Dalam setiap usaha kita, penyerahan kepada Allah adalah perkara utama yang jarang diberi perhatian. Kita manusia lemah yang hanya membuat keputusan berddarkan perancangan yang mengambil kira statistik yang disandarkan kepada kejadian masa lalu.
Seorang teman rapat saya hampir histeria ketika mendapat tahu bahawa gajinya tidak dapat dikeluarkan kerana pihak bank telah membekukan akaunnya. Dia menagadu kepada seorang teman lain yang baru semalamnya bercerita kepada saya betapa dia jauh hati kerana suaminya meletakkan dia dalam kesusahan.
Subhanallah... Nasihat yang saya beri kepada kawan tersebut semalam dapat digunakannya untuk menenagkan sahabat yang histeria. Kedua-dua mereka kemudian meminta nasihat saya secara serentak.
Apa yang dapat saya pelajari darinsituasi ini ialah istilah penyerahan diri secara total kepada Yang Mqha Esa adakalanya hampir tiada dalam diri kita manusia yang mengaku akan keesaanNya. Kita kecewa, kita bersedih, kita diburu rasa gelisah dan buntu menghadapi simpulan kehidupan yang seolah tiada penghujung....namun, jika kita yakin bahawa Allah menetapakan sesuatu itu untuk kebaikan kita, nescaya segala rasa negatif akan terurai...
Kepada kedua-dua sahabat saya tadi, saya berdoa agar meteka mendapat hidayahNya untuk sentiasa berlapang dada dengan kehendakNya. Banyakkan berdoa mohon yang terbaik buat diri....satu hati nanti kalian akan metasa betapa indhanya hidup tanpa segala rasa yang menyesakkan dada. Bila kita di atas, kita tahu esok lusa kita akan turun ke bawah... Bila kita di bawah, dakilah tangga usaha dqn doa supaya kita akan merasa kenikmatan hidupndi atas sana...
1 comment:
Salam Suria....
Ya.Lisan berkata2, namun nurani tiak dapat menjiwai. tidak senang. tetapi jika kita mendapatnya, ituah yg paling mendamaikan kehidupan. saya tahu walaupun saya sendiri belum mencapai tahap itu.
sama2 lah kita terus meningkatkan keimanan.
selamat hari raya.
Post a Comment