Saya sedang menanti....
kalau padi katalah padi,
tidak saya tertampi-tampi,
kalau sudi katalah sudi,
tidak saya ternanti-nanti...
Hati berkata....Insyaallah akan ada berita gembira itu. Kalaupun akhirnya tiada, ada sebab kenapa ia tidak seperti yang dijangka. Ia pasti lebih baik lagi.
Jika dulu saya akan kata...ala, jawapan skema...nak sedapkan hati. Tapi kini, saya kuatkan hati dengan berkata...yakinlah bahawa Tuhan mahu memberi yang lebih baik lagi.
Namun....saya akui saya insan yang amat lemah...Dalam pada cuba positif, saya tetap berkata....Alamak.....!
Sunday, January 30, 2011
Wednesday, January 26, 2011
Sadin mentah?
Tengahari tadi Bibik masak sambal sadin, makanan kegemaran saya. Memang amat sedap. Niat hati nak makan sikit saja...tapi...berkali-kali saya tambah nasi.
Sambil menikmati lauk kegemaran saya ini, saya sembang dengan Boss kisah sadin di Mina.
Makanan di Mina (dan Arafah) agak...emmmm....Maklum saja penyedia makanan adalah Pak Arab yang diupah oleh pihak muassasah. Kebanyakan jemaah membawa bekal seperti serunding daging, acar buah, sambal kering ikan bilis dan macam-macam lagi. Bekalan ini menambahkan selera, malah saya boleh kata ianya lebih sedap dari makanan hotel di Mekah.
Di satu pagi yang indah, kami dapat 'nasi lemak' sebagai sarapan pagi. Disebabkan asyik makan maggi, melihat bungkusan maggi sudah membuat saya hilang selera. Saya tiada pilihan lain...nasi lemak itu saja yang boleh saya saya jadikan sarapan.
Duduk bersama saya di bahagian yang sempit di dalam khemah ialah Kak We, Kak Ros, Kak Saidah, Kak Sham, Kak Zah dan ramai lagi kakak-kakak lain. Kak Saidah, seorang petugas di PPUM menghulurkan tin sadin cap ayam kepada saya ketika melihat saya terkial-kial menelan 'nasi lemak'. Bulat mata saya melihat sadin...
Apa lagi, saya buka tin sadin tersebut dan saya ambil ikan yang terdapat di dalamnya. Saya makan dengan cukup berselera dan sungguh tidak saya sangka, saya mampu menghabiskan nasi lemak tersebut. Mereka yang duduk bersama saya turut teruja melihat selera saya, dan saya nampak kakak-kakak ni pun sama naik dengan saya makan sadin mentah dengan nasi lemak!
Bila diingat kembali...saya tersenyum sendiri... Terimakasih Kak Saidah. Sedap rupanya sadin mentah! Tapi...tak tertelan kut nak makan cara tu kat rumah....
Tuesday, January 25, 2011
Panggilan
Saya mendapat satu panggilan. Aduh...sedih. Saya berdoa, Tuhan, mudahkanlah urusanku Ya Allah. Kuatkan hatiku menempuh ujianMu ini...
Selang 2 minit selepas itu, saya dapat panggilan jauh....Aduhai...gembira. Saya berdoa, Tuhan...Kau tunjukkanlah kepadaku apa yang terbaik buatku. Jika telah Kau takdirkan ini yang terbaik buatku, Kau bantulah aku menjadikannya satu kenyataan.
Saya sambung bermunajat di tempat yang amat saya suka, yang dulunya asing buat saya, tetapi kini menjadi 'pot' yang amat saya rindui setiap masa. Saya tahu panggilan-panggilan yang saya terima adalah atas kehendakNya. Hanya Dia yang tahu sebab di sebalik kedua-dua panggilan tersebut.
Sunday, January 23, 2011
Tunjukkan aku jalan yang lurus....
Dalam meniti kehidupan, pelbagai onak dan duri yang terpaksa kita tempuh, samada kita suka atau tidak. Bila difikirkan semula, semuanya berlaku atas aturanNya. Siapa kita untuk menolak apa jua yang telah ditakdirkan?
Saya terdengar suara Maher Zain di corong radio sewaktu mananti azan Subuh. Kata Meher Zain..."show me the way...". Airmata membasahi pipi.... Tunjukkan aku jalan yang lurus, Ya Allah....
Kenapa hati, kau masih bersedih? Bukankah kau tahu ini adalah aturanNya? Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buatmu. Apa yang berlaku adalah kehendakNya. Redha dan berlapang dada....
Di pagi Isnin ini, saya merayu dan memohon padaNya supaya Dia tunjukkan saya jalan yang lurus, jalan yang diredhai....
Friday, January 21, 2011
Abdul Rahman
Nama ini begitu cantik. Ia bermaksud hamba Yang Maha Penyayang.
Ada seorang Abdul Rahman dalam hidup kami sekeluarga. Dia hadir tatkala kami sedang dalam keadaan yang amat tersepit dan sempit. 27 September 2010, pukul 10 malam, hampir 12 jam selepas ibunya mengadu kesakitan dan kami bawa ke Hospital Klang (HTAR).
Kami menanti dengan sabar di luar dewan bersalin sejak petang itu. Bila tiba masa untuk pelawat meninggalkan kawasan hospital, Aci yang jaga dewan bersalin memberi jaminan akan menalipon saya jika si ibu selamat bersalin. Kami pulang membawa debaran. Jam 12 malam, saya mendapat panggilan dari Aci tadi dan kami bergegas ke HTAR saat itu juga, meninggalkan Abo dan Abey yang sedang lena diulit mimpi.
Di dalam kotak kecil (inkubator), di ICU, saya melihat wajah Abdul Rahman yang sedang dalam kepayahan untuk menghela nafas. Menggigil saya melihat nafasnya yang amat perlahan...seolah-olah helaan itu akan terhenti. Saya mengucap berkali-kali, memohon Allah mudahkan urusan si kecil yang baru berusia beberapa jam itu. Seketika kemudian, Boss berada di sebelah saya dan memohon kebenaran jururawat untuk mengazankan Abdul Rahman. Saya yang sedang memerhatikan helaan nafas Abdul Rahman betul-betul terpegun tatkala saya lihat dengan tidak semena-mena dadanya berombak kencang dan bacaan di mesin terus bertamnbah laju. Abdul Rahman tidak lagi berdepan dengan kesukaran untuk bernafas selepas diazankan! Subhanallah....
Sepuluh hari menjadi penghuni HTAR, Abdul Rahman dan ibunya pulang ke rumah. Kami sedang amat kalut menyiapkan persiapan terakhir sebelum ke tanah suci. Dengan segala kepayahan, kami berupaya menyediakan seorang Mak Bidan yang menjaga makan minum dan proses urut mengurut, bengkung, tapal dan sebagainya kepada ibu Abdul Rahman.
Kami tinggalkan Abdul Rahman yang baru berusia 19 hari untuk mengikuti pengembaraan abadi di tanah suci. Pulangnya kami selepas 46 hari, Abdul Rahman masih lagi seorang bayi lelaki yang teramat kurus, hanya mata yang besar kelihatan, dan dada yang tinggi. Tiada daging, hanya tulang dan kulit. Betapa remuknya hati melihat dia dalam keadaan itu.
Saya teringat arwah Mak yang begitu tekun membelai anak-anak kecil yang ada di depan matanya. Saya cabar keupayaan saya. Alhamdulillah, selepas 25 hari, berat badan Abdul Rahman naik hampir 2.5kg! Jururawat di klinik komuniti terpegun. Si ibu hanya mampu mengalirkan airmata. Abdul Rahman membesar dengan belaian, nutrisi yang mencukupi dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Kini Abdul Rahman hampir berusia 4 bulan. Dia seorang bayi cerdik yang montel, dengan berat hampir 7kg, sudah pandai meniarap dan hampir maju ke depan. Sudah pandai ketawa mengelekek jika diagah, sudah pandai menangis jika ditinggal dan sudah pandai memanggil dengan suara manja dan pandangan tajam. Andul Rahman telah mengisi kehidupan kami dengan keletah dan suaranya...
Semalam, si ibu yang 'tidak mahu menyusahkan' membuat saya marah. Susu dan makanan Abdul Rahman sudah habis, namun dia tidak beritahu saya dengan alasan skema yang menyakitkan. Abdul Rahman menangis semalaman kerana perutnya kosong. Saya berjanji kejadian ini tidak akan berulang.
Abdul Rahman...anak pembantu rumah saya. Kehadirannya tidak pernah dirancang dan boleh dikatakan 'unplanned and unwanted'. Namun, Tuhan lebih tahu kenapa dia dilahirkan di rumah kami, dan siapa dia akan jadi satu hari nanti. Bagi kami, Abdul Rahman adalah antara kurniaan besar yang Allah beri kepada kami sekeluarga. Semoga dia terus membesar dengan sihat dan menjadi seorang insan berguna di dunia dan akhirat. Dia anak yang saya angkat dari ibu kandungnya. Dia juga anak saudara saya kerana dia adalah anak susuan Anis, adik perempuan saya....

