Pada hari Sabtu dan Ahad yang baru lalu, saya diberi peluang oleh pihak Majlis Perunding Wanita Selangor (MPWS) untuk mengambil bahagian dalam jualan sempena Perkampungan Islam Hadhari di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Alhamdulillah, kita hanya memohon, Allah jua yang mengabulkan doa hambaNya. Biarpun penat kerana cuaca yang amat panas, namun semangat sebagai usahawan membuatkan saya, suami, Jimie dan Abey dengan dibantu oleh Ngah Uji dan Fadhil, berasa cukup puas. Selain mendapat hasil dari jualan, kami juga dapat mempromosikan barangan kami dan kedai kami di Kompleks PKNS. Itulah pertama kali dalam sejarah saya mengikuti dan mengunjungi Perkampungan Hadhari…Ramai sungguh orang datang. Berbondong-bondong dan berbas-bas….
Di sepanjang tempoh dua hari itu, saya dapat perhatikan beberapa insiden yang boleh direnungkan bersama:
i) Cara orang Indonesia cari rezeki
Saya didatangi oleh seorang minah Indon di pagi Sabtu yang meminta keizinan untuk ‘sub-let’ gerai saya. Saya katakan padanya….maaf, saya sendiri menumpang nama orang lain. Cuba akak tanya peniaga lain.... Saya ingatkan orang lain menyewa gerai tersebut…gerai saya memang percuma! Adalah tidak beretika untuk saya menyewakan sesuatu yang percuma kepada orang lain....
Marah agaknya dengan saya, dia ke gerai sebelah dan diberi ruang. Dia beritau saya...Perempuan itu sewakan pada saya 300 ringgit sehari! Sewanya RM2000 untuk dua hari... Biar betol. Hentam sajalah, kata hati saya.
Kenyataannya - Selepas 2 hari saya merisik, rupanya gerai-gerai yang ada semuanya ditaja oleh kerajaan negeri. TIDAK ADA SEORANG PUN YANG DIKENAKAN SEWA! Kesian Indon tu...kesian saya kerana cukup bendul...bertuahlah perempuan yang menyewakan tapak sekangkang anak kera pada Indon tu...tak pasal2 ada duit terpijak 600 ringgit!
Bila dicongak, untung ke Indon ni jual buah salak dengan sewa yang mahal tu? Sekali lagi saya termalu kerana sewaktu mengemas barang untuk pulang, saya nampak Indon tadi sedang mengusung botol gas dan belon2....Oh...dia bukan hanya jual buah salak!!!! Kaya gila minah ni. Bayangkan berapa banyak belon dia boleh jual dengan pengunjung yang berpuluh ribu tu! Agaknya kalau orang Melayu niaga kat Indonesia, jangankan belon, kepala sendiri pun dah lama hilang!!! Senangnya Indon cari duit kat tanahairku yang tercinta!!!
ii) Sukarnya mencari sesuap nasi
Antara fungsi MPWS ialah menjadi tempat rujukan Persatuan Ibu Tunggal. Adalah beberapa ibu tunggal yang diberi peluang untuk mengambil bahagian dan saya sempat berkenalan dengan seorang dari mereka, Rose namanya. Masih muda dan cantik orangnya. Sambil menunggu waktu Asar di Masjid Shah Alam, Rose bercerita tentang dirinya. Suami Rose berkahwin lain, dengan perempuan Indonesia, dan tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada empat anak mereka yang masih kecil. Rose diceraikan begitu sahaja dan terpaksa mengambilalih tanggungjawab suaminya tanpa sesen wang atau harta ditinggalkan. Rose melakukan pelbagai kerja demi mencari sesuap nasi. Selain bekerja di pejabat, Rose juga mengambil upah menjahit, mengajar anak jiran mengaji, memberi perkhidmatan facial, sauna dan urut di rumah di samping menjalankan perniagaan membuat tauhu secara kecil-kecilan. Kata Rose, tiap kali hendak menutup mata, apa yang difikirkannya ialah...mana nak cari duit ni???? Yuran sekolah anak2nya masih belum berbayar hingga kini. Setelah hampir dua tahun diceraikan, suaminya hanya pernah sekali memberi wang – jumlahnya: RM160 sahaja... Lelaki oh lelaki...di mana keadilan???
