Minggu lalu, saya dan ramai sahabat lain dijemput untuk makan tengahari sempena reunion dengan sahabat-sahabat dari Negeri Sembilan.
Waduh! Sedap sungguh makanan yang dihidangkan. Kami makan bersila... Hahaha. Sempot nafas saya dibuatnya. Orang gemok macam ni lah... Venuenya pula amat menarik. Ladang Alam Warisan di Seri Menanti. Ada sawah,ada kambing, kuda, tempat memanah, ayam, itik... Amat tradisional.
Saya catat menu makanan yang disediakan:
1. Ikan salai masak lemak cili api dengan daun maman;
2. Rendang ayam kampung dengan daun pegaga;
3. Daging salai masak lemak cili api dengan terung telunjuk dan pucuk ubi;
4. Rendang betik;
5. Kerabu pucuk paku;
6. Air jando pulang
7. Kuih sopang (badak berendam) yang berintikan gula enau;
8. Pengat pisang;
9. Sirap biji selaseh;
10. Kopi O pekat.
Hingga kini saya masih terasa-rasa keenakan makanan yang jarang sekali saya rasa.
Hari ini, saya bayangkan saya makan berlaukkan sambal daun kayu dan masak lemak telor itik campur belimbing buluh. Kecur air liur...
Nikmat makan... Alhamdulillah.

4 comments:
Adoii seksa baca resepi..
Nasib baik baru lepas lunch, kalau tak mmg meleleh air liur ku
Tak pernah merasa rendang betik lagi. Ada ke? Air Jando Pulang tu pulak tak ponah den dongar doh.
Mak Lang. Sampai ni masih kecur lagi ni ha teringat makanan enak ni... Rasa macam nak ke sana balik...
Pak Zabs... MasyaaAllah! Sedap yang amat rendang betik tu! Nak habiskan maluπππ
Air jando pulang tu ialah air kelapa muda campur gula enau....
Mak aiii!
Post a Comment