Saya keputusan idea semalam. Seharian melamun dan menggodak laman-laman web. Sebenarnya otak saya jammed...Saya sedang cuba menyiapkan Board Paper. Malangnya maklumat yang saya perlukan tiada. Revenue projection, business model, agreement...semuanya not in place. Nak buat kerja lain asyik teringatkan board paper ni...Akhirnya sehari suntuk saya hop dari satu blog ke satu blog...
Saya masuk ke blog saudara Kassim Selamat di sini. Beliau seorang yang berjiwa besar. Banyak entrynya yang dapat saya baca. Sempat juga saya menyinggah ke blog lain..Tiba di rumah, saya ceritakan tentang KS kepada suami. Simpati dengan keadaannya namun kagum dengan semangat juangnya yang tinggi.
Pagi tadi, sesampai di pejabat, saya buka blog ini dan ada komen dari saudara KS di entry saya yang memaparkan wajah suami saya. Rupanya suami saya dan KS pernah bekerja satu pejabat dahulu. Immediately saya call suami. Kebetulan dia sendiri sedang melayari internet di kedainya. Terharu sungguh dia bila dia tahu KS adalah seorang yang dikenalinya dan telah lebih lima belas tahun tidak bertemu...
Dalam duka ada suka. Dalam tawa ada tangisnya. Dalam kecewa ada cahaya...
3 comments:
Salam Suria,
Terima kasih memuatkan nama kecil ini di ruang blog suria.
Semalam sempat saya melayari beberapa entri di blog ini, tersenyum pulak membaca entri ulang tahun ke 19 perkahwinan suria.
Masing2 punya kenangan manis di waktu di ijab kabul.
KS, kita mesti pernah bertemu dulu2...waktu Talasco buat sports ke, family day ke...anyway, itu dulu.
Saya amat sibuk di pejabat sekarang. Blog ni je ruang yang saya ada nak lepaskan segala yang menyesakkan dada. Saya dah ikat janji dengan Naha dulu untuk tidak bawa balik hal pejabat..makanya, kenalah telan sendiri.
Kalau KS ada masa, baca kisah sihir saya dari sihir (1) hingga sihir (6). Itu cerita benar...tiada tokok tambah tau!
suria,
Mmg ada beberapa kali sy melihat suria menunggu Naha semasa di Talasco dahulu.
Saya dah baca siri kisah sihir tu, terharu dan sedih juga ceritanya. Ada lagi manusia dizaman melinium ini yang mengamalkan perkara begitu utk menjatuhkan orang. Simpati sy pada suria sekeluarga.
'Pelalau'...anak sy juga pernah mengalami perkara yg sama hingga kedainya terpaksa di tutup. Sy sendiri juga pernah mengalami kerasukan jin akibat hasad dengki manusia, ada sy catatkan di blog sy.
Buat suria, tabahkan hati melalui dugaan hidup ini dan tahniah dari saya kerana mampu menempuhi segala rintangan hidup ini.
Moga Allah merahmati suria se isi keluarga. Amin.
Post a Comment