iii) Hilang lagi
Suami saya amat sayangkan kasutnya. Tidaklah mahal, tapi cukup selesa bila dipakai. Kemana pun dia pergi, itulah kasutnya. Hari Ahad, dia pulang dari sembahyang Zohor di Masjid Shah Alam dengan muncung sedepa. Rupanya kasut kesayangannya hilang dicuri orang di masjid sewaktu Islam Hadhari....Apa nak kata lagi? Sengih aje lah....Kaki tu mintak kasut baru...usik saya. Marah benar dia... Abey yang baru kehilangan handphone kata, ”Pa, hilang kasut buruk sebab nak dapat kasut lain yang lagi baik....kan tu yang Papa kata kat Abey ari tu?” Saya ketawa macam nak pecah perut!!!
Tuesday, January 29, 2008
Tuesday, January 22, 2008
Yang tersirat
Pagi tadi kami mulakan cuti Thaipusam dengan berjogging di Tasik Shah Alam. Gembira melihat anak-anak ketawa gembira, terutama Abo yang bersungguh-sungguh menghabiskan satu pusingan tasik. Penatnya dia selepas itu....
Abey mendahului kami yang lain dengan kelajuannya. Waktu kami masih terhegeh-hegeh berjalan dan berlari untuk sampai ke kereta, dia sudah duduk di tepi tasik memerhati ikan, kura-kura dan itik berenang-renang. Indah sungguh pemandangan pagi untuk diabadikan di dalam ingatan.
Jarak antara kereta kami dengan tempat Abey duduk bermenung sambil mendengar muzik dari handphonenya kurang dari 20 meter. Apabila masuk dalam kereta, Abey perasan yang handphonenya tiada dalam kocek. Dia bingkas turun dan berlari kembali ke tempat dia duduk. Gone...handphone itu tiada lagi di situ. Jimie segera menalipon nombor Abey dan ada suara lelaki menjawab dalam masa 2 saat sebelum talian diputuskan. Dalam selang masa kurang seminit, Abey kehilangan satu aset yang amat berharga bagi dirinya.
Abey termenung dan bersedih. Kami juga amat sedih melihat dia dalam situasi itu. Saya pasti ramai dari kita telah merasai peritnya kehilangan handphone. Mujur saya bukan peminat handphone canggih dan mahal...makanya saya tidak pernah kehilangan handphone..
Abey mengambil masa yang cukup lama untuk mendapat handphonenya yang hilang itu. Duit raya campur duit belanja sekolah...dalam masa dia kumpul duit, asal ada waktu terluang, dia akan meninjau harga handphone di Plaza Alam Sentral. Akhirnya, pada bulan November yang lalu, dia dapat beli sebuah handphone berhaga RM399!!! Bagi remaja berusia 13 tahun, itu satu achievement yang cukup hebat.
Saya sedar, di sebalik kehilangan ini ada maksud yang tersirat. Pulangkanlah apa yang bukan hak kita. Jangan jadi seperti manusia yang mengambil handphone Abey. Tergamak sungguh orang yang mempunyakan sesuatu yang bukan miliknya. APalah salahnya kalau dia hubungi nombor-nombor yang tersimpan di dalam handphone Abey atau jawab panggilan kami. Kalaulah dia tau bagaimana sukarnya Abey berusaha untuk memiliki sebuah handphone...
