Wednesday, September 19, 2007

Doa buat Guru

Semalam adalah kelas terakhir saya dengan pelajar-pelajar bachelor in International Business majoring in Banking & Finance. Saya mengajar mereka sejak bulan November 2006, iaitu subjek International Financial Management dan sejak May 2007, subjek International Financial Analysis & Reporting. Pelajar-pelajar ini akan menduduki peperiksaan minggu hadapan dan selepas Aidilfitri ini mereka akan mula bekerja.

Saya rasa sebak dan terharu kerana mereka antara pelajar-pelajar kesayangan saya. Walaupun tidak saya nafikan ada antara mereka yang sering menyakitkan hati, namun bukan kesemuanya begitu. Saat mereka mahu keluar dari kelas, setiap dari mereka bersalam dan mencium tangan saya memohon restu agar mereka berjaya. Lelaki, perempuan, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban....mereka ibarat anak-anak saya sendiri. Sebagai guru, tiada apa yang lebih membanggakan saya selain dari melihat dan mendengar kejayaan mereka.

Setelah hampir dua tahun saya menjadi pensyarah, saya dapat rasakan bahawa kepuasan ini tidak dapat ditandingi dengan wang ringgit dan glamor di sektor korporat.

Ingin saya nyatakan betapa saya sendiri amat menghargai setiap ilmu yang dicurahkan oleh semua pensyarah-pensyarah dan guru-guru saya dulu. Ada antara mereka yang telah pergi, namun ilmu yang mereka beri dan saya amalkan sehingga hari ini tidak akan habis. Hanya Allah yang dapat membalas. Semoga kalian beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat.

P/S: Guru-guru saya di SRK (P) Bukit Kuda, Kelang, SM (P) Methodist, Klang, SM Teknik, Kuala Lumpur, UiTM Shah Alam (Diploma & Advanced Diploma in Accountancy) dan Masters of Accountancy, UiTM Shah Alam.

2 comments:

sarah said...

begitu besar nilainya seorang pendidik dan juga seorang ibu...
terima kasih,pn kerana benar2 mngajar sy erti khidupan dan mndewasakan saya...erti tnggungjwb..insyaallah ini adalah semester terakhir sy sblm mndpt segulung ijazah...kata2 semangat dan pengalaman yg puan kongsikan bersama akn sy jdikan bekalan dihari yang mendtg...terima kasih sekali lg buat,PUAN MAHASURIA IDRIS...doakan kejayaan sy dan mohon dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan...

Suria Klang said...

Sarah,

Saya sedih dan terharu... Semoga anak-anak saya terus berjaya.