Monday, March 23, 2009

Bila berjauhan...

Minggu lepas, anak kecil saya, Abo, terpaksa dirawat di hospital kerana bronkitis. Abo asyik demam sejak sebulan lalu. Batuk dan selsema yang berpanjangan. Biarpun sudah dua kali kami membawanya ke DEMC, namun doktor-doktor yang merawatnya berkata ini hanya demam biasa disebabkan cuaca.

Malam Rabu dan Khamis lepas, Abo mengalami cirit-birit dan muntah-muntah sepanjang malam. Hari Khamis, sekali lagi kami bawa ke DEMC dan kali ini Abo dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Instantly, Abo dimasukkan ke wad dan diberi drip kerana dehydration.

Saya habiskan hari-hari saya bersamanya di wad. Manjanya budak sorang ni. Dalam pada sakit, rajin pula nak menulis dan membaca. Saya layankan saja kehendaknya. Yang best, hanya kami berdua...sesekali bila ada pelawat, Abo akan melompat gembira. Dia tahu mak-mak sedara dan sepupu2nya sayangkan dia. Dari sorang yang tembam dan semangat badannya, dia berubah menjadi langsing dan pucat lesi.

Nurses di situ cukup suka menyakat dia. Banyak lah pulak jawapan yang sentiasa saja diberi olehnya. Doktor apatah lagi. Suka berlawak dengan dia dan yang bestnya, dia dengar pulak apa yang Doktor pesan...walhal kita dah pesan berpuluh kali!

Setelah dirawat dengan anti-biotik, nebulizer, physio dan segala ubat, Abo dibenarkan keluar pada hari Ahad. Pagi Isnin, saya tinggalkan Abo bersama Boss di KLIA untuk sekali lagi terbang ke India. Terngiang2 suaranya yang kecik nyaring melambai saya. Setiap kali saya dengar suaranya di hujung talian, hati saya meronta untuk mendapatkannya. Empat hari menghabiskan masa hanya bersamanya membuat saya merana kini...

Untuk mengubat kerinduan padanya, saya habiskan masa yang terluang dengan memanjakan diri di SPA Ayurveda...Badan diurut selepas dilulur dengan minyak panas yang berubat. Hasilnya? Saya tidur mati malam tadi...selalunya saya sukar lelapkan mata bila sendirian....Apa pulak yang perlu saya lakukan hari ini untuk tidak melayan perasaan? Shopping? Maybe....Ehem...

P/s: Bayaran SPA di sini murah. Untuk rawatan sejam setengah, hanya dalam RM70. Service, perfect!

3 comments:

Dal said...

Memang musim budak sakit sekarang ni...cuaca tak menentu...kena take extra care. My anak pun dah kena jan lepas. After that, kami mmg take extra care on him. Bila berjauhan...pasti akan rindu. Penuh-penuh kan la masa kak su kat sana..otherwise mmg akan teringat si dia je...By the way, murahnya SPA kat sana ek?

Suria Klang said...

Dell...meh dtg sini. Syok giler awak dengan service. Massage guna minyak panas dan batu panas. Fuhhh...lega betol!

billa naha said...

mummy I miss youuuuuuu!!!!!!