Tuesday, January 1, 2008

Selamat tinggal 2007

Saya sedang bercuti - menghabiskan baki cuti tahunan. Di organisasi saya, cuti tahunan tidak boleh dibawa ke depan....

Hari Jumaat 28 Disember, kami makan malam sekeluarga (keluarga besar saya) di Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram. Indahnya suasana malam itu. 80% kehadiran... termasuk anak-anak saudara. udang, kerang, ikan, sotong, ketam, sayur... macam nak pecah perut makan. Ini adalah satu lagi annual event kami sekeluarga. Kami bangga kerana dapat mengekalkan keakraban kami biarpun mak dan bapak dah lama pergi. Anak saudara saya, Iwan, yang sedang belajar di UiTM Shah Alam benar-benar kagum dengan pakcik2 dan makcik2nya. Iwan dilahir dan dibesarkan di Kota Kinabalu. Dia di sini bersama kakaknya Zeti, yang baru berkahwin dengan orang Kelang, dan adiknya Yin, yang sedang belajar di UKM. Aktiviti malam itu selain makan, sesi bercerita. Ada yang melayan perasaan di tepi jeti, ada yang berlari kejar-kejar. Cukup indah.

Keesokannya, Sabtu, saya ada kerja sikit di Desa Petaling. Lala dan Jimie kena jaga adik. Saya pesan pada Lala untuk membawa Jimie dan Abo ke Plaza Alam Sentral. Jimie mencari handphone baru...hadiah PMR. Mereka juga membawa misi penting, carikan Papa handphone baru sebagai hadiah harijadi...

Spesifikasi dah diberi. Pening kepala anak-anak saya mencari yang paling tepat. Lepas membeli, mereka pulang ke kedai suami saya di PKNS. Rupanya teruk mereka kena kutuk oleh Papa mereka..."Rupa ni korang belikan handphone mama? Bukan ke mama nak N93? Kenapa nak cari 3G phone untuk mama? Mama tu bukannya fancy benda-benda ni? Music2 ni...mama tu langsung tak suka music..." Betul2 kaw! Nak menangis budak berdua tu... tergelak saya sewaktu baca sms mereka...

Malamnya, Kak Wi dan Abang Yem datang bertandang. Iwan pun datang juga. Suami saya pulang dari kedai pukul 930 malam. Kami pun beramai2 nyanyikan lagu "Happy Birthday" untuknya... Terkejut besar suami saya bila kami hulurkan handphone yang dikutuk-kutuk tadi... La, untuk papa rupanya!! Sweet moment....

Keesokannya, kami sekeluarga bersama Iwan dan Fadhil, seorang lagi anak saudara kami, ke Petaling Street. Mereka berdua tidak pernah merasai keindahan Petaling Street di sebelah malam. Abey beli kasut NIKE untuk dijadikan kasut sekolah.... hehehe. Lala beli beg COACH. Iwan beli kasut DC. Fadhil beli beg QUICKSILVER manakala Jimie beli jam PATEK PHILLIP. Saya pula beli beg GUCCI... Semua itu, termasuk makan malam di Nandos (RM125) berjumlah RM500! Masing-masing ketawa gembira... Peduli apa original ke tiruan. Yang penting cantik.... Kami pulang ke Shah Alam bersama pengalaman baru buat Iwan dan Fadhil.

Isnin 31 Disember, kami terlewat!!!! Flight Lala 710 am. Saya bangun pukul 550! Biarpun suami saya bawa 130-140 km/jam, Lala tetap tertinggal kapalterbang ke Kuching... Makanya, terbang lagi RM325 untuk dia catch flight seterusnya...alahai... nak buat camana...

Sampai di rumah, kami buat projek tebang pokok jambu belakang rumah. Daun2nya mengotorkan laman belakang jiran saya dan memenuhi longkang sampai tersumbat. Kalau panggil orang buat, upahnya RM200. Entah apa angin suami saya hari tu, dikerahnya budak-budak lelaki di rumah membantu. Lepas tu, semua kepenatan. Hilang kisah nak beli baju dan buku sekolah....

Hari ini, 1 Januari, hari pertama di tahun 2008, kami mulakan dengan langkah membeli peralatan sekolah... Di samping doa yang tidak putus-putus, agar kami dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia untuk menempuh hari-hari indah bersama keluarga di hari-hari mendatang. Buat anak-anak, adik beradik dan kekasih hati saya yang seorang, terimakasih kerana kita saling menyayangi....

3 comments:

Anak Rawa said...

Selamat HAri LAhir BUat NAhar semuga dia tabah menerima dugaan Allah. Dengar emak dia kena leukimea. Dapat berita dari kenalan kat rumah Ustaz. Jumpa dia malam semalam. Dia bawa bibik dia berubat.

Suria Klang said...

Insyaallah akan saya sampaikan pada Naha. Btw, boleh saya tau siapa di sana???

Anak Rawa said...

Bagaimana dia spiritually dan physically. Okay ke tak. Business macamana? nantilah saya call dia. buat masa ni agak sibuk kerana urusan pejabat. Tahniah buat jimie. Dah apply masuk RMC ke. Jgn lupa suruh Nahar amal zikir dia tu. Itu dapat kuatkan semangat dia. Bila kita lemah banyak benda yg boleh masuk dlm badan kita.

Btw Suria kelang bagaimana? You need to be stronger. At this moment you are the strongest. Everyone depands on you.

You can email to me at paklikelana@yahoo.com