Sunday, January 20, 2008

Berlari

Sejak 3 minggu lalu saya berkesempatan meneroka keheningan pagi Ahad di Kuala Lumpur. Saya menerima tanggungjawab untuk melakukan satu kerja yang memerlukan saya untuk ke KLCC pada setiap hari Ahad. Semalam adalah Ahad yang terakhir.

Saya keluar rumah seawal pukul 730 pagi dan menaiki komuter melalui stesen Padang Jawa sampai ke KL Sentral sebelum menukar tren Putra LRT ke KLCC. Saya amat teruja apabila saya dapat melakukan rutin ini. Itulah rutin yang saya lalui sepanjang saya bekerja di Wisma Denmark Jalan Ampang sejak tahun 1999 hingga 2004. Berkejar-kejar, berebut tempat dan mengejar masa. Sentiasa perlu cepat. Stamina kena kuat dan semangat kena kental. Saya juga amat menghargai perjalanan komuter yang perlahan dari Padang Jawa ke KL Sentral dan sebaliknya kerana itulah masa tidur yang cukup menyelesakan.

Saya kehilangan semangat dan tentu sekali stamina buat masa ini. Kehidupan tenang dan slow motion di Shah Alam menyebabkan saya terlalu selesa. Dan bukan hanya selesa, tetapi lembab.

Saya bertemu rakan lama, Claire, petang semalam. Kami berbincang tentang perancangan saya selepas ’bersara’ dari universiti ini. Saya kagum dengan semangat beliau. Claire berbangsa Cina dan sebelum ini menetap di Sydney. Beliau kembali ke tanah air sejurus sebelum 1997. Beliau dihimpit beban kewangan tatkala krisis kewangan melanda dan dengan semangat juang yang cukup tinggi, Claire bangkit menerima cabaran sekaligus mampu melangsaikan hutang keluarganya yang berjuta ringgit dalam masa yang singkat. Claire kini mempunyai rangkaian perniagaan di Malaysia, Singapura dan Brunei, sesuatu yang tidak pernah diimpikannya kerana sebelum ini Claire cukup selesa dengan kedudukan yang disandangnya.

Claire meyakinkan saya bahawa saya juga mampu pergi jauh dengan segala apa yang saya ada. Aset yang paling utama yang saya ada kini ialah ’burning desire’. Tanpa pendapatan tetap dan dengan jumlah perbelanjaan tetap yang tidak mungkin berkurangan, saya perlu ke depan. Saya perlu berlari mengejar waktu yang menghimpit dan berani menepis segala serangan dan rintangan yang mendatang. Saya akur dengan takdir Allah. Saya bukan dilahirkan untuk bersenang-senang dan berselesa, tetapi untuk bekerja kuat dan memberi kesenangan kepada mereka yang saya sayang.

Perjalanan pagi Ahad ke KLCC di waktu orang lain lena di bawah selimut sebenarnya adalah latihan awal saya untuk berlari dengan kencang selepas ini...Claire, thanks a lot. Dan kepada rakan-rakan bloggers yang banyak memberi inspirasi dan semangat kepada saya – Idham, K, Anak Rawa dan Pak Ngah – nasiha anda abadi di dalam sanubari saya.

3 comments:

Unknown said...

Suria,
Catatan sdri memang selalu memberi semangat kepada saya, dan mungkin juga kepada rakan2 lain.. T.ksh.
Teuskan menulis, mencoret perjalanan hidup anda, moga 'that burning desire' akan turut membakar semangat rakan2 lain yg hampir sewarna dan sewaktu dalam mengharungi liku2 dan ranjau kehidupan yang fana ini...
Teruskan perjuangan anda, saya tetap mendoakan agar anda, dan kami semua terus tabah insyaAllah..

Anak Rawa said...

Dunia sekarang dunia tanpa sempadan. Kita bukan saja perlu berlari tapi perlu fikir bagaimana untuk terbang dan berada disuatu tempat itu dalam sekelip mata. Macam Tan Sri Syed Mokhtar kata kita perlu kerja kuat, jujur dan disiplin. Mungkin itu yg beza kan kita dgn dia. Setiap apa yg dia bina adalah dgn penuh kesabaran. Bukan dapat sekelip mata. Dia org yg byk bersyukur......ADAKAH KITA MACAM ITU?????
Anak RAwa semenjak keluar cari business sedar bahawa tanpa elemen yg saya sebut tadi tak mungkin saya adapat lakukan tugas yg syarikat amanahkan.
Nak buat business sendiri tak cukup elemen itu. Jadinya kerja makan gajilah yg boleh.
Perjalanan hidup Anak Rawa juga byk liku2. Kegagalan tu biasa. JAtuh dan bangun dah lali. Setiap apa yg Anak Rawa dapat diasingkan sedikit untuk hari tua. Maklum lah tak ada pencen. Jadi tabunganlah cara terbaik.

Suria,
Your love ones depend on you. They all live because your burning desire. Keep on putting fuel in it. You have made your decision. Go on and achieve your goal. I pray for your successssss....Aminnnnnn. InsyaAllah

Suria Klang said...

K, Anak Rawa,

Hampir menitis airmata saya membaca harapan dan doa anda berdua. Thanks guys... Jom kita sama-sama berlari. Kita ada apa yang ramai orang lain tiada....