Sunday, August 28, 2011

Beraya di kampung?

Saya dilahirkan di sebuah kampung yang jauhnya 6 km dari bandar Klang. Boss pula dilahirkan di Muar. Namun takdir menentukan kami kehilangan orang tua di kala usia kami masih muda. Sejak kehilangan orang tua, kami hanya ada adik beradik dan ibu/bapa sausara dan sepupu.

Bagi anak-anak saya, kampung adalah asal saya dan boss. Bila Atuk dan Nenek serta Maktok dan Tokbah sudah tiada, kampung mereka adalah tempat asal mereka, iaitu Shah Alam. Di sinilah mereka membesar, bersekolah tadika, mengaji, sekolah rendah, sekolah menengah, berkawan, bercinta..... malah Lala menyambung pelajarannya di belakang rumah kami.....

Sebelum tibanya Syawal, kami sibuk di kedai. kami seronok melihat keghairahan pengunjung yang akan pulang bercuti di kampung halaman... bila tiba giliran kami menjawab, kebanyakan orang merasa kami seolah-olah lupa pada kampung halaman....

Saya rindukan kampung saya. Banyak kenangan saya di sana. Namun rumah mak bukan lagi milik saya. Pemiliknya tidak mungkin menyukai apa yang kita sukai. Makanya kepulangan kami sebenarnya adalah kedatangan.... Tiada yang merindui kami, bahkan mungkin ramai yang membenci...

Tahun ini, seperti tahun-tahun sebelum ini, sejak kami menjadi yatim piatu, kami akan beraya di tempat orang. Bezanya, tahun ini kami memulakan langkah pada hariraya kedua memandangkan Abey akan menghadapi peperiksaan percubaan SPMnya bermula awal minggu hadapan. Kami tidak akan bersama-sama dalam konvoi keluarga seperti sebelum ini, tetapi kami akan memulakan perjalanan jauh yang amat mengujakan.

insyaallah jauh perjalanan luas pengalaman. Anak-anak saya tentunya akan dapat menimba banyak pengalaman baru di sepanjang perjalanan ini, terutama Abo yang belum pernah merasainya. Sepupu mereka tidak akan ada bersama, tetapi kami pasti ketiadaan kami tidak akan dirindui....

semoga Allah meredhai pengembaraan kami kali ini. Mudah-mudahan Allah beri kami kekuatan untuk terus menghadapi kehidupan dengan tenang dan sabar.....Kami tidak pulang beraya, sebaliknya kami datang beraya. Kami hanya ada diri kami....dan kami amat mensyukurinya.....

Friday, August 26, 2011

berlapang dada

Dalam setiap usaha kita, penyerahan kepada Allah adalah perkara utama yang jarang diberi perhatian. Kita manusia lemah yang hanya membuat keputusan berddarkan perancangan yang mengambil kira statistik yang disandarkan kepada kejadian masa lalu.

Seorang teman rapat saya hampir histeria ketika mendapat tahu bahawa gajinya tidak dapat dikeluarkan kerana pihak bank telah membekukan akaunnya. Dia menagadu kepada seorang teman lain yang baru semalamnya bercerita kepada saya betapa dia jauh hati kerana suaminya meletakkan dia dalam kesusahan.

Subhanallah... Nasihat yang saya beri kepada kawan tersebut semalam dapat digunakannya untuk menenagkan sahabat yang histeria. Kedua-dua mereka kemudian meminta nasihat saya secara serentak.

Apa yang dapat saya pelajari darinsituasi ini ialah istilah penyerahan diri secara total kepada Yang Mqha Esa adakalanya hampir tiada dalam diri kita manusia yang mengaku akan keesaanNya. Kita kecewa, kita bersedih, kita diburu rasa gelisah dan buntu menghadapi simpulan kehidupan yang seolah tiada penghujung....namun, jika kita yakin bahawa Allah menetapakan sesuatu itu untuk kebaikan kita, nescaya segala rasa negatif akan terurai...

Kepada kedua-dua sahabat saya tadi, saya berdoa agar meteka mendapat hidayahNya untuk sentiasa berlapang dada dengan kehendakNya. Banyakkan berdoa mohon yang terbaik buat diri....satu hati nanti kalian akan metasa betapa indhanya hidup tanpa segala rasa yang menyesakkan dada. Bila kita di atas, kita tahu esok lusa kita akan turun ke bawah... Bila kita di bawah, dakilah tangga usaha dqn doa supaya kita akan merasa kenikmatan hidupndi atas sana...

