Wednesday, August 11, 2010

Masih boleh gelak?

Semalam adalah kali kedua saya dan Boss mendapat komen di atas: "You all mampu nak gelak, ye?"

Ayat terakhir surah Al-Baqarah mengatakan bahawa Allah tidak akan membebani manusia dengan bebanan yang tidak mampu dipikul. Begitu keyakinan kami berdua. Apa pun yang Allah turunkan, Dia tahu kami mampu menangani segala kesulitan hidup kerana Dia yang menjadikan kami. Keupayaan dan ketidakupayaan kami adalah dalam pengetahuanNya.

Boss dan saya dijemput ke rumah Sifu saya, Prof MKI di bandar Segamat. Banyak yang kami bualkan sepanjang hari, diselangselikan dengan kelas dan masa rehat. Pertama kali kami bercerita dengan terbuka apa yang pernah kami berdua lalui sepanjang kehidupan kami...umpama yo-yo.

Bila Prof mengeluarkan komen di atas, kami berdua berpandangangan. Satu ketika beberapa tahun dahulu, sahabat saya yang amat saya hormati, Pak Payne, jua pernah berkata demikian.

Bagi kami berdua, apa yang terjadi adalah suratan. Biar sukar bagaimana sekalipun, kami yakin kami mampu menghadapinya. Bohong jika kami tidak risau, tidak sakit dan tidak kecewa - kami manusia. Namun keyakinan kami mengatasi segala rasa. Kami sentiasa cekal dan tabah menghadapi kesukaran yang datang. Tuhan sentiasa memudahkan urusan kami - kerana itu yang kami sentiasa pinta dariNya.

Hasil dari pertemuan singkat kami berempat - saya, Boss, Prof dan Roza - saya umpama mendapat suntikan vitamin. Saya semakin bersedia untuk kembali menulis. Satu perkara yang amat saya minati, namun kekangan waktu dan kekeringan idea sering menjadi faktor pendorong saya untuk 'tidak menulis'. Keyakinan Prof MKI terhadap anak muridnya adalah sumber inspirasi saya. Semangat Prof untuk berdakwah menggunakan tulisan beliau menjadi pemangkin kepada azam saya ini. 1 Ramadhan ini, saya berazam untuk menjadi Suria yang sentiasa menerangi kehidupan orang lain....Amin.

3 comments:

admin said...

alhamdulillah...moga allah memberkati usaha puan dan memberikan hidayah untuk terus berdakwah melalui kalam suci ini..

saya sebenarnya lama kehilangan sudut bacaan melalui tulisan pengalaman puan suria dan suami aka boss..tentang batu..

kehilangan puan dari koleksi blog bacaan saya mungkin disebabkan kedunguan saya terhadap IT atau juga sekatan2 yg ada dlm jaringan ini...

moga puan dan boss sentiasa dirahmati allah swt..ibu 4 jutawan

Suria Klang said...

Salam admin. ALhamdulillah, kita dipertemukan kembali.

Saya dilanda sindrom 'merajuk', lalu saya sekat access ke blog saya dan saya sendiri berhenti menulis. Selagi kita dinamakan manusia, rasa dengki, cemburu dan iri hati sentiasa menguasai kita. Saya akur dengan hakikat kehidupan, lalu saya pendamkan minat dan keinginan dan 'bertapa' dalam kesedihan.

Kini, saya telah kembali mendapatkan diri saya. Insyaallah saya akan teruskan penulisan dan menjadi seorang yang lebih baik dari hari semalam, bersama doa dan harapan mereka yang menyayangi.

admin said...

Saya sedang membaca buku "Hidup Bukan Rahsia" tulisan Zabrina A. Kadir...ada baiknya puan baca (jika sekiranya belum)..kerana ianya sarat dengan inspirasi berasaskan kehidupan seharian:...
a. penawar, jika bduka, terluka dan kecewa
b. kagum dgn psoalan yg mengusik jiwa
c. sentiasa ingin mjadi > baik setiap masa
d. mbuatkan anda ingin terbang > tinggi dan > jauh
e. bangun semula bila jatuh tersungkur & etc

cuma untuk bkongsi...hj.adely.sura