Sunday, June 29, 2008

From Taiping with Love

Saya sekeluarga ke Taiping Sabtu dan Ahad lepas...Singgah kat rumah ex-student, Rafidah Uda, mak dia masak ikan cencaru bakar + Pucuk paku masak lemak ikan masin + sambal sadin + sambal tempoyak...Dalam kelaparan, meleleh air hidung makan. Tak sedar habis 2 pinggan hentak!!

Kami tinggal di Homestay Afrina, di Kg Anak Kurau, Batu Kurau. Dok kat umah tradisional..sejuknya air...Petang gi mandi sungai, tengok sawah, tengok kolam ikan...Malam gi makan kat Doli Kuey Tiow Goreng di bandar Taiping, makan rojak sotong kat KE Corner...(Makan malam En Nayan, Ketua Pos Taiping belanja!). Pagi Ahad lepas sarapan nasi lemak bungkus lauk daging, kami masuk Zoo Taiping. Seronok gila mak dan anak jumpa sedara mara kat sana!! Pas tu jalan2 bandar Taiping, tak membeli sebab tak de benda nak cari... Tengahari balik kat homestay makan sedap lagi...Kari ayam + sayur goreng + ikan masin + sambal belacan + ayam masak lemak cili api....(Tokeh Homestay belanja!)

Kepada Pak Long dan Mak Long yang mengusahakan homestay ini, kami akan mai lagi bulan depan...nak makan durian, manggis, rambutan dan macam2 lagi yang tengah dok putik la ni...

Percutian murah, mesra dan hebat! Kenyang makan!Lihatlah gambar2 ini....











Thursday, June 26, 2008

Demam Euro 2008

Pejabat saya penuh dengan orang muda. Populasi di sini, 75% lelaki, selebihnya wanita. 80% berumur bawah 40 tahun. Kebanyakannya 'geek', maklumlah orang IT.

Namun, ada sekumpulan yang cukup gila2. Mereka ni orang Sales. Komposisi bangsa mereka lengkap - Melayu, Cina dan India. Kebetulan bilik saya berada di Wing mereka, maka saya pun jadi gila, macam mereka...

Bola adalah minat dan taruhan mereka selain dari golf. Salah seorang dari mereka, Mr Jang, cukup menarik personalitinya. Selain fasih berbahasa Melayu, Jang pandai berbahasa Hindi dan Tamil.

Semalam Jang menganjurkan "Pool", bahasa yang lebih baik dari "Bet". Siapa yang bakal menang - German atau Turkey. Setiap 'participant' membayar RM10. Saya tidak mengambil bahagian, hanya menghulurkan wang RM10 untuk fun. Ini aktiviti 'staff recreation' yang tidak formal dan saya perlu menyokong usaha ini kerana ia di bawah portfolio saya.

Pagi tadi, selepas tahu siapa yang menang, kecoh pulak satu ofis...Pemenangnya adalah CTO kami...Dia berada di Santubong menghadiri kursus. Apa lagi, masing2 kecek dia belanja....

Pukul 430 tadi, kami menjamu selera dengan kuih-muih lazat di pantri. Semua 'participant' gembira. Sekurang2nya betul seperti yang dikatakan - ini 'pool', bukan 'bet'! Hehehe...pandai2 je tukar nama!!!

Esok, Spain vs Russia. Saya bagi RM10 lagi. Entah apa score yang Victor letak...Yang saya tahu, kami akan dapat minum petang lagi lepas ni!!

Tuesday, June 24, 2008

Belakang Parang

Sebelum saya teruskan kisah belakang parang, saya ingin ucapkan tahniah buat adik-adik yang juga sahabat-sahabar saya di MSU - Rosnia Masruki, Mazurina Mohd Ali dan Syuhada Jasni. Ketiga-tiga mereka ini adalah contoh pelajar cemerlang yang memilih untuk mengabdikan diri sebagai pendidik. Perjalanan mereka masih jauh, namun atas kecemerlangan masing-masing, mereka terpilih, antara ribuan yang memohon, untuk berada di tempat yang lebih baik. Rosnia telah mendapat tempat untuk bertugas di UIA, Mazurina dan Syuhada pula akan mula bertugas di UiTM dalam masa terdekat. Sekali lagi saya ucapkan tahniah buat mereka dan semoga hidup mereka lebih cemerlang di tempat baru!
___________________________________________________

Ramai orang yang pernah saya temui tidak bernasib baik seperti saya dan orang lain. Maksudnya, samada mereka tidak diberi peluang atau mereka sendiri tidak melihat peluang.

