Wednesday, November 16, 2011

Menghadapi Ujian

Saya pernah mendapat mesej seperti ini dari seorang insan yang istimewa:

Allah menguji hambaNya kerana Dia sayang padanya....

Saya sedang menerapkan kenyataan itu di dalam hati saya. Dengan sepenuh jiwa dan raga saya. Dia sayangkan saya.

Hari-hari kita diuji. Dengan kesenangan dan kesusahan. Sebagai makhluk hina yang lemah, kita akan bergembira ketika mendapat kesenangan dan berduka ketika mendapat kesusahan. Sesekali berkata sang hati yang sedang berduka....Bilalah agaknya aku akan dapat hidup senang?

Tatkala mendapat kesenangan, hati berkata....Jangan Kau duga aku dengan dugaan yang tidak mampu ku tanggung Ya Allah....

Sesungguhnya ujian itu datang setiap hari. Selagi masih ada nafas yang mampu kita hela, selagi itu Allah menguji hambaNya. Hamba yang menyedari dan menghadapi ujian dengan redha, tentu sekali hamba yang tahu bahawa Allah amat mengasihinya.

Semoga ujian yang setiap hari saya tempuh menjadikan saya hamba yang sangat mengasihiNya. Hanya Dia di hati ini. Buatlah apapun pada saya. Katalah apapun. Ujilah kesabaran saya dengan segala perancangan paling hebat dan tersusun. Saya tahu kuasa Allah tiada siapa yang boleh melawan. Jika Dia berkehendakkan sebaliknya, terlucutlah segala mahkota yang sedang dijunjung. Kita semua hanya hamba. Bukan sesiapa pun di sisiNya.

Saya sedang menghadapi ujian yang memerlukan kesabaran tingkat tertinggi. Mudah-mudahan Dia permudahkan. Mudah-mudahan Dia dengar rintihan hati saya di setiap ketika. Mudah-mudahan saya mendapat kekuatan yang luar biasa dariNya. Tiada sedetik lebih pun yang akan seorang hamba itu nikmati andai Dia tidak menginginkannya.

Sabarlah. Masa gemilang pasti akan tiba. Ia lebih hakiki. Lebih kekal abadi.

8 comments:

lina said...

salam ma'am - DOa lina semoga ALLAH pemudahkan apa jua yg puan sedang lalui sekarang. Insya ALLAH

Suria Klang said...

Terimakasih Lina. Amin.

Suria Klang said...
This comment has been removed by the author.
ros said...

Salam K Su,

Sy suka dengar motivasi pagi radio IKIM jam 7.30pg.. Selalu sy juga mengingatkan diri saya semoga apapun dugaannya baik atau sebaliknya semoga meningkatkan keimanan kita.. Dgn erti kata lain menjadikan kita semakin hampir dengan-Nya.. Itu tanda Allah sgt kasihkan hambaNya.. Waallahualam.

zaidah said...

Saya doakan Puan diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian ini, juga mohon Allah Yang Maha Mengasihani, memudahkan dan membantu Puan dalam keadaan ini.

Suria Klang said...

Ros, terimakasih yang tidak terhingga memberi sedikit inspirasi. Mudah2an Allah beri petunjuk ke jalan yg lurus buat kita, dan saya terutamanya.

Suria Klang said...

Salam perkenalan Zaidah. Amin amin amin Ya Allah. Subhanallah. Ada insan yang menyayangi saya rupanya... Dalam pada saya dihina oleh insan sekeliling, ada yang Allah buka hatinya untuk mendoakan kekuatan dan ketabahan serta kemudahan buat saya. Masya Allah. Besar sungguh nikmat Allah pada sata ketika ini. Allah jua yang mampu membalas kebaikan Zaidah.

zaidah said...

Allah Maha Adil, walaupun akan ada orang di sekeliling yang menyebabkan Puan tidak selesa, Allah tidak akan biarkan Puan berterusan resah; Insya Allah, ada saudara-saudara seagama yang sentiasa akan mendoakan kesejahteraan Puan. Moga perkenalan ini diberkati Allah , diberikan rahmatNYA yang meluas, Puan tidak sendirian, saya juga tidak, kita bersama di bawah lindungan rahmat Allah. (hugs for you, sister)