Tuesday, January 22, 2008

Yang tersirat

Pagi tadi kami mulakan cuti Thaipusam dengan berjogging di Tasik Shah Alam. Gembira melihat anak-anak ketawa gembira, terutama Abo yang bersungguh-sungguh menghabiskan satu pusingan tasik. Penatnya dia selepas itu....

Abey mendahului kami yang lain dengan kelajuannya. Waktu kami masih terhegeh-hegeh berjalan dan berlari untuk sampai ke kereta, dia sudah duduk di tepi tasik memerhati ikan, kura-kura dan itik berenang-renang. Indah sungguh pemandangan pagi untuk diabadikan di dalam ingatan.

Jarak antara kereta kami dengan tempat Abey duduk bermenung sambil mendengar muzik dari handphonenya kurang dari 20 meter. Apabila masuk dalam kereta, Abey perasan yang handphonenya tiada dalam kocek. Dia bingkas turun dan berlari kembali ke tempat dia duduk. Gone...handphone itu tiada lagi di situ. Jimie segera menalipon nombor Abey dan ada suara lelaki menjawab dalam masa 2 saat sebelum talian diputuskan. Dalam selang masa kurang seminit, Abey kehilangan satu aset yang amat berharga bagi dirinya.

Abey termenung dan bersedih. Kami juga amat sedih melihat dia dalam situasi itu. Saya pasti ramai dari kita telah merasai peritnya kehilangan handphone. Mujur saya bukan peminat handphone canggih dan mahal...makanya saya tidak pernah kehilangan handphone..

Abey mengambil masa yang cukup lama untuk mendapat handphonenya yang hilang itu. Duit raya campur duit belanja sekolah...dalam masa dia kumpul duit, asal ada waktu terluang, dia akan meninjau harga handphone di Plaza Alam Sentral. Akhirnya, pada bulan November yang lalu, dia dapat beli sebuah handphone berhaga RM399!!! Bagi remaja berusia 13 tahun, itu satu achievement yang cukup hebat.

Saya sedar, di sebalik kehilangan ini ada maksud yang tersirat. Pulangkanlah apa yang bukan hak kita. Jangan jadi seperti manusia yang mengambil handphone Abey. Tergamak sungguh orang yang mempunyakan sesuatu yang bukan miliknya. APalah salahnya kalau dia hubungi nombor-nombor yang tersimpan di dalam handphone Abey atau jawab panggilan kami. Kalaulah dia tau bagaimana sukarnya Abey berusaha untuk memiliki sebuah handphone...

Di kala ini, saya sedang berusaha keras untuk memulangkan apa yang bukan milik saya. Agak mustahil untuk saya langsaikan semuanya sekali gus, namun saya pasti, dengan izin Allah, saya akan dapat melakukannya dalam masa yang terdekat. Itu janji saya pada diri, dan itu janji saya pada ALlah sebelum saya menghadirkan diri saya di rumahNya nanti...

2 comments:

Anak Rawa said...

Sesungguhnya segala yg ada didunia ni hak Allah. Jgn lah kita lupa dia yg memberi dia jua yg ambil balik. Anak RAwa pernah mengalaminya. Setelah Allah beri gaji yg agak lumayan, diambilnya balik. Bayangkan anak rawa disuruh berhenti kerana kata boss tempat aku dah tiada di syarikat. Padahal prestasi ku masa tu adalah antara yg terbaik.BAru saja kita nak rasa nikmat dunia, diambilnya balik.
Rupa2nya Allah menguji aku.....Tapi life has to go on and no turning back. Sekarang hidup lebih tenang. MAcam kata Ustaz A...Anak RAwa hendak lah tinggi makam redha. Berusaha 100% dan Berserah pada Allah sepenuh. Begitulah hidup yg ku lalui. Syukur atas segala kurniaan Mu pada Ku Ya Allah...Amin

Pak Ngah: said...

:: salam... PakNgah pernah tercicir HP di dalam KL Ekspress dari KLIA ke KL Central... alhamdulillah... apabila menghubungi... pemuda "baik hati" itu meminta menemuinya di pejabatnya... dan dikembalikannya semula... sedikit saguhati diserahkan padanya... setelah TIGA kali menolak, diterima juga akhirnya... "sukar" ketemu orang sebegitu kini... ada tapi boleh dihitung...