Sebelum saya teruskan kisah belakang parang, saya ingin ucapkan tahniah buat adik-adik yang juga sahabat-sahabar saya di MSU - Rosnia Masruki, Mazurina Mohd Ali dan Syuhada Jasni. Ketiga-tiga mereka ini adalah contoh pelajar cemerlang yang memilih untuk mengabdikan diri sebagai pendidik. Perjalanan mereka masih jauh, namun atas kecemerlangan masing-masing, mereka terpilih, antara ribuan yang memohon, untuk berada di tempat yang lebih baik. Rosnia telah mendapat tempat untuk bertugas di UIA, Mazurina dan Syuhada pula akan mula bertugas di UiTM dalam masa terdekat. Sekali lagi saya ucapkan tahniah buat mereka dan semoga hidup mereka lebih cemerlang di tempat baru!
___________________________________________________
Ramai orang yang pernah saya temui tidak bernasib baik seperti saya dan orang lain. Maksudnya, samada mereka tidak diberi peluang atau mereka sendiri tidak melihat peluang.
Mereka ini sentiasa merasakan mereka ketinggalan, tidak punya kemampuan untuk bersaing dan rendah diri. Kehidupan sebagai pensyarah membuka mata saya bahawa pepatah Melayu yang mengatakan belakang parang diasah lagikan tajam, ini kan pula otak manusia, adalah benar belaka.
Saya ingat lagi peristiwa saya menjalankan 'mock interview' bagi subjek Career in Business Management. Beratus2 soalan di depan saya, dan kebanyakan pelajar diajukan dengan soalan yang lebih kurang sama. Saya tergamam sewaktu saya menyoal seorang pelajar pendiam dan agak perlahan orangnya - SA - soalan ini, "What is your biggest mistake in life". SA mengambil masa untuk menjawab. Akhirnya dia tanya samada dia boleh jawab dalam bahasa Melayu. (SA berbangsa Kadazan).
"Saya anak sulung. Adik2 saya ramai. Emak ayah sudah lama meninggal. Saya paling kesal kerana saya banyak marah adik2 saya. Kami tak punya wang. Susah sangat hidup kami. Puan, saya ingin berhenti belajar kerana saya mahu jaga adik2. Sekarang saya menyesal sangat kerana marah mereka...." Begitulah lebih kurangnya apa yang dia katakan sambil mengalirkan airmata... Melopong mulut saya...
Sejak dari itu, saya berjanji pada diri saya yang saya akan bantu SA. Dia pelajar yang agak lemah. Kelemahan ini berpunca dari masalah peribadi yang dihadapinya. Saya cuba sedaya upaya membimbing dia supaya dia menjadi lebih baik dan berjaya menghabiskan pengajiannya yang tinggal kurang dari setahun.
Kini, SA telahpun menamatkan pengajian dengan segulung ijazah. Dia juga berjaya mendapat pekerjaan yang baik sebaik habis peperiksaan akhir. SA telah berjaya membuktikan pada dirinya bahawa dia mampu mencapai apa yang pada mulanya difikirkan mustahil. SA mampu membawa adik-adiknya keluar dari kepompong kesulitan hidup...
Bagi saya sendiri, saya berjaya memberi peluang kepada seorang manusia yang tidak nampak langsung peluangnya sebelum ini. Saya sentiasa berdoa SA berjaya dalam kehidupannya. Saya pasti mendiang ayah dan ibu SA juga bangga seperti saya!
Di pejabat baru ini, saya ambil F, seorang junior staff kami, sebagai personal battle saya. Dia adalah belakang parang yang sedang saya cuba tajamkan. F telah lama berkhidmat di sini. Saya disogokkan dengan kisah2nya yang degil, tidak perform, bodoh dan pelbagai kisah negatif lagi. Perlahan2 saya cuba gilap F. Semenjak dua menjak ini saya telah mula mendengar cerita positif tentang F....Saya akan asah belakang parang ini sampai jadi tajam.....Itu janji saya.
4 comments:
hanya kita yang mampu mengubah tradisi, tp Allah yg SATU jgn dilupakan.
Thanks Nurraz...kita buat apa pun dengan petunjuk dariNya. Kita takkan mampu mencipta sesuatu tanpa ilham dari Dia.
K Su,
Thanks for your support. Walau pun kadang2 sy sentiasa rasa dilema kerjaya dan masa hadapan tp di atas sokongan kawan2 mcm ksu dan juga suami tersayang membuatkan sy rasa kuat sekuat-kuatnya. Thanks to everybody. Sy sentiasa berdoa pada Nya yg maha kuasa spy sesuatu yg terbaik utk kita semua. AMIN
U Make me Cry..
I Really Love You..
Thanks for Everything..
You'll stay deep inside in my heart.. Forever..
God Bless You, Puan Mahasuria..
(Now me happy coz i dah boleh menjadi sandaran adik2 i. I dah boleh beri mereka wang saku dan yang paling penting HIDUP SAYA UNTUK NENEK, ADIK-ADIK, DAN UNCLE'S FAMILY)I LOVE THEM MORE THAN THEY KNOW..)
This song is special 4 u..
SEMPURNA
Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujamu
Di setiap langkahku
Ku kan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu
*Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi semua,
hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku, lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu,
sempurna....
Kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikan kata yang hapus semua sesalku
Post a Comment