Tuesday, January 18, 2011
Arafah
Pagi tadi saya berbual dengan 'Mr High Profile'. Entah macammana, perbualan kami tersentuh kisah Haji. Saya andaikan beliau sudah melalui perjalanan indah yang baru saya tempuh beberapa bulan lalu. Namun saya termalu kerana jangkaan saya salah. Beliau mengaku kealpaan beliau dan merasa amat malu kerana belum pernah sekali menjejakkan kaki ke tanah suci. Andaian saya adalah berasaskan penampilan beliau, kata-kata yang beliau ucapkan, kematangan usia beliau dan kedudukan tinggi beliau di dalam masyarakat semata-mata. Aduh...malunya saya....!
Saya pohon kemaafan beliau kerana saya pastinya telah menyinggung hati beliau. Jawab beliau, "Saya belum dapat jemputan lagi." Sambil bergurau saya katakan padanya, "Surat jemputan Tuan tersangkut di Pejabat Pos Besar Shah Alam....". Saya rasa lega bila beliau ketawa besar dengan jawapan saya. Fuuhhhh!!!!
Namun saya tahu beliau amat tertarik dengan apa yang saya kisahkan. Ianya tentang wukuf di Arafah.
Bagi saya, hari wukuf amat mendebarkan. Ianya adalah satu tempoh pendek yang Allah hadiahkan buat jemaah Haji di mana Allah telah janjikan bahawa Dia akan tunaikan apa saja permohonan hambaNya yang memohon dariNya di sana. Saya masih terasa betapa tubuh saya menggigil ketika saya bermunajat memohon kepadaNya segala yang saya hajatkan. Terasa betapa banyaknya dosa yang telah saya kumpul sekian lama sepanjang kehidupan ini dan takutnya saya dengan hukuman yang Allah akan berikan andai saya tidak mendapat keampunan dariNya sebelum saya mengadap Dia di hari kebangkitan.
Saya kongsi perasaan saya ini dengan Mr High Profile tadi. Saya juga sampaikan padanya bahawa andainya kita sangsi dengan janji Allah untuk mengampunkan kita atau menunaikan hajat kita, musyriklah kita. Janji Allah itu benar dan pasti. Lambat cepat hajat kita tertunai adalah hakNya.
Saya nampak butir-butir air halus mengalir keluar dari kelopak mata beliau. Sebelum beredar, beliau sempat mengucapkan terimakasih kepada saya kerana telah benar-benar membuka hatinya supaya mencari 'surat jemputan'nya yang masih ada di Pejabat Pos....Saya doakan beliau berjaya.