Monday, August 22, 2011

beraya

Sudah lebih 15 tahun Boss berniaga sendiri. Dari kedai emas berlian yang besar dan hebat menjual segala yang berharga ratusan dan ribuan ringgit, ke bazar Ramadhan Jalan TAR menjual batang buruk dan putu kacang, serta tudung dan perhiasan, kemudian ke kiosk di kompleks membeli belah menjual baju kurung dan baju melayu, hinggalah kini Boss selesa dengan menjual butang baju melayu, kerongsang dan beg pelbagai gaya di Kompleks PKNS.

Saya berada di setiap lokasi yang pernah Boss menjalankan perniagaannya. Bukan sebagai peniaga, tetapi sebagai pembantu. Sebagai seorang yang bekerja tetap, saya hanya dapat membantu di masa-masa cuti mingguan.

Apa yang menarik minat saya ialah kesungguhan pembeli untuk berhari raya. Saya tertanya-tanya dari mana 'extra cash' mereka untuk membeli persiapan raya yang kadang-kadang rasanya tidak perlu....

Saya suka mengira begini: sebuah keluarga dengan 4 anak remaja. Ibu tidak bekerja. Ayah mungkin bergaji RM6000 sebulan (kami boleh agak pendapatan pelanggan melalui cara mereka...bukan pakaian mereka...). Setiap bulan mungkin si ayah mempunyai lebihan RM2000. Itulah yang akan digunakan di waktu kecemasan. Tetapi, untuk hariraya, jumlah tersebut pasti tidak cukup untuk mmebeli baju melayu seorang sepasang, kasut seorang sepasang, seluar jeans dan baju untuk dipakai di hariraya kedua....kuih raya, duit minyak dan tol untuk balik kanpung, duit raya.... Aduuhhh...

Kadangkala saya terasa ingin sekali menasihati anak-anak pelanggan supaya tidak meminta dari ayah mereka duit lagi.... Saya bekerja makan gaji... Setiap bulan apa yang ada dalam akaun bank saya sudah ada 'bin-nya'.

Rasanya tidak mustahil ada yang mengorbankan bayaran tetap bulanan hanya untuk membeli persiapan hariraya yang hanya akan dipakai setahun sekali...

Paling mengharukan saya bila si ayah atau si ibu mengira baki wang yang tinggal dalam beg duit mereka selepas membuat bayaran...dan dalam masa sama si anak tersenyum meleret mengambil beg plastik berisi barangan belian mereka dari tangan jurujual.....

Sebagai ibu, saya sendiri akan merasa puas dapat memenuhi kehendak anak-anak...tetapi di sudut hati saya berkata..."Manalah aku nak cari duit nak bayar bil-bil yang tertunggak ni nanti?".....

Selamat hariraya....

Sunday, August 21, 2011

Kaya?

Hari raya akan menjelma beberapa hari lagi. Rutin kami di minggu-minggu terakhir Ramadhan adalah berkampung di Kompleks PKNS Shah Alam. Boss amat memerlukan bantuan kami semua.Halimah tidak mampu melayan pelanggan yang datang sambil mengawasi barang jualan dan mengemas...sambil menjaga dan mencatit duit jualan dan stok.

Kebiasaannya kami akan menjadi terlalu sibuk sehingga mengenepikan soal baju raya kami sendiri. Setiap tahun kami akan membeli baju raya, kuih raya dan segala yang berkaitan dengan raya di masa-masa kecederaan....

Kami juga seboleh mungkin mahu mengisi minggu terakhir kani dengan qiamullail dan solat jemaah di masjid. Kesibukan di pejabat yang tidak pernah surut, di samping Abey yang akan bertemu dengan Trial SPM seminggu lepas raya dan Jimie yang akan mengadap peperiksaan akhir hujung September. Lala pula akan menyambung semesternya bermula 12 September. Padanyalah diserahkan tanggungjawab menjaga kedai sekiranya Boss keluar mencari stok.

Saya suka berada di suasana ini. Ia begitu spesifik dan istimewa. Pertamanya, saya akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Kerenah yang pelbagai membuat kita tidak jemu untuk terus belajar.

Saya bertemu dengan ramai kawan setiap kali saya berada di kedai. Kawan sekampung, kawan sekolah, kawan universiti, kawan sepejabat.... Belum masuk kawan baru yang bermula sebagai pelanggan dan akhirnya menjadi akrab.

Semalam saya ditakdirkan solat di sehelah Nora, teman serumah di universiti dulu. Kami berpelukan sambil menangis terharu kerana dapat bersama selepas sekian lama.