Di kala ini, saya sedang berusaha keras untuk memulangkan apa yang bukan milik saya. Agak mustahil untuk saya langsaikan semuanya sekali gus, namun saya pasti, dengan izin Allah, saya akan dapat melakukannya dalam masa yang terdekat. Itu janji saya pada diri, dan itu janji saya pada ALlah sebelum saya menghadirkan diri saya di rumahNya nanti...

Sunday, January 20, 2008
Berlari
Sejak 3 minggu lalu saya berkesempatan meneroka keheningan pagi Ahad di Kuala Lumpur. Saya menerima tanggungjawab untuk melakukan satu kerja yang memerlukan saya untuk ke KLCC pada setiap hari Ahad. Semalam adalah Ahad yang terakhir.
Saya keluar rumah seawal pukul 730 pagi dan menaiki komuter melalui stesen Padang Jawa sampai ke KL Sentral sebelum menukar tren Putra LRT ke KLCC. Saya amat teruja apabila saya dapat melakukan rutin ini. Itulah rutin yang saya lalui sepanjang saya bekerja di Wisma Denmark Jalan Ampang sejak tahun 1999 hingga 2004. Berkejar-kejar, berebut tempat dan mengejar masa. Sentiasa perlu cepat. Stamina kena kuat dan semangat kena kental. Saya juga amat menghargai perjalanan komuter yang perlahan dari Padang Jawa ke KL Sentral dan sebaliknya kerana itulah masa tidur yang cukup menyelesakan.
Saya kehilangan semangat dan tentu sekali stamina buat masa ini. Kehidupan tenang dan slow motion di Shah Alam menyebabkan saya terlalu selesa. Dan bukan hanya selesa, tetapi lembab.
Saya bertemu rakan lama, Claire, petang semalam. Kami berbincang tentang perancangan saya selepas ’bersara’ dari universiti ini. Saya kagum dengan semangat beliau. Claire berbangsa Cina dan sebelum ini menetap di Sydney. Beliau kembali ke tanah air sejurus sebelum 1997. Beliau dihimpit beban kewangan tatkala krisis kewangan melanda dan dengan semangat juang yang cukup tinggi, Claire bangkit menerima cabaran sekaligus mampu melangsaikan hutang keluarganya yang berjuta ringgit dalam masa yang singkat. Claire kini mempunyai rangkaian perniagaan di Malaysia, Singapura dan Brunei, sesuatu yang tidak pernah diimpikannya kerana sebelum ini Claire cukup selesa dengan kedudukan yang disandangnya.
Claire meyakinkan saya bahawa saya juga mampu pergi jauh dengan segala apa yang saya ada. Aset yang paling utama yang saya ada kini ialah ’burning desire’. Tanpa pendapatan tetap dan dengan jumlah perbelanjaan tetap yang tidak mungkin berkurangan, saya perlu ke depan. Saya perlu berlari mengejar waktu yang menghimpit dan berani menepis segala serangan dan rintangan yang mendatang. Saya akur dengan takdir Allah. Saya bukan dilahirkan untuk bersenang-senang dan berselesa, tetapi untuk bekerja kuat dan memberi kesenangan kepada mereka yang saya sayang.
Perjalanan pagi Ahad ke KLCC di waktu orang lain lena di bawah selimut sebenarnya adalah latihan awal saya untuk berlari dengan kencang selepas ini...Claire, thanks a lot. Dan kepada rakan-rakan bloggers yang banyak memberi inspirasi dan semangat kepada saya – Idham, K, Anak Rawa dan Pak Ngah – nasiha anda abadi di dalam sanubari saya.

Monday, January 14, 2008
You Light Up My Life
Masa saya kecil dulu saya cukup suka lagu ni. Saya ingat dan cukup hafal senikatanya yang menyentuh hati, tanpa tahu maksud yang tersirat.
Pagi tadi, saya berat hati nak ke kelas. Saya tahu saya akan menangis jika saya khabarkan kepada pelajar-pelajar saya yang saya akan pergi....ye..saya sudahpun menghantar surat perletakan jawatan. Ke mana saya selepas ini? Tuhan saja yang tahu.