Sunday, January 16, 2011
Pilihan
Saya sedang mengusahakan sesuatu. Sesuatu yang bukannya mudah, perlukan ketahanan mental dan kekuatan semangat serta keyakinan yang cukup tinggi. Saya gantungkan segala-galanya hanya kepada Dia. Sejak tiga minggu lalu, usaha saya nampak mudah jalannya. Saya yakin kemudahan itu adalah atas kehendakNya.
Tiba-tiba saya diserang sakit; yang tidak membolehkan saya menatap skrin komputer, apatah lagi berjalan dan bergerak secara aktif. Saya asyik berbaring, dalam kesakitan, dan merasa amat kecewa kerana tidak mampu menyudahkan usaha saya yang hingga kini terbengkalai.
Di satu pagi yang indah, sedang saya menanti roti dan kopi yang saya pesan, saya tunduk dan memohon kepadaNya agar saya diberi kemudahan dalam kehidupan. Saya juga pohon agar Dia memberi rahmat dan rezeki yang melimpah ruah kepada saya. Tidak sedar airmata menitis.
Saya dikejutkan dengan deringan talipon di tangan. Saya tersenyum. Saya akan bersegera melakukannya. Keesokannya saya dapat berita gembira. Namun, satu persoalan berlegar di minda saya.
"Apakah ertinya semua ini Ya Allah? Kedua-duanya baik buatku. Dan aku usahakan kedua-duanya selepas aku bermunajat kepadaMu. Kini aku perlu membuat pilihan. Aku tidak berdaya Ya Allah....Aku takut pilihanku bukan yang terbaik kerana hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik buatku. Kenapa perlu ada pilihan kedua jika pilihan pertama adalah yang terbaik? Kenapa ada pilihan pertama jika ia bukan yang terbaik?"
Beristikharahlah wahai Suria... Allah akan berikan ilham dan petunjukNya. Tiada apa yang perlu dirisaukan...Insyaallah semuanya akan dipermudahkan.... Itu nasihat yang amat menyejukkan hati saya. Ikhlas datang dari Boss...

