Tuesday, March 17, 2009

Determination

Petang semalam saya habiskan masa memandu dari KL-Kelana Jaya-UPM Serdang-Shah Alam dalam masa 4 jam. Penat sungguh rasanya kerana jalan sesak di sana sini menyebabkan masa yang diambil menjadi terlalu lama.

Saya ke UPM untuk menjemput bujang saya, Jimie dan sepupunya, Idham, yang berada di sana sejak Ahad untuk mengikuti kem Smart & Easy SPM. Sepanjang perjalanan pulang, Jimie berkongsi pengalamannya di sana. Kebanyakan fasilitator yang mengendalikan kem ini adalah guru2 yang graduate dari universiti. Mereka muda2, bersemangat dan begitu determined dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Jimie amat menghargai apa yang dipelajari. Baginya, kem ini menjadi satu avenue kepadanya untuk belajar tentang orang lain. Jimie bercerita tentang Nik Nur Madiha, anak nelayan dari Kelantan yang menjadi pelajar terbaik SPM 2008. Juga bercerita tentang watak yang dimainkan oleh Will Smith dalam filem Pursuit to Happiness.

Sambil mengharungi kesesakan lalu lintas, saya kongsikan dengan Jimie bahawa persamaan antara Madiha, "Will Smith" dan Chaiwalla dalam Slumdog Millionaire ialah mereka ini 'determined'. Mereka mengejar sesuatu yang mereka letakkan di depan mereka. Sesuatu itu adalah impian mereka. Mereka juga enjoy frustration yang mereka alami. Saya ambil Madiha sebagai contoh. Dia tahu dia memang tidak punya duit untuk makan, makanya dia berpuasa. Lama kelamaan berpuasa menjadi rutin kehidupannya dan dia enjoy dalam melakukannya. Will SMith berlari mengejar masa di antara kesibukannya di pasaran saham, menjaga anak, mencari tempat tidur dan menjual scanner-nya. Dia enjoy setiap moments yang dihabiskan bersama anaknya. Chaiwalla Jamal Malik enjoy melaksanakan tugasnya sebagai pemandu pelancung dan budak bancuh teh di samping sesekali menggantikan kawannya di call center kerana dia belajar banyak perkara.

Mereka respond dengan keadaan dan realiti. Mereka tidak react. Kebanyakan dari kita akan react bila berdepan dengan kekalutan dan masalah. Kita akan jadikan semua yang berada di sekeliling kita sebagai alasan dan sasaran. Kita lemparkan amarah kita pada keadaan. Lalu akhirnya kita tewas dalam perjuangan kita mengejar apa yang diimpikan.

Saya mahu Jimie sedar dan tahu bahawa kesungguhan atau determination amat penting dalam kehidupan. Angan2 dan impian dibina berdasarkan apa yang diinginkan, namun tidak mustahil ia menjadi kenyataan jika ia disertai dengan kesungguhan. Reward yang diperolehi di hujung perjalanan amat besar. Namun, kesungguhan sahaja tidak sempurna. Doa dan keyakinan kepada kuasa yang menguasai segala-galanya amat vital dalam menentukan kejayaan.

Saya bukan hanya bersyarah kepada Jimie. Saya sebenarnya mengingatkan diri saya sendiri. Mudah2an saya sentiasa diberi kekuatan untuk sentiasa bersungguh-sungguh dalam menghadapi kehidupan ini. Amin.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Suria,
Seperti kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, apa yang kita pelajari jika tidak dipraktikkan dalam 24 jam, hanya beberapa % sahaja yang akan tinggal di ingatan selepas 48 jam.
Selepas sebulan, habuk pun tak ada yang diingat lagi..ahahaha (otak warga emas lah tu).
Ada syarahan menarik juga ke, ketika ke Kelana Jaya dan Serdang itu?

Suria Klang said...

Pak Zabs, Semalam tengahari saya ada lunch mtg di Mandarin Oriental. Ofis saya kan di Kelana Jaya, so lepas makan, balik opis, then amik anak di UPM, pastu balik shah alam...

apa yang kita buat, kalau sungguh2, insyaallah berhasil kan? Lambat cepat je, sebab Tuhan je yang tau bila masa Dia nak bagi kat kita...