Tahun ini masuk tahun ke 13 suami saya mengabdikan diri sebagai ahli perniagaan. Bermula dari berpejabat di dalam kereta, beliau kemudiannya membuka satu perniagaan besar membabitkan wang jutaan ringgit. Kemudiannya ranap sama sekali, bangkit semula di kaki lima dan pasar malam, di ekspo2, di tapak promosi pusat membeli belah, di kedai kecil di kampus UiTM, di pasar tani dan pasar besar, dan kini agak stabil di sebuah kedai comel di Kompleks PKNS Shah Alam. Apa barangan yang dijualnya? Serba mak nenek!
Sepanjang 13 tahun ini, pelbagai cubaan dan dugaan yang telah dihadapinya. Sebagai isteri, saya sentiasa berharap dia berjaya. Saya cuba sedaya upaya membantu dari segi fizikal, moral dan kewangan. Ada kalanya saya tewas dengan perasaan. Seringnya saya berkorban dan terkorban demi memastikan cita-cita dan harapannya tercapai....
Pagi tadi kami bercerita kisah-kisah lama. Perit untuk diulang, namun manisnya bila terkenang betapa kami mampu menangani kesukaran yang dialami. Kalaulah saya mampu menulis apa yang pernah dialami, bukan setakat sebuah buku motivasi yang boleh saya hasilkan, mungkin berbuah2!!!
ANtara yang menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama ialah tentang pendapat bahawa kesusahan yang dialami adalah kerana seseorang peniaga itu tidak bayar zakat, berdosa pada masa lalu, buatan orang dan macam-macam lagi. Selepas sekian lama berdepan dengan jatuh bangun perniagaan, kami sepakat mengatakan bahawa semua yang diperkatakan adalah alasan untuk menyenangkan hati sendiri.
Ramai peniaga yang kami temui di sepanjang perjalanan sebagai ahli perniagaan tidak menganggap kejatuhan sebagai balasan dan kejayaan sebagai anugerah. Bagi mereka yang telah masak dengan situasi ini, apa pun yang datang hendaklah dihadapi dengan kesabaran dan keimanan.
Nama2 ahli perniagaan berjaya yang kami sebut bukan Tan Sri atau Datuk atau sesiapa yang punya kaitan dengan pemerintah atau ahli politik. Kami berbincang tentang Sdr Tajudin, tauke Restoran Jayati (sesiapa di SHah ALam pasti tahu) yang kini telah ada 5 buah cawangan dan telah memulakan perniagaannya sebaik tamat belajar di UiTM lebih 20 tahun lalu. Kami juga bercerita tentang Sdr Hasan Jam, taukeh kedai jam di PKNS Shah ALam, di PJ dan Kelana Jaya, yang telah berniaga hampir 40 tahun, Pak Sheikh taukeh kedai sukan di PKNS yang telah berniaga sejak berusia 20 tahun hingga kini (beliau berusia hampir 60 tahun). Mereka ini adalah peniaga yang tidak mengharapkan kuota, kontrak mahupun network politik. Pelanggan mereka - mass. Pernigaan mereka - niche. Pengetahuan mereka - superb. Harta yang mereka kumpul? Invaluable. Pinjaman mereka? Zero.
Apa yang mereka ada dan kami belum ada? Kekuatan dalaman dan kepercayaan yang tinggi tentang keupayaan diri sendiri....Kami masih punya rasa berbelah bagi dan rendah diri yang kadang-kala, melampau.
Go for it, Bang! I know you can beat whatever challenges. I am always here, with you, for you...
4 comments:
Tq darling, knew that u were always with me. tu yang terus semangat tuh!
Rezeki itu datang dari Tuhan. Mohonlah kpdNya.
'Berdoalah kepada Nya kerana Dia yang memberi rezeki'. Itu jua dorongan saya di kala tersepit. Sebenarnya, tanpa disedari semakin byk keperitan dan kepayahan hidup yg dirasakan semakin dekat sebenarnya kita dengan Yg Maha Kuasa. Subhanallah.
Rahsia Kejayaan Dan Kekayaan
i) Miliki Panduan Lengkap Menjana Pendapatan Yang Lumayan.
ii) Ketahui Cara Mudah Menjana Keuntungan Yang Berlipat Ganda Dalam Perniagaan
Anda
iii) Ketahui Peluang-Peluang Perniagaan Yang Mudah Dengan Pendapatan Yang
Menarik
iv) Bagaimana Mendapat Pendapatan Sampingan Yang Lumayan
Semuanya Terdapat Dalam “RAHSIA KEJAYAAN DAN KEKAYAAN”. Lebih 30 Tajuk Menarik Yang Dipaparkan.
Boleh Didapati Dalam Bentuk CD-ROM Atau Dalam Bentuk Buku.
Harga Boleh Runding!!
Jaminan Tanpa RISIKO!!
Berminat : Hubungi Atau SMS : 0143566930
Post a Comment