Sunday, March 29, 2009

Dare to be different..

Apa yang membezakan kita dengan pesaing kita? Kelebihan dan kekurangan yang kita miliki.

Saya banyak belajar tentang hidup dari pengalaman orang lain. Dan, saya ajar anak2 saya untuk belajar dari orang lain juga. Hargai apa yang kita miliki, dan hargai juga apa yang orang lain miliki.

Anak saya, Jimie, membesar sebagai seorang yang cukup pemalu. Merah padam muka beliau jika diusik atau dipanggil. Tapi, itu sewaktu beliau di sekolah rendah. Semasa Jimie berada dalam darjah 6, saya dikejutkan dengan satu berita - Jimie masuk pertandingan karaoke! Saya tak dapat bayangkan seorang yang begitu pemalu menyanyi di atas pentas....

Selepas Jimie berjaya memecahkan icebergnya, kini dia menjadi remaja yang outgoing. Dia berani ke depan dan mula berusaha mendapatkan limelight terutama dalam sukan.

Sabtu yang baru lepas, ada sambutan Maulidur-Rasul di sekolahnya. Pelajar dikehendaki berbaju melayu dan baju kurung. Jimie memilih untuk menjadi Pak Syeikh! Bila saya tanya perasaannya selepas pulang dari sekolah, dia kata, "Saja je. Tak rasa pelik pun." Tapi bak kata Abey, adiknya; "Ma, Cikgu kata camni... Nabil, Abang kamu dah jadi Arab pulak dah. Dia ni suka betul set kan trend. Nanti ramailah budak lain ngikut...."

Trend-setters dare to be different. Not only in their dresses and outfits, but in the way they think. Most of their thinking is not in our box....!

Good luck, Jimie. I love you for what you are!


3 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Pak Man ucapkan selamat berjaya kepada Jimie.

Lee Draz said...

Salam dan selamat berjaya sekeluarga. I know Rohani Maidin, your friend at ITM. My be this no. 017-3720100 will make the difference.

billa naha said...

hahaha!!! adikku yang giler!