Bila saja saya beritahu anak-anak ini yang saya akan pergi...berderai tangisan kedengaran. Mereka sedih, saya, apatah lagi.... Saya juga menangis, bukan kerana takut tidak punya kerja lagi, tapi kerana saya sayangkan anak-anak ini. Mereka bukan anak saya, mereka anak melayu, anak cina, anak india, anak iban, anak kadazan...mereka anak bangsa saya yang dahagakan ilmu dari manusia seperti saya. Ilmu yang saya perolehi dari guru-guru saya, dari buku, dan dari jerit perih saya mengharungi kehidupan... Ada yang tiada di tempat bertuah ini. Kerana itu saya harus membawa langkah sendiri.
Dan saya tidak bersendiri rupanya. Saya diiringi seorang sahabat yang juga menghantar suratnya pagi tadi. Entahlah...tapi, bak kata Bob Lokman...Tuhan pun tahu...
Ketika melamun sambil memandu kereta pulang ke rumah, saya terima sms dari pelajar saya, Malini namanya. Saya salin apa yang ditulisnya....
I open my wallet and found cash.
I open my bag and I found books.
I open my heart and I found you.
I realize how grateful I am to have a nice person like you.
Luv u Pn Mahasuria.
Malini
Aargghh… saya sedih. Namun saya balas sms Malini dengan jawapan ini.
Thanks a lot.
You light up my life…

Thursday, January 10, 2008
Kehidupan Berbeza
Saya terfikir tentang satu perkara yang mungkin boleh membuat orang lain juga terfikir. Saya terfikir tentang kehidupan...
Saya seorang yang dididik menjadi Akauntan. Pekerjaan pertama saya sebagai seorang Auditor menjadikan saya seorang yang rigid. Saya hanya percaya kepada 'facts and figures'. Boleh dikatakan saya juga seorang yang begitu mementingkan prinsip hidup.
Kehidupan saya sebagai pekerja di sektor korporat menjadikan saya seorang yang pentingkan diri sendiri. Saya juga cukup cepat melenting, sesuai dengan sifat saya yang agak panas baran. Bagi saya, jika saya rasa apa yang saya lakukan benar, saya pasti akan mempertahankan apa yang saya katakan walau dengan apa cara sekalipun. Saya rasa itulah diri saya dan saya bangga dengannya.
Selepas 14 tahun di sektor korporat, saya ceburkan diri dalam bidang perniagaan. Saya jalankan perniagaan di tapak-tapak promosi di gedung-gedung perniagaan, dan saya mula bergaul dengan mereka yang tidak langsung datang dari latar belakang seperti saya. Saya jadi buntu bila terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang mentalitinya berbeza dengan saya. Saya terpaksa bertengking-tengking waktu berurusan dengan mereka-mereka yang IQ Zero, dan juga tersenyum di hadapan pelanggan, biarpun pada waktu yang paling tidak menggembirakan saya. Kehidupan sebagai peniaga cukup asing buat saya. Ia tidak menggembirakan saya walaupun wangnya boleh membuat saya gembira. Bagaimanapun, saya berubah menjadi manusia yag agak lembut. Tidak lagi cepat melenting dan rajin melawan. Situasi mengubah karekter saya.
Kini, telah dua tahun saya menjadi pensyarah. Saya dikelilingi rakan-rakan yang hampir kesemuanya punya Masters' degree dan PhD. Sepatutnya saya gembira dengan situasi di mana kami semua sama 'taraf'. Namun, bukan itu yang terjadi. Saya seolah-olah diasak untuk menjadi orang bodoh. Otak saya buntu, sebuntu-buntunya. Niat awal saya untuk mendidik anak bangsa kadang-kadang dipesongkan dengan segala macam tekanan yang amat menyakitkan minda dan hati saya. Saya yakin ini hanya di sini...bukan di tempat lain....Namun yang pasti, saya bukan lagi saya yang dulu. Saya jadi semakin pendiam dan menerima segalanya seadanya. Harapnya saya tidak menjadi pendendam....

