Sunday, January 16, 2011

Pilihan

Saya sedang mengusahakan sesuatu. Sesuatu yang bukannya mudah, perlukan ketahanan mental dan kekuatan semangat serta keyakinan yang cukup tinggi. Saya gantungkan segala-galanya hanya kepada Dia. Sejak tiga minggu lalu, usaha saya nampak mudah jalannya. Saya yakin kemudahan itu adalah atas kehendakNya.

Tiba-tiba saya diserang sakit; yang tidak membolehkan saya menatap skrin komputer, apatah lagi berjalan dan bergerak secara aktif. Saya asyik berbaring, dalam kesakitan, dan merasa amat kecewa kerana tidak mampu menyudahkan usaha saya yang hingga kini terbengkalai.

Di satu pagi yang indah, sedang saya menanti roti dan kopi yang saya pesan, saya tunduk dan memohon kepadaNya agar saya diberi kemudahan dalam kehidupan. Saya juga pohon agar Dia memberi rahmat dan rezeki yang melimpah ruah kepada saya. Tidak sedar airmata menitis.

Saya dikejutkan dengan deringan talipon di tangan. Saya tersenyum. Saya akan bersegera melakukannya. Keesokannya saya dapat berita gembira. Namun, satu persoalan berlegar di minda saya.

"Apakah ertinya semua ini Ya Allah? Kedua-duanya baik buatku. Dan aku usahakan kedua-duanya selepas aku bermunajat kepadaMu. Kini aku perlu membuat pilihan. Aku tidak berdaya Ya Allah....Aku takut pilihanku bukan yang terbaik kerana hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik buatku. Kenapa perlu ada pilihan kedua jika pilihan pertama adalah yang terbaik? Kenapa ada pilihan pertama jika ia bukan yang terbaik?"

Beristikharahlah wahai Suria... Allah akan berikan ilham dan petunjukNya. Tiada apa yang perlu dirisaukan...Insyaallah semuanya akan dipermudahkan.... Itu nasihat yang amat menyejukkan hati saya. Ikhlas datang dari Boss...

3 comments:

Unknown said...

adakah, bukan pilihan untuk memilih kedua2nya?
apa2 pun semoga suria mendapat yg terbaik untuk dunia dan akhirat, untuk diri sendiri, keluarga dan ugama...

dilla said...

salam puan...semuga mendapat yang terbaik dan dirahmati Allah selalu hendaknya..Dilla

Suria Klang said...

Pp, kedua2nya pilihan terbaik...Insyaallah saya akan melakukannya serentak. Moga dapat kekuatan....

Dilla, Amin....