Friday, January 14, 2011
Hilang kawan?
Saya sayangkan dia. Kami bersama sejak berusia 13 tahun. Banyak susah senang kami tempuh bersama.
Entah mengapa dia membenci saya teramat sangat kini. Panggilan saya tidak lagi bersambut. Mesej saya tidak lagi berbalas. Saya mula terasa yang saya kehilangannya.
Seorang lagi kawan yang rapat dengan saya juga menjauh. Alasannya mudah...saya kini bukan lagi kawan yang dikenalinya.
Saya belek wajah di cermin. Wajah masih sama, senyum masih sama....
Saya teringat perbualan bersama Prof MKI sewaktu beliau menziarahi kami yang baru pulang dari tanah suci....."You nanti akan hilang ramai kawan, Suria.... Sebab you bukan lagi Suria yang dulu. Perjalanan haji mengubah diri you menjadi manusia baru. Tapi tak apa, you akan jumpa ramai kawan lain....yang lebih baik."
Saya bersembang dengan Kak Connie yang telah 5 kali mengerjakan haji tentang perkara yang sama. Kata Kak Connie..."Sayang...bukan ke masa kat sana kita doa supaya Allah kumpulkan kita dengan sahabat-sahabat yang beriman? Now that these friends of yours have moved away from you...you should know that Allah has granted your wishes....! Don't worry...ramai lagi yang akan datang jadi kawan you....."
Betul jugak kata Kak Connie. Bukankah telah saya buang hati saya yang buruk dan penuh dengan noda itu di sana? Dan saya telah ganti dengan hati baru yang bersih berseri-seri....?
Tuhan....kembalikanlah kawan-kawanku ke dalam hidup yang penuh keimanan, Ya Allah. Aku sayangkan mereka, dan aku mahu mereka merasai nikmatnya hidup dengan hati yang lebih bersih....

Tuesday, January 11, 2011
Bibik dan Bibik...
Saya sedang demam panas. Menggigil-gigil berbaring di atas sofa sambil menonton kartun. Bibik saya yang baru selesai menyusun buku sekolah anak saya (?), ambil minyak urut dan urut kaki saya.
Tiba-tiba terdengar suara memberi salam. Oh...Bibik jiran datang. Majikannya ke klinik dan dia sendirian di rumah bersama anak jagaannya yang masih kecil. Dia ke rumah saya dengan izin majikannya kerana anak majikannya menangis di rumah. Mahu bermain dengan si kenit saya.
Dia juga ambil minyak angin dan urut bahu dan kepala saya...
Aaah...lega rasanya. Harapnya saya sembuh segera....
Terimakasih Bibiks. Jasamu dikenang....

Thursday, January 6, 2011
Ku cari Penawar Luka
Terimakasih kepada Pak Man kerana bagi klu kepada lirik yang asyik berdendang di kepala saya. (Pak Man: Kita ni memang OTAI lah.... Lagu macam ni yang menjadi nostalgia kita kan?) Boss tolong saya cari dalam YouTube dan saya dapat dengar lagunya...dan liriknya amat kena dengan apa yang saya rasa kini....
__________________________________________
Ku Cari Penawar Luka
(Black Dog Bone)
Biar aku pergi menjauh
Menghilangkan diri darimu
Janganlah engkau cari lagi
Lupakan saja diriku
Hapuskan segala kenangan
Waktu kau dan aku bersama
Usah diungkit kisah dulu
Akan berdarah lukaku
Biar ku pergi ikut hati
Untuk damaikan jiwaku
Aku berharap tiap hari
Agar lukaku kan sembuh
Demi perasaan tersinggung
Tak dapat hendakku tahankan
Kini biarku pergi jauh
Cari penawar lukaku....
***********************************
Err....lagu ini bukan untuk Boss saya... Ianya hanya gambaran hati saya yang terluka... ia tidak bercerita tentang kelukaan itu atau siapa yang melukakan... ia hanya bercerita tentang hati saya yang terluka, bersedih dan ingin pergi jauuuuhhhhh untuk mencari penawar luka.... huhu....

Tuesday, January 4, 2011
Lirik lagu yang tidak ku ingat...
Dalam kepala saya sering ada lagu ini...
Biar ku pergi menjauh.....
Sebenarnya saya tidak tahu apakah ini sebuah lagu, atau hanya khayalan saya semata-mata... Ianya seringkali berdendang di kepala saya...kadang-kadang sampai berpuluh-puluh kali sehari.....
Penat sudah saya cuba mengingat: milik siapakah lagu ini?
Ianya masih kekal begitu...
Apakah maksudnya? Yang tersirat ataukah yang tersurat???
Kalaulah saya tahu....

Subscribe to:
Posts (Atom)