Thursday, January 3, 2008

Meniru

Setiap orang punya resolusi tahun baru. Saya juga punya...bukan satu, banyak...hehehe.

Antara yang paling besar, saya ingin menunaikan Rukun Islam yang kelima tahun ini. Tapi, saya punya masalah... Tabung Haji bagi saya tahun 20.. entah bila. Duit tabungan saya juga jauh dari cukup.

Makanya, saya sedang meniru apa yang Prof. MKI lakukan sebelum beliau menunaikan Haji sepertimana yang ditulis dalam bukunya "Travelogue Haji". Saya berdoa siang dan malam, bukan hanya dalam solat, tetapi juga dalam kereta... agaknya kalau ada sesiapa yang nampak saya memandu sambil bercakap sorang-sorang, mesti mereka kata saya gila!!!

Prof MKI, maaf sebab saya 'plagiat'!

6 comments:

idham said...

suria....semoga tercapai hajat, tertunai niat....yang baik itu dari Allah....teruskan berdoa!

antar emel kat saya boleh?

idham

Anak Rawa said...

jgn sekali-kali sangsi akan kekuasaan Allah. Segala-galanya darinya. Janji Puan dah mendaftar dgn Tabung Haji. Seorang petani dan Seorang pengawal telah berjaya ke Baitullah tidak mustahil puan dan suami tidak dapat ke sana. Bykkan solat taubat dan tawakal pada nya. Insya Allah pada firasat saya Puan dan Suami akan menjadi Tetamu Allah tahun 2009.

Pak Ngah: said...

:: salam... menyinggah sekejap sambil2 lalu tu.

:: kalau DIA kata jadi... jadi le... tak gitu? Usaha... doa dan tawakkal tu kerja kita... yang lain2 tu kita serahkan padaNYA...

FaRuHa said...

Salam Azma,

Semoga doa akan termakbul.

blog hopping dari Prof. MKI, salam perkenalan dari Faruha.

ps:nnt kalau dtg Kelate lagi boleh singgah rumah my parents di KB.

Suria Kelang said...

Terimakasih pada Idham, anak rawa, pak ngah dan faruha. Saya amat menghargai doa dan nasihat dari kalian.

Buat Faruha, salam perkenalan dihulurkan.

En. Id, email dah dihantar...

Anak Rawa said...

Doa saya senantiasa utk suria sekeluarga. Semuga Allah sampaikan cita-cita kita semua. Amin. Selamat Menyambut Maal Hijrah