Friday, January 14, 2011

Hilang kawan?

Saya sayangkan dia. Kami bersama sejak berusia 13 tahun. Banyak susah senang kami tempuh bersama.

Entah mengapa dia membenci saya teramat sangat kini. Panggilan saya tidak lagi bersambut. Mesej saya tidak lagi berbalas. Saya mula terasa yang saya kehilangannya.

Seorang lagi kawan yang rapat dengan saya juga menjauh. Alasannya mudah...saya kini bukan lagi kawan yang dikenalinya.

Saya belek wajah di cermin. Wajah masih sama, senyum masih sama....

Saya teringat perbualan bersama Prof MKI sewaktu beliau menziarahi kami yang baru pulang dari tanah suci....."You nanti akan hilang ramai kawan, Suria.... Sebab you bukan lagi Suria yang dulu. Perjalanan haji mengubah diri you menjadi manusia baru. Tapi tak apa, you akan jumpa ramai kawan lain....yang lebih baik."

Saya bersembang dengan Kak Connie yang telah 5 kali mengerjakan haji tentang perkara yang sama. Kata Kak Connie..."Sayang...bukan ke masa kat sana kita doa supaya Allah kumpulkan kita dengan sahabat-sahabat yang beriman? Now that these friends of yours have moved away from you...you should know that Allah has granted your wishes....! Don't worry...ramai lagi yang akan datang jadi kawan you....."

Betul jugak kata Kak Connie. Bukankah telah saya buang hati saya yang buruk dan penuh dengan noda itu di sana? Dan saya telah ganti dengan hati baru yang bersih berseri-seri....?

Tuhan....kembalikanlah kawan-kawanku ke dalam hidup yang penuh keimanan, Ya Allah. Aku sayangkan mereka, dan aku mahu mereka merasai nikmatnya hidup dengan hati yang lebih bersih....

6 comments:

Unknown said...

Kawan?
Sebaik2 kawan ialah kawan yang mencari perkara yang sama...sering mengingatkan...dan memberi kekuatan!
Pencarian itu...pencarian keredhaan Allah.

adakah saya kawan Suria? hehehe

dilla said...

salam Puan...Alhamdullillah...semua yang terjadi ada hikmat dan kebaikan untuk kita...jangan putus asa tetaplah berdoa...Dilla

Suria Klang said...

Anonymous, (macammanapun saya kenal sangat dengan tuan badan...)

Anda kawan dan sahabat saya...yang saya sayang kerana Allah...

Dilla,

Saya akan terus berdoa. Terimakasih. Dilla adalah kawan saya yang baru...yang lebih baik...

Tepi Sungai Batu said...

Pak Man tak ada ramai kawan ......
Tak ada pengalaman dalam hal ni.
Walau bagaimanapun, berdoa dan terus berdoa. Itu yang penting.
Prof tu hebat lah.

dilla said...

salam Puan...terimakasih...that's mean a lot to me...semuga dipermudahkanNYA...Dilla

Suria Klang said...

Pak Man adalah kawan saya yang lebih baik....Saya ingat kisah kawan yang rapat dengan Rasulullah saw. Dia kenal peribadi Rasulullah, akhlak baginda, ketulusan baginda dan kebenaran yang baginda bawa. Namun kerana cintanya kepada Rasulullah bukan kerana Allah, dia amat membenci baginda, malah berazam mahum membunuh baginda. Dia adalah Abdullah bin Ubay....