Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Harijadi

Alhamdulillah. Hari ini, 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H. Genap usia saya 46 tahun....Dah tua tentunya, namun syukur kepada Allah kerana mengurniakan usia ini kepada saya.

Saya menerima banyak sms dan panggilan dari kawan, saudara dan kenalan jauh dan dekat. Terasa bertuahnya diri kerana diingati dan disayangi. Pertamanya, saya amat bersyukur mendapat nikmat menyambut harijadi di hari pertama Ramadhan tahun ini. Tiada yang lebih menggembirakan selain dari hadiah dari Allah ini.

Saya mulakan hari yang indah ini dengan menyiapkan juadah sahur buat keluarga di rumah. Abo masih bersuap di atas katil. Harapnya tahun ini dia dapat memenuhkan sebulan puasa. Abey makan dengan penuh selera manakala Boss dan Lala hanya minum HB Mix (food supplement). Saya talipon Jimie dari jauh...alhamdulillah, dia telahpun bangun dan bersahur, juga dengan HB Mix sahaja.

Saya kemudiannya ke Masjid Negeri bersama Boss. Subhanallah...bacaan Imam Karim yang mengimamkan solat subuh benar-benar menusuk kalbu. Airmata berjuraian mendengar ayat-ayat indah Allah yang dibacakan beliau. Tuhan...di hari yang membahagiakan ini, aku serahkan segalanya hanya padaMu....Itu janji saya.

Kami juga berpeluang berada di dewan seminar Masjid untuk rancangan secara langsung Tanyalah Ustaz yang disiarkan di TV9. Sekali lagi, saya merasa amat bertuah. Nikmat Allah begitu banyak kepada saya hari ini....

Saya menerima panggilan yang saya rindukan. Mendengar suara seseorang di hujung talian membuat hati saya pilu.... Alhamdulillah, doa saya sejak sekian lama dimakbulkan. Tuhan lembutkan hatinya....Allah hu akbar....

Kepada mereka yang mengucapkan selamat, saya doakan agar Allah memberikan rahmat dan nikmatNya kepada anda. Bersyukurlah dengan segala yang diberikan olehNya. Semoga kita berbahagia di dunia dan di akhirat.

2 comments:

lina said...

salam Ma'am - Pertama nya happy belated birthday semoga sentiasa mendapat keberkatan usia dan ceria selalu disamping keluarga tersayang...dan semoga terus maju jaya dlm perniagaan yg diceburi. Dan salam ramadhan :)

Suria Klang said...

Salam Lina,

Terimakasih atas ucapan. Ianya amat berharga buat saya. Alhamdulillah.