Mereka ini sentiasa merasakan mereka ketinggalan, tidak punya kemampuan untuk bersaing dan rendah diri. Kehidupan sebagai pensyarah membuka mata saya bahawa pepatah Melayu yang mengatakan belakang parang diasah lagikan tajam, ini kan pula otak manusia, adalah benar belaka.

Saya ingat lagi peristiwa saya menjalankan 'mock interview' bagi subjek Career in Business Management. Beratus2 soalan di depan saya, dan kebanyakan pelajar diajukan dengan soalan yang lebih kurang sama. Saya tergamam sewaktu saya menyoal seorang pelajar pendiam dan agak perlahan orangnya - SA - soalan ini, "What is your biggest mistake in life". SA mengambil masa untuk menjawab. Akhirnya dia tanya samada dia boleh jawab dalam bahasa Melayu. (SA berbangsa Kadazan).

"Saya anak sulung. Adik2 saya ramai. Emak ayah sudah lama meninggal. Saya paling kesal kerana saya banyak marah adik2 saya. Kami tak punya wang. Susah sangat hidup kami. Puan, saya ingin berhenti belajar kerana saya mahu jaga adik2. Sekarang saya menyesal sangat kerana marah mereka...." Begitulah lebih kurangnya apa yang dia katakan sambil mengalirkan airmata... Melopong mulut saya...

Sejak dari itu, saya berjanji pada diri saya yang saya akan bantu SA. Dia pelajar yang agak lemah. Kelemahan ini berpunca dari masalah peribadi yang dihadapinya. Saya cuba sedaya upaya membimbing dia supaya dia menjadi lebih baik dan berjaya menghabiskan pengajiannya yang tinggal kurang dari setahun.

Kini, SA telahpun menamatkan pengajian dengan segulung ijazah. Dia juga berjaya mendapat pekerjaan yang baik sebaik habis peperiksaan akhir. SA telah berjaya membuktikan pada dirinya bahawa dia mampu mencapai apa yang pada mulanya difikirkan mustahil. SA mampu membawa adik-adiknya keluar dari kepompong kesulitan hidup...

Bagi saya sendiri, saya berjaya memberi peluang kepada seorang manusia yang tidak nampak langsung peluangnya sebelum ini. Saya sentiasa berdoa SA berjaya dalam kehidupannya. Saya pasti mendiang ayah dan ibu SA juga bangga seperti saya!

Di pejabat baru ini, saya ambil F, seorang junior staff kami, sebagai personal battle saya. Dia adalah belakang parang yang sedang saya cuba tajamkan. F telah lama berkhidmat di sini. Saya disogokkan dengan kisah2nya yang degil, tidak perform, bodoh dan pelbagai kisah negatif lagi. Perlahan2 saya cuba gilap F. Semenjak dua menjak ini saya telah mula mendengar cerita positif tentang F....Saya akan asah belakang parang ini sampai jadi tajam.....Itu janji saya.

Monday, June 23, 2008

Semangat Juang Ahli Perniagaan

Tahun ini masuk tahun ke 13 suami saya mengabdikan diri sebagai ahli perniagaan. Bermula dari berpejabat di dalam kereta, beliau kemudiannya membuka satu perniagaan besar membabitkan wang jutaan ringgit. Kemudiannya ranap sama sekali, bangkit semula di kaki lima dan pasar malam, di ekspo2, di tapak promosi pusat membeli belah, di kedai kecil di kampus UiTM, di pasar tani dan pasar besar, dan kini agak stabil di sebuah kedai comel di Kompleks PKNS Shah Alam. Apa barangan yang dijualnya? Serba mak nenek!

