, tak kira kedudukan mereka, untuk mengurangkan belanja. (Gaji majikan turun tak??? Ehem..)

Adakah anak2 saya akan mengurangkan jumlah makanan mereka? Adakah pihak kantin sekolah mengurangkan harga kuih yang dijual? Adakah pusat tuisyen mengurangkan kadar bayaran tuisyen? Adakah bank akan mengurangkan jumlah instalment kereta dan rumah? Adakah bil letrik akan diturunkan tarifnya? Adakah tol tidak perlu lagi dibayar? Adakah kereta saya laku dijual sekiranya saya tidak punya wang lebih kerana banyak lah pulak potongan yang telah dilakukan???

Kesemua kita sedang berdepan dengan krisis. KRISIS KETIDAKPASTIAN. Tiada siapa mampu memastikan apa yang bakal kita semua hadapi. Domino effect pasti akan berlaku tak lama lagi. Fear of Unknown juga salah satu penyumbang terbesar dalam krisis yang sedang kita hadapi ini.

Di mana kita sebulan, dua bulan atau setahun dari sekarang? Hey...siapa kita nak bertanya? Itukan kerja Tuhan...! Kerja kita, berusaha dan berdoa. Dia tahu segala jawapan kepada segala persoalan.... Dah tu, kenapa nak risau? Entah...