Saya juga menerima kunjungan Lan, kawan sekolah yang datang dengan keluarga. Saya rasa bersyukur kerana di saat saya terpinggir dan terasa tidak diperlukan, ada ramai yang merindui saya sebagai diri saya. Saya rasa saya kaya, bukan dengan wang ringgit atau harta kekayaan mahupun pangkat dan kedudukan....tetapi dengan kawn-kawan.

Saya masih menangis tiap kali saya teringat penghinaan yang saya tempuhi. Ia satu pengalaman ngeri buat saya. Namun saya pasti Allah akan menggantikan keadaan itu dengan memberi saya kemuliaan di sisiNya nanti, kerana hanya itu yang saya pinta....

Apapun, saya bahagia dengan kenyataan yang saya kaya dengan kawan-kawan jauh dna dekat.....biar siapapun mereka....

Thursday, August 18, 2011

Kad Raya

Kad dihantar pengganti diri...

Teringat kisah zaman silam. Berpuluh-puluh kad raya dikumpulkan sempena hariraya. Macam-macam yang tertulis di kad raya. Biar habis duit beli kad dan beli setem, asalkan dapat menghulurkan kad raya kepada kawan-kawan....apatah lagi kepada "Secret Admirer".

Antara ayat-ayat yang sering ditulis di kad raya ialah........

"Pen merah pen biru
You marah I love you..."


ataupun

"Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas..."


Selalunya ia bertandatangan: Your Secret Admirer

Aduh....bagaimana harus dibalas jika tiada nama sebenar? Cerita pasal Secret Admirer ni, kadang-kala kita mengharap SA kita adalah pengirim kad raya berkenaan....Lalu, kita pun hantar kad kepadanya, juga bertandatangan "Your S.A." Malangnya, kerap berlaku, orang yang kita minat langsung tidak menyedari kewujudan kita!!! Hahahaha... Terkenang kisah di sekolah rendah, sekolah menengah dan asrama, universiti... indahnya.

Kini, kad raya sudah diganti dengan sms, fb status dan emails. Tiada lagi 'personalised' kad yang menggantikan diri. Pantun yang dihantar melalui sms kebanyakannya 'forwarded".

Kenangan terindah tetap terukir di sanubari....Ia kekal di situ.

Monday, August 15, 2011

Gajet

Saya dapat teman baru. Alhamdulillah. Saya kini sedang mendekatinya. Terkial-kial sambil tersenyum-senyum.

Saya sedang menulis sambil menanti dipanggil masuk ke dalam kapalterbang yang akan membawa terbang ke Pulau Pinang. Malam ini says akan berbuka Dan bersahur bersama Jimie di Equitorial Penang. Subahanllah....besar sungguh nilkmat Dan kurniaanNya kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah.

Semoga saya dapat melaksanakan misi Dan tugasan dengan sempurna biarpun ianya amat mencabar. Usaha saya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan rahmat dan nikmatNya. Harapnya saya, suami dan-anak saya akan sentiasa berada dalam golongan yang bersyukur...

Jika biasanya saya menulis entry menggunakan laptop atau BB, hari ini saya asyik tersalah taip...tak kenal maka tak cinta. Saya pasti selepas beberapa hari iPad akan nenjadi cinta hati saya, apatah lagi anak-anak yang menanti...bila agaknya mama nak letak iPad ni atas meja? Hehehe


Friday, August 12, 2011

Ramadhan bulan keberkatan

Alhamdulillah....murah betul rezeki di bulan puasa ni. Kalau diterjemahkan ke nilai RM, berapa lah agaknya ye?

Kurma berkotak-kotak dihantar ke pejabat saya. Saya beri pada jiran lah, kawan lah, sedara lah...ehhh...datang jugak lagi yang lain. Subhanallah. Dah memang janji Allah kan? Jika kita kejar dunia, dunia akan lari tinggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita....

Sejak seminggu lalu, kakitangan saya mengatur persiapan untuk majlis berbuka puasa kepada kakitangan dan keluarga. Di samping berbuka, kami juga akan mengadakan majlis ilmu sebelum berbuka. Kami bercadang untuk memanggil ustaz yang berkaliber untuk memberi kuliah dan kemudian berbuka bersama kami dan keluarga.

Seorang Ustaz dihubungi. Malangnya beliau memberi keputusan di saat akhir. Kalut kami mencari ustaz lain. Saya minta Boss cari Imam di Masjid Negeri. Tu dia...semua mereka sudah ditempah. Kami kemudian menghubungi beberapa Ustaz lain. Malangnya masing-masing sudah ada program. Bak kata Safari, pengurus saya, "Ustaz-ustaz yang handal-handal ni banyak betul rezeki di bulan puasa..."