Sepanjang 13 tahun ini, pelbagai cubaan dan dugaan yang telah dihadapinya. Sebagai isteri, saya sentiasa berharap dia berjaya. Saya cuba sedaya upaya membantu dari segi fizikal, moral dan kewangan. Ada kalanya saya tewas dengan perasaan. Seringnya saya berkorban dan terkorban demi memastikan cita-cita dan harapannya tercapai....

Pagi tadi kami bercerita kisah-kisah lama. Perit untuk diulang, namun manisnya bila terkenang betapa kami mampu menangani kesukaran yang dialami. Kalaulah saya mampu menulis apa yang pernah dialami, bukan setakat sebuah buku motivasi yang boleh saya hasilkan, mungkin berbuah2!!!

ANtara yang menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama ialah tentang pendapat bahawa kesusahan yang dialami adalah kerana seseorang peniaga itu tidak bayar zakat, berdosa pada masa lalu, buatan orang dan macam-macam lagi. Selepas sekian lama berdepan dengan jatuh bangun perniagaan, kami sepakat mengatakan bahawa semua yang diperkatakan adalah alasan untuk menyenangkan hati sendiri.

Ramai peniaga yang kami temui di sepanjang perjalanan sebagai ahli perniagaan tidak menganggap kejatuhan sebagai balasan dan kejayaan sebagai anugerah. Bagi mereka yang telah masak dengan situasi ini, apa pun yang datang hendaklah dihadapi dengan kesabaran dan keimanan.

Nama2 ahli perniagaan berjaya yang kami sebut bukan Tan Sri atau Datuk atau sesiapa yang punya kaitan dengan pemerintah atau ahli politik. Kami berbincang tentang Sdr Tajudin, tauke Restoran Jayati (sesiapa di SHah ALam pasti tahu) yang kini telah ada 5 buah cawangan dan telah memulakan perniagaannya sebaik tamat belajar di UiTM lebih 20 tahun lalu. Kami juga bercerita tentang Sdr Hasan Jam, taukeh kedai jam di PKNS Shah ALam, di PJ dan Kelana Jaya, yang telah berniaga hampir 40 tahun, Pak Sheikh taukeh kedai sukan di PKNS yang telah berniaga sejak berusia 20 tahun hingga kini (beliau berusia hampir 60 tahun). Mereka ini adalah peniaga yang tidak mengharapkan kuota, kontrak mahupun network politik. Pelanggan mereka - mass. Pernigaan mereka - niche. Pengetahuan mereka - superb. Harta yang mereka kumpul? Invaluable. Pinjaman mereka? Zero.

Apa yang mereka ada dan kami belum ada? Kekuatan dalaman dan kepercayaan yang tinggi tentang keupayaan diri sendiri....Kami masih punya rasa berbelah bagi dan rendah diri yang kadang-kala, melampau.

Go for it, Bang! I know you can beat whatever challenges. I am always here, with you, for you...

Sunday, June 22, 2008

Selamat Hari Jadi, Mie!



23 Jun 1992, anak saya, Najmie Naharuddin dilahirkan di Subang Jaya Medical Centre pada pukul 2.30 pagi. Kini Najmie telahpun berusia 16 tahun....Tak terasa masa telah berjalan begitu jauh sekali...

Terkenang betapa gembiranya arwah bapa mertua saya bila tahu saya telah melahirkan seorang anak lelaki. Jimie adalah cucu lelaki pertamanya dari anak lelaki. Abang ipar saya pada masa itu telah ada lima anak perempuan...Besar sungguh kenduri aqiqah Jimie di rumah arwah Abah. Agaknya satu Muar datang! Nasi beriani kambing lagi.... Asyiklah Abah menyebut "Cucu aku! Cucu aku!". Sayangnya dia pada Jimie tak terkira. Biarpun Jimie ni kerja belasah sepupu yang lain atau adik dan kakaknya sendiri, bagi Abah, Jimie terror... Teringat saya pada satu ketika, betapa takutnya saya dan suami kerana Jimie tak balik dari sekolah dengan bas, rupanya Abah jemput dia dan bawa jalan2 ke Pelabuhan Klang sebab Jimie ada beritahu kat Tok Bah yang dia nak tengok kapal!!!