Selamat tinggal 1428H
Baru bebearapa hari kita tinggalkan tahun 2007 Masihi, hari ini kita masuki tahun baru hijrah. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan menghirup udara segar di bumi Allah yang bertuah ini.
Semalam, sebelum masuk waktu Asar di pejabat, Asmarina membuat jariah dengan mengedarkan doa akhir dan awal tahun. Kami beramai-ramai membacanya selepas solat Asar dan sekali lagi selepas solat Maghrib. Kebetulan hujan turun selepas Asar semalam. Tak hent-henti doa yang kami lafazkan. Semoga Allah memberi ganjaran yang besar buat As yang baik budi.
Awal pagi ini, saya, suami dan Abo memulakan hari dengan menziarahi mak mertua saya yang baru dua hari pulang ke rumah dari hospital. Emak nampak segar dan agak berselera makan sarapan yang kami beli. Kesian benar melihat dia yang begitu teringin makan sambal nasi lemak, tapi mengingat nasihat doktor, dia hanya memerhatikan kami makan.
Di sebelah petang, saya dan Abo ke rumah baru Mazurina, seorang rakan sepejabat. Seronok dapat berjumpa ramai teman dalam suasana yang lebih akrab. Dalila juga datang, membawa khabar gembira. Alhamdulillah, Allah memberi rezeki besar buat Dell dan suaminya, Roslan. Segala-galanya telah ditentukan...kalau dah rezeki, memang tak ke mana....
Saya sendiri amat menghayati erti hijrah kali ini. Hati menjadi sayu bila teringat betapa setelah begitu lama hidup di muka bumi ini, ada ketikanya saya lalai dalam menjalankan tanggungjawab saya kepada Dia yang tercinta. Saya akui sejak saya bulatkan tekad untuk ’berhijrah’, hati saya menjadi lebih tenang dan urusan menjadi semakin mudah. Biarpun pelbagai cabaran dan dugaan yang saya hadapi di sepanjang kehidupan ini, saya yakin Tuhan sayangkan saya. Dugaan dan cabaranlah yang mengembalikan saya kepadaNya tanpa ragu.
Buat semua, salam Maal Hijrah. Semoga kehidupan kita akan sentiasa diberkatiNya.

Thursday, January 3, 2008
Meniru
Setiap orang punya resolusi tahun baru. Saya juga punya...bukan satu, banyak...hehehe.
Antara yang paling besar, saya ingin menunaikan Rukun Islam yang kelima tahun ini. Tapi, saya punya masalah... Tabung Haji bagi saya tahun 20.. entah bila. Duit tabungan saya juga jauh dari cukup.
Makanya, saya sedang meniru apa yang Prof. MKI lakukan sebelum beliau menunaikan Haji sepertimana yang ditulis dalam bukunya "Travelogue Haji". Saya berdoa siang dan malam, bukan hanya dalam solat, tetapi juga dalam kereta... agaknya kalau ada sesiapa yang nampak saya memandu sambil bercakap sorang-sorang, mesti mereka kata saya gila!!!
Prof MKI, maaf sebab saya 'plagiat'!

Tuesday, January 1, 2008
Selamat tinggal 2007
Saya sedang bercuti - menghabiskan baki cuti tahunan. Di organisasi saya, cuti tahunan tidak boleh dibawa ke depan....
