Sunday, June 22, 2008
Selamat Hari Jadi, Mie!
23 Jun 1992, anak saya, Najmie Naharuddin dilahirkan di Subang Jaya Medical Centre pada pukul 2.30 pagi. Kini Najmie telahpun berusia 16 tahun....Tak terasa masa telah berjalan begitu jauh sekali...
Terkenang betapa gembiranya arwah bapa mertua saya bila tahu saya telah melahirkan seorang anak lelaki. Jimie adalah cucu lelaki pertamanya dari anak lelaki. Abang ipar saya pada masa itu telah ada lima anak perempuan...Besar sungguh kenduri aqiqah Jimie di rumah arwah Abah. Agaknya satu Muar datang! Nasi beriani kambing lagi.... Asyiklah Abah menyebut "Cucu aku! Cucu aku!". Sayangnya dia pada Jimie tak terkira. Biarpun Jimie ni kerja belasah sepupu yang lain atau adik dan kakaknya sendiri, bagi Abah, Jimie terror... Teringat saya pada satu ketika, betapa takutnya saya dan suami kerana Jimie tak balik dari sekolah dengan bas, rupanya Abah jemput dia dan bawa jalan2 ke Pelabuhan Klang sebab Jimie ada beritahu kat Tok Bah yang dia nak tengok kapal!!!
Jimie juga ada warisi sedikit perangai Abah. Baran! Cepat benar dia naik darah. Susah betul saya nak ajar dia kawal kemarahannya. Tapi satu keistimewaan Jimie dan Abah... mereka kalah dengan kelembutan. Dan, mereka berdua juga sebenarnya amat sensitif. Jiwa mereka halus. Jimie pernah memenangi pertandingan melukis NST-Maybank sewaktu dia darjah empat. Dulu dia sering meluahkan perasaannya dengan lukisan, kini dia menyampaikan isi hatinya dengan memetik gitar dan menyanyi...Seni ini tiada langsung dalam diri saya. Dari album lama Abah, rupanya beliau dulu anggota kugiran, dan sering bersama Dato' Ahmad Jais dan Datin Rafeah Buang membuat persembahan!!! Jiwang beb!!
Saya sentiasa berdoa agar Jimie diberi kesihatan yang baik, budi pekerti mulia seperti Tok Abahnya, keimanan yang tinggi, kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan apa jua bidang yang menjadi pilihannya. Sebagai Ibu, saya tidak pernah putus memohon dari Yang Maha Esa segala yang terbaik buat anak saya ini. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tetiba jer teringat kat TokBah.. huhuhuhu... :(
Post a Comment