Jimie juga ada warisi sedikit perangai Abah. Baran! Cepat benar dia naik darah. Susah betul saya nak ajar dia kawal kemarahannya. Tapi satu keistimewaan Jimie dan Abah... mereka kalah dengan kelembutan. Dan, mereka berdua juga sebenarnya amat sensitif. Jiwa mereka halus. Jimie pernah memenangi pertandingan melukis NST-Maybank sewaktu dia darjah empat. Dulu dia sering meluahkan perasaannya dengan lukisan, kini dia menyampaikan isi hatinya dengan memetik gitar dan menyanyi...Seni ini tiada langsung dalam diri saya. Dari album lama Abah, rupanya beliau dulu anggota kugiran, dan sering bersama Dato' Ahmad Jais dan Datin Rafeah Buang membuat persembahan!!! Jiwang beb!!

Saya sentiasa berdoa agar Jimie diberi kesihatan yang baik, budi pekerti mulia seperti Tok Abahnya, keimanan yang tinggi, kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan apa jua bidang yang menjadi pilihannya. Sebagai Ibu, saya tidak pernah putus memohon dari Yang Maha Esa segala yang terbaik buat anak saya ini. Amin.

Tuesday, June 17, 2008

Kassim Selamat

Saya keputusan idea semalam. Seharian melamun dan menggodak laman-laman web. Sebenarnya otak saya jammed...Saya sedang cuba menyiapkan Board Paper. Malangnya maklumat yang saya perlukan tiada. Revenue projection, business model, agreement...semuanya not in place. Nak buat kerja lain asyik teringatkan board paper ni...Akhirnya sehari suntuk saya hop dari satu blog ke satu blog...

Saya masuk ke blog saudara Kassim Selamat di sini. Beliau seorang yang berjiwa besar. Banyak entrynya yang dapat saya baca. Sempat juga saya menyinggah ke blog lain..Tiba di rumah, saya ceritakan tentang KS kepada suami. Simpati dengan keadaannya namun kagum dengan semangat juangnya yang tinggi.

Pagi tadi, sesampai di pejabat, saya buka blog ini dan ada komen dari saudara KS di entry saya yang memaparkan wajah suami saya. Rupanya suami saya dan KS pernah bekerja satu pejabat dahulu. Immediately saya call suami. Kebetulan dia sendiri sedang melayari internet di kedainya. Terharu sungguh dia bila dia tahu KS adalah seorang yang dikenalinya dan telah lebih lima belas tahun tidak bertemu...

Dalam duka ada suka. Dalam tawa ada tangisnya. Dalam kecewa ada cahaya...

Monday, June 16, 2008

Selamat Hari Bapa

Khas buat seorang Bapa yang paling hebat di dunia saya dan anak2... Selamat Hari Bapa! Hayati senikata lagu Gemilang nyanyian Ella... Itulah harapan kita bersama.



Gemilang

Terjaga ku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu

Lautan luas telah ku renangi
Segala onak ranjau yang berduri
Tak kenal dan tak ku peduli
Ku terus mencuba kecapi hingga kini

Bersama-sama tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku
Yang tahu

Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Ku percaya saat kan tiba
Hanya menunggu tika dan masa ...aaaa...

Bersama-sama tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Dan kita kecapi bersama

Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untuk ke menggenggami
Ikhlas sabar benar....

Everything happens for a reason. Ask! And U will be given....

Nasi Daun Pisang

Tengahari tadi saya mencuba sesuatu yang tidak pernah saya makan. Bersama dua lagi rakan sepejabat, Nasir dan Azuan, kami membawa seorang VIP dari Kerala, India makan tengahari di Restoran Raju, Jalan Gasing.