Kami bersetuju kemudiannya bahawa keikhlasan para Ustaz ini membuatkan mereka dihujani rezeki dari ALlah, terutama sekali apabila mereka seringkali mengingatkan kita semua betapa hebatnya keberkatan di bulan Ramadhan.....

Alhamdulillah. Tiada apa yang lebih baik selain dari mendapat keredhaan Allah....

Wednesday, August 3, 2011

Terkenang kisah silam....

Malam tadi sewaktu memerhatikan Abo duduk bersila di saf kanak-kanak lelaki di hadapan saf kami sementara menanti azan Isya' di Masjid Negeri, saya terkenang zaman kanak-kanak di surau kampung.

Surau yang bernama Surau Hj Elias terletak lebih kurang 200meter dari rumah kami. Surau papan yang bertiang tinggi menjadi tempat bermacam aktiviti di kampung. Di bulan puasa, surau sentiasa penuh sewaktu solat tarawih. Dua imam surau yang masih saya ingat nama mereka "Ya'ie Kamit" dan "Wak Ramli".

Selalunya kalau giliran Ya'ie Kamit, kami cukup suka. Sebabnya? Dia baca laju... Arwah mak kata "Macam keretapi". Kalau giliran Wak Ramli....saya ambik saf belakang sekali.... orang solat, saya duduk bersandar dan bersendor.... Betullah....Malu bila diingat. Tapi, dulu-dulu semua orang solat terawih 20 rakaat. Masa tu belum tau nak pause selepas 8 rakaat...

Saya cukup suka waktu sujud....Bunyi papan lantai tidak boleh saya lupakan. Kadang-kadang tu sengaja hentakkan lutut kuat-kuat. Nak lawan bunyi lutut siapa lagi kuat....Bila bab sebut "amin"....macam nak runtuh surau dibuatnya. Masing-masing menjerit dengan pitch yang paling tinggi....

Balik dari surau, kami (kanak-kanak) akan berlari-lari di sepanjang perjalanan ke rumah yang dipenuhi dengan deretan lampu-lampu pelita. Cantik sungguh pemandangan ketika itu. Puaslah dimarah mak atau kakak-kakak, namun esok tetap diulang gelagat sama... Kadangkala baju penuh dengan jelaga hitam dan bau minyak tanah....

Selepas habis solat terawih, beduk akan dibunyikan bertalu-talu. Budak-budak lelaki berlawan-lawan nak tunjuk siapa ketuk lagi kuat. Punyalah teringin saya nak buat apa yang Abang saya buat.... Selalunya saya akan dengar mak kata "Mengada-ngada!".

Di bulan puasa juga saya belajar menahan panas. Rumah tidak berkipas. Balik dari sekolah kena jalan kaki setengah batu ada rasanya. Angin yang berhembus pun terasa bahangnya. Saya selalu pening kepala setiap kali pulang dari sekolah... Apa yang akan saya buat jika saya kepanasan ialah saya akan duduk dalam bilik air... Kedua-dua kaki terendam dalam baldi, saya duduk atas kerusi sambil membaca buku....(Waktu menulis ini, saya sedang menggigil kesejukan di dalam bilik berhawa dingin....)

Saya rindukan suasana kampung saya dulu. Saya rindukan mak dan bapak saya (arwah Bapak suka sangat makan mee kari ketam....saya cukup sedih bila hari-hari mak asyik masak mee kari ketam....sebab saya nak makan lauk lain...). Saya rindukan kakak-kakak saya yang selalu buli saya, saya rindukan arwah Abang saya yang setiap hari berjalan balik dari sekolah dengan saya dan selalu buat saya kena marah sebab menangis bila diusik. Saya terkenang saya berbasikal ke rumah Atuk dan Nenek saya di petang hari menghantar lauk berbuka....

Saya rindukan Surau Hj Elias, kawan-kawan saya, arwah Wak Ramli, manusia yang banyak berjasa dalam hidup saya. Beliau mengajar saya Alif, Ba, Ta hingga saya berjaya khatam Quran sewaktu saya darjah dua. Saya rindukan pemandangan jalan lurus yang diterangi cahaya pelita minyak tanah.... Saya rindukan hembusan angin yang berbahang di celah-celah pokok getah di belakang rumah kami....

Saya rindukan kampung saya yang kini telah lenyap ditelan arus pembangunan.....Surau Hj Elias bukan lagi surau tinggi. Di sepanjang Jalan Nenas ada banyak taman-taman perumahan yang penduduknya begitu asing bagi saya.

Saya terasa semakin jauh dari kampung..........