Sunday, June 29, 2008

From Taiping with Love

Saya sekeluarga ke Taiping Sabtu dan Ahad lepas...Singgah kat rumah ex-student, Rafidah Uda, mak dia masak ikan cencaru bakar + Pucuk paku masak lemak ikan masin + sambal sadin + sambal tempoyak...Dalam kelaparan, meleleh air hidung makan. Tak sedar habis 2 pinggan hentak!!

Kami tinggal di Homestay Afrina, di Kg Anak Kurau, Batu Kurau. Dok kat umah tradisional..sejuknya air...Petang gi mandi sungai, tengok sawah, tengok kolam ikan...Malam gi makan kat Doli Kuey Tiow Goreng di bandar Taiping, makan rojak sotong kat KE Corner...(Makan malam En Nayan, Ketua Pos Taiping belanja!). Pagi Ahad lepas sarapan nasi lemak bungkus lauk daging, kami masuk Zoo Taiping. Seronok gila mak dan anak jumpa sedara mara kat sana!! Pas tu jalan2 bandar Taiping, tak membeli sebab tak de benda nak cari... Tengahari balik kat homestay makan sedap lagi...Kari ayam + sayur goreng + ikan masin + sambal belacan + ayam masak lemak cili api....(Tokeh Homestay belanja!)

Kepada Pak Long dan Mak Long yang mengusahakan homestay ini, kami akan mai lagi bulan depan...nak makan durian, manggis, rambutan dan macam2 lagi yang tengah dok putik la ni...

Percutian murah, mesra dan hebat! Kenyang makan!Lihatlah gambar2 ini....











7 comments:

Dal said...

Wow, seronoknya menghabiskan masa bersama keluarga tersayang...bagus bawa anak2 kak su tu visit homestay...experience suasana kampung...aman tenang...

Suria Klang said...

memang best giler...

anak2 paling suka. mak ayah pun suka...sebab x banyak duit keluar bayar hotel dan membeli belah!!!!

Kassim Selamat said...

Seronok tgk gambar bersantai sekeluarga.

Yg tgh makan nasik tuu...naha ke? wah penuh meja.

Sy telan air liur jer tgk gambar ni, masa sy utk begini dah tiada lagi.

Krafdunia Design said...

memang Naha yg makan tu tapi suap sendiri laa..kalau ada org suap lagi sedap kut

zlaa said...

Salam. Wah! bestnya. Meleleh air liur membaca menu-menu yang dihidangkan.

billa naha said...

x suka, x suka!! nape saya gemok?? nape saya gelap sangat?? hehe..

yang merasainya said...

salam, Dapatkan pelbagai warna dan corak terkini tudung dan kain pasang di http://blissmuslimah.blogspot.com. Utk koleksi sendiri atau sebagai hadiah.