Saya tidak berapa makan makanan India. Setakat roti canai boleh lah. Capati, dan tosay,tak pernah makan....nasi kandar, adalah sekali ke dua kali saja dalam hidup! Begitu ortodoxnya saya dalam memilih makanan.

Restoran Raju amat terkenal di kalangan penggemar nasi daun pisang di sekitar Lembah Kelang. Sedap juga rasanya. Karinya kow giler, melekat kat tudung, baju dan tangan bau kari.... Ikan tenggiri goreng, telor ikan goreng, ikan mulus goreng, mutton kari, ayam goreng dan nasi berserta sayur-sayur dan papedom...

Saya suka ikan gorengnya dan tentu sekali telor ikan goreng. Dalam hati kata, nak ajak suami makan telor ikan di sini. Dia hantu telor ikan. Anak2? Nabilla pasti suka mencuba sesuatu yang baru, sesuai dengan dirinya yang adventurous....Jimie dan Abey.. saya sangsi. Jimie cukup conservative dalam memilih makanan. Selalunya yang dia biasa makan saja akan disentuhnya. Abey...lagi haru...selain masakan rumah, dia hanya pilih fast food...

Tuesday, June 10, 2008

Jadi Juara

Abey, atau Nabil Imran, seorang yang terlalu reserved. Dia jarang bercakap, dan selalunya saya jadi orang pekak bila berdepan dengannya kerana suaranya perlahan dan dia tidak pernah mahu mengulangi apa yang telah diucapkan.

Abey terlalu merendah diri. Mungkin kerana kecemerlangannya dalam akademik yang jauh di belakang atau mungkin kerana kulitnya yang tidak secerah abang kakak dan adiknya...Tapi, bagi saya sebagai ibu, Abey punya aura yang tersendiri. Wajahnya selalunya mengundang simpati dan rezekinya selalunya lebih dari kakak dan abangnya...Ini sesuatu yang tidak diketahuinya...

Abey seorang ahli sukan yang handal sewaktu kecil. Seawal usia lima tahun, dia cekap berenang dan terpilih mewakili Selangor dalam pasukan terjun papan anjal. Namun kerana sikapnya yang suka main2, dia akhirnya berhenti dari sukan tersebut. Dia sepatutnya kuat berlari, tetapi dia malas berlatih. Tahun lepas dia mula main ragbi dan mewakili sekolah, namun selalunya dia jadi Water Boy ataupun linesman...Badannya yang kurus seolah tiada daya untuk menentang lawan...

Suami saya dan Jimie, si abang yang superstar, selalu memperkecilkan kebolehan si Kudut ini. Saya tidak pernah setuju dengan mereka. Bagi saya, Abey perlukan sokongan padu. Dan, sayalah satu-satunya insan dalam hidup Abey yang percaya dia mampu melakukan kejutan.

2008 merubah kisah Abey. Dia menjadi agak rajin ke sekolah, mula mengulangkaji pelajaran dan setiap hari turun latihan ragbi. Dari pemain simpanan/water boy/linesman, Abey menjadi pemain utama. Dia menjadi pemain yang agak kuat dan makin digeruni lawan. Jurulatih dan pemain senior mula bercerita tentang kehebatan Abey. Abey makin berani di atas padang.

Semalam, sukan tahunan SMK Seksyen 7. Abey beritahu saya yang dia wakil rumah merah untuk acara 400 meter. Saya harap dia berjaya. Tapi, saya tidak mahu menaruh harapan yang tinggi.

Saya hampir bersorak sewaktu saya terima sms dari Nabilla, anak sulung saya yang berada di stadium yang mengatakan Abey berjaya mendapat pingat emas acara 400 meter. Jimie, si Abang, seperti biasa berjaya dalam 100 meter dan 4x100 meter.

Akhirnya!!! Abey berjaya menjadi juara...Saya bangga dengan pencapaiannya. Kini dia telah merasa perasaan sang juara. Dari video yang Nabilla rakamkan, Abey tinggalkan pemenang kedua hampir 100 meter di belakang...