Hari Jumaat 28 Disember, kami makan malam sekeluarga (keluarga besar saya) di Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram. Indahnya suasana malam itu. 80% kehadiran... termasuk anak-anak saudara. udang, kerang, ikan, sotong, ketam, sayur... macam nak pecah perut makan. Ini adalah satu lagi annual event kami sekeluarga. Kami bangga kerana dapat mengekalkan keakraban kami biarpun mak dan bapak dah lama pergi. Anak saudara saya, Iwan, yang sedang belajar di UiTM Shah Alam benar-benar kagum dengan pakcik2 dan makcik2nya. Iwan dilahir dan dibesarkan di Kota Kinabalu. Dia di sini bersama kakaknya Zeti, yang baru berkahwin dengan orang Kelang, dan adiknya Yin, yang sedang belajar di UKM. Aktiviti malam itu selain makan, sesi bercerita. Ada yang melayan perasaan di tepi jeti, ada yang berlari kejar-kejar. Cukup indah.
Keesokannya, Sabtu, saya ada kerja sikit di Desa Petaling. Lala dan Jimie kena jaga adik. Saya pesan pada Lala untuk membawa Jimie dan Abo ke Plaza Alam Sentral. Jimie mencari handphone baru...hadiah PMR. Mereka juga membawa misi penting, carikan Papa handphone baru sebagai hadiah harijadi...
Spesifikasi dah diberi. Pening kepala anak-anak saya mencari yang paling tepat. Lepas membeli, mereka pulang ke kedai suami saya di PKNS. Rupanya teruk mereka kena kutuk oleh Papa mereka..."Rupa ni korang belikan handphone mama? Bukan ke mama nak N93? Kenapa nak cari 3G phone untuk mama? Mama tu bukannya fancy benda-benda ni? Music2 ni...mama tu langsung tak suka music..." Betul2 kaw! Nak menangis budak berdua tu... tergelak saya sewaktu baca sms mereka...
Malamnya, Kak Wi dan Abang Yem datang bertandang. Iwan pun datang juga. Suami saya pulang dari kedai pukul 930 malam. Kami pun beramai2 nyanyikan lagu "Happy Birthday" untuknya... Terkejut besar suami saya bila kami hulurkan handphone yang dikutuk-kutuk tadi... La, untuk papa rupanya!! Sweet moment....
Keesokannya, kami sekeluarga bersama Iwan dan Fadhil, seorang lagi anak saudara kami, ke Petaling Street. Mereka berdua tidak pernah merasai keindahan Petaling Street di sebelah malam. Abey beli kasut NIKE untuk dijadikan kasut sekolah.... hehehe. Lala beli beg COACH. Iwan beli kasut DC. Fadhil beli beg QUICKSILVER manakala Jimie beli jam PATEK PHILLIP. Saya pula beli beg GUCCI... Semua itu, termasuk makan malam di Nandos (RM125) berjumlah RM500! Masing-masing ketawa gembira... Peduli apa original ke tiruan. Yang penting cantik.... Kami pulang ke Shah Alam bersama pengalaman baru buat Iwan dan Fadhil.
Isnin 31 Disember, kami terlewat!!!! Flight Lala 710 am. Saya bangun pukul 550! Biarpun suami saya bawa 130-140 km/jam, Lala tetap tertinggal kapalterbang ke Kuching... Makanya, terbang lagi RM325 untuk dia catch flight seterusnya...alahai... nak buat camana...
Sampai di rumah, kami buat projek tebang pokok jambu belakang rumah. Daun2nya mengotorkan laman belakang jiran saya dan memenuhi longkang sampai tersumbat. Kalau panggil orang buat, upahnya RM200. Entah apa angin suami saya hari tu, dikerahnya budak-budak lelaki di rumah membantu. Lepas tu, semua kepenatan. Hilang kisah nak beli baju dan buku sekolah....
Hari ini, 1 Januari, hari pertama di tahun 2008, kami mulakan dengan langkah membeli peralatan sekolah... Di samping doa yang tidak putus-putus, agar kami dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia untuk menempuh hari-hari indah bersama keluarga di hari-hari mendatang. Buat anak-anak, adik beradik dan kekasih hati saya yang seorang, terimakasih kerana kita saling menyayangi....

Subscribe to:
Posts (Atom)