Alhamdulillah....murah betul rezeki di bulan puasa ni. Kalau diterjemahkan ke nilai RM, berapa lah agaknya ye?
Kurma berkotak-kotak dihantar ke pejabat saya. Saya beri pada jiran lah, kawan lah, sedara lah...ehhh...datang jugak lagi yang lain. Subhanallah. Dah memang janji Allah kan? Jika kita kejar dunia, dunia akan lari tinggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita....
Sejak seminggu lalu, kakitangan saya mengatur persiapan untuk majlis berbuka puasa kepada kakitangan dan keluarga. Di samping berbuka, kami juga akan mengadakan majlis ilmu sebelum berbuka. Kami bercadang untuk memanggil ustaz yang berkaliber untuk memberi kuliah dan kemudian berbuka bersama kami dan keluarga.
Seorang Ustaz dihubungi. Malangnya beliau memberi keputusan di saat akhir. Kalut kami mencari ustaz lain. Saya minta Boss cari Imam di Masjid Negeri. Tu dia...semua mereka sudah ditempah. Kami kemudian menghubungi beberapa Ustaz lain. Malangnya masing-masing sudah ada program. Bak kata Safari, pengurus saya, "Ustaz-ustaz yang handal-handal ni banyak betul rezeki di bulan puasa..."
Kami bersetuju kemudiannya bahawa keikhlasan para Ustaz ini membuatkan mereka dihujani rezeki dari ALlah, terutama sekali apabila mereka seringkali mengingatkan kita semua betapa hebatnya keberkatan di bulan Ramadhan.....
Alhamdulillah. Tiada apa yang lebih baik selain dari mendapat keredhaan Allah....
No comments:
Post a Comment