Sewaktu saya pulang petang semalam, Abey tidak sabar2 untuk bercerita tentang kemenangannya. Cuma dia tak suka satu perkara..."orang bukan jerit Nabil, orang jerit Adik Jimie!!!!".

Saya pasti tidak lama lagi kedua-dua anak lelaki saya akan menjadi sebutan ramai di sekolah. Kalau Jimie menjadi idaman kerana wajah tampan,pencapaian akademik yang hebat, ahli sukan dan badan yang macho, Abey pasti menjadi terkenal kerana senyum yang menawan, mata yang redup, pelari handalan dan wajah Shah Rukh Khan!!!!

Sunday, June 8, 2008

Pasaran Kerja: Terhad!

Syarikat saya mengambil bahagian dalam Expo Kerjaya 2008 di Kompleks Belia Shah Alam dari Jumaat hingga semalam. Saya sengaja menyibukkan diri saya di sana. Di samping memantau staf2 saya, saya juga ingin belajar benda baru. (Saya dapat 3 hari cuti tahunan extra kerana bekerja padi hari Sabtu dan Ahad! Itu reward!)

Di zaman yang agak sukar ini, persaingan untuk mendapat pekerjaan yang baik amat sengit. Apatah lagi buat fresh graduate. Paling utama, bidang. Saya dapat rasakan peluang lebih banyak bagi seseorang yang berkelulusan IT atau kejuruteraan jika dibandingkan dengan graduan bisnes, ekonomi, akaun atau mungkin sains tulin. Kemudiannya CGPA. Sesiapa yang datang dengan CGPA lebig dari 3.0, peluangnya lebih cerah dari mereka yang hanya 2 lebih.

Tiga hari bersama2 masyarakat Sumber Manusia menyedarkan saya satu perkara: Bagaimana agaknya nasib anak2 nanti? Nak masuk universiti payah, nak lulus universiti pun payah, nak dapat kerja lagi payah!

Buat anak2 dan adik2 di luar sana yang masih mencari pekerjaan, sabarlah. Keadaan sukar ini pernah kami lalui dulu. Nasihat saya, keep our expertise in-tact. Jangan buat sesuatu yang merugikan, contohnya, jika kita ada kelulusan di bidang IT, janganlah ambik saja kerja di bidang yang langsung tiada kena mengena dengan IT.

Bukan memilih kerja, tetapi kita kena pilih bidang. Kenapa? Kita akan tertinggal dan terlepas peluang bekerja dalam bidang yang kita minati jika kita tangkap muat aje. Pengalaman paling diutamakan. Walaupun kita sudah bekerja 2-3 tahun, jika itu bukan bidang kepakaran kita, kita tidak akan diiktiraf. Bahaya jadinya.

Sunday, June 1, 2008

Happy Birthday, Abo!


Abo bergaya di sebuah kedai cermin mata di AEON Bukit Tinggi..


1 Jun 2004, pukul 6.31 pm, saya selamat melahirkan si comel yang kami namakan NAUFAL ARIF di Hospital Putrajaya. Naufal bermaksud dermawan, Arif pula bermaksud berpengetahuan. Insyaallah dia akan membesar seperti yang kami harapkan.

Naufal atau Abo, dilahirkan berselang 10 tahun dengan abangnya Abey. Mulanya saya gementar kerana jarak jauh ini mungkin mengundang risiko. Usia saya yang telah mencecah 38 tahun juga agak menakutkan. Namun, Abo adalah antara rezeki terbesar dari Allah buat kami.

Kehadirannya memang menceriakan kehidupan. Suaranya yang halus menjadi nyanyian merdu di telinga kami. Petah kata-katanya menggembirakan. Dia bijak, comel dan manja. Itulah gambaran peribadi Abo.

Selamat Harijadi buat Abo khas dari Mama. Moga besar nanti jadi insan terbilang.

Mak Tok sempat berpesan beberapa hari sebelum pemergiannya, "Abo besar nanti jadi Doktor ye? Mak Tok suka dengar suara Abo, lembut je...". Insyaallah kami akan asuh dan didik Abo untuk menjadi